Copenhagen
København
|
---|
|
|
Negara
|
Denmark
|
---|
Kawasan
| Hovedstaden
|
---|
Sebutan terawal
| abad ke-11
|
---|
Taraf bandaraya
| abad ke-13
|
---|
|
?
Datuk Bandar
| Frank Jensen
(
S
)
|
---|
|
? Bandar
| 455.61 km
2
(175.91 batu persegi)
|
---|
|
? Bandar Raya
| 526,918 (10?01?2,009)
|
---|
? Kepadatan
| 5,971/km
2
(15,460/batu persegi)
|
---|
?
Bandar
| 1,167,569 (01?01?2,009)
|
---|
?
Metro
| 1,892,233 ((10?01?2,009) 34 closest municipalities)
|
---|
Zon waktu
| UTC+1
(
CET
)
|
---|
? Musim panas (
DST
)
| UTC+2
(
CEST
)
|
---|
Laman sesawang
| www.kk.dk/english
|
---|
Copenhagen
(
Denmark
:
København
k?øb??n?ha???n
[3]
) ialah ibu negara dan bandar raya terbesar di
Denmark
, dengan jumlah penduduk di pusat bandar sebanyak 1,167,569 (2009) dan jumlah penduduk
metropolitan
seramai 1,875,179 (2009). Copenhagen terletak di pulau-pulau
Zealand
dan
Amager
.
Semenjak namanya tercatat buat kali pertama pada
abad ke-11
, Copenhagen menjadi ibu negara Denmark pada awal abad ke-15, seterusnya menjadi sebuah bandar raya terpenting serantau pada abad ke-17 di bawah pemerintahan
Christian IV
. Dengan terbinanya
Jambatan Oresund
antara negara Sweden dan Denmark pada tahun 2000, Copenhagen menjadi bandar raya utama di
Kawasan Oresund
yang semakin maju. Dalam kawasan ini, Copenhagen dan bandaraya
Malmo
di
Sweden
semakin berkembang menjadi sebuah
kawasan metropolitan
bersama. Dengan kira-kira 2.7 juta penduduk dalam jangkauan 50
km
dari pusat bandar, Copenhagen ialah salah sebuah kawasan terpadat penduduk di Eropah Utara. Copenhagen ialah bandaraya
Nordik
yang paling kerap dikunjungi iaitu 1.3 juta pelancong antarabangsa pada tahun 2007.
[4]
Copenhagen ialah sebuah pusat
kebudayaan
,
perniagaan
,
media
, dan
sains
utama serantau, seperti yang ditunjukkan oleh beberapa hasil soal selidik dan penarafan antarabangsa (lihat
Kedudukan antarabangsa
di bawah). Bidang
sains kehidupan
,
teknologi maklumat
dan
perkapalan
merupakan sektor-sektor penting, tidak lupa juga peranan penting yang dimainkan oleh usaha
penyelidikan dan pembangunan
dalam ekonomi bandar raya ini. Kedudukan strategik dan prasarana unggul bandar ini terutamanya lapangan terbang terbesar di semenanjung Scandinavia
[5]
yang terletak 14 minit jika menaiki tren dari pusat bandaraya, menjadikannya sebuah hab serantau dan tempat yang amat digemari untuk mendirikan ibu pejabat serantau
[6]
dan juga persidangan antarabangsa.
Copenhagen sering kali diiktiraf sebagai salah sebuah bandaraya yang menikmati mutu kehidupan yang tertinggi di dunia
[7]
[8]
[9]
, di samping dan menjadi antara kota-kota yang paling
mesra alam
di dunia. Perairan dalam pelabuhan dalamannya begitu bersih sehingga sesuai untuk berenang, manakala 36% warga kota berbasikal ke tempat kerja.
Semenjak detik peralihan alaf ke-2, Copenhagen menyaksikan perkembangan urban dan kebudayaan yang pesat sekali
[10]
, berpunca daripada pelaburan besar-besaran dalam kemudahan dan prasarana kebudayaan serta kedatangan jurureka, tukang masak dan jurubina cemerlang.
[11]
Daripada asal-usulnya sebagai perkampungan nelayan, disusuli kemuncaknya sebagai ibu kota
Empayar Denmark
yang gilang-gemilang, sehingga kedudukan terkini sebagai salah sebuah pusat reka bentuk terunggul di dunia, kisah-kisah dan perwatakan sejarah Copenhagen boleh ditemui dalam istana-istana yang tersergah, rumah bandar yang berbumbung tembaga dan dataran berbatu buntar yang bersuasana meriah.
Sejak
Zaman Viking
, terdapat sebuah kampung perikanan yang bernama "Havn" (pelabuhan) di tapaknya. Hasil carian arkeologi terkini mendapati bahawa menjelang abad ke-11, Copenhagen sudah berkembang dari sebuah pekan yang dilengkapi estet besar, gereja, pasar, sekurang-kurangnya dua buah telaga dan banyak kawasan penempatan kecil-kecilan yang berteraburan dalam kawasan yang agak luas.
[12]
Ramai sejarawan percaya bahawa pekan ini wujud selewat-lewatnya sejak akhir zaman Viking, dan mungkin sekali diasaskan oleh
Sweyn I Forkbeard
. Dari pertengahan
abad ke-12
, bandar Copenhagen semakin bernilai semenjak ditadbir oleh
Biskop
Absalon
yang membina kubunya pada tahun 1167, iaitu tahun yang dianggap sebagai tarikh penubuhan bandar Copenhagen. Kawasan pelabuhannya yang bagus sekali menggalakkan pembangunan Copenhagen sehingga menjadi pusat perdagangan yang penting.
Asal-usul bandar raya ini sebagai pelabuhan dan kawasan perdagangan dicerminkan dalam namanya. Nama asalnya ialah
Køpmannæhafn
, iaitu "pelabuhan saudagar", kemudian ejaannya berubah menjadi
København
. Nama Inggeris/Melayu bandaraya ini terbit dari nama
Bahasa Jerman Rendah
iaitu,
Copenhagen
. Unsur kimia
hafnium
juga dinamakan sempena Copenhagen, yang namanya dalam
bahasa Latin
ialah
Hafnia
.
[13]
Namun begitu, Copenhagen diserang berkali-kali oleh
Liga Hansa
dari
bangsa Jerman
. Pada tahun 1254, Copenhagen menerima piagamnya sebagai bandar raya di bawah pimpinan Biskop
Jakob Erlandsen
. Pada tahun 1658-59, bandaraya ini menangkis pengepungan besar-besaran yang dilancarkan oleh
Sweden
di bawah pimpinan
Charles X
serta berjaya menangkis
serangan besar
pada 1659.
Pada 2 April 1801, armada kapal
British
di bawah perintah
Laksamana Sir Hyde Parker
melawan dan menumpaskan armada diraja
Denmark?Norway
yang berlabuh di pesisir pantai Copenhagen. Naib Laksamana
Horatio Nelson
menerajui serangan terbesarnya.
[14]
[15]
[16]
Beliau dikenang kerana mengingkari perintah Parker untuk berundur, sehingga membinasakan kebanyakan kapal Denmark-Norway sebelum tercapainya gencatan senjata.
[14]
[17]
[18]
Pertempuran di Copenhagen itu sering dianggap sebagai pertempuran yang paling sukar oleh Nelson, sehingga mengatasi pertempuran besar-besaran di pertempuran
Trafalgar
.
[14]
[17]
[19]
[20]
[21]
Dalam pertempuran inilah Lord Nelson juga "memasang mata butanya pada teleskop" agar tidak dapat menerima isyarat Laksamana Parker untuk
meletak senjata
.
[19]
Pertempuran Copenhagen Kedua
(16 Ogos ? 5 September 1807) merupakan serangan kedua oleh
British
terhadap Copenhagen, kali ini menjadikan rakyat awam sebagai sasaran dengan tujuan mengepung armada Denmark-Norway.
[17]
[19]
[22]
[23]
Pihak British mendaratkan 30,000 anggota tentera untuk mengepung Copenhagen.
[17]
[19]
Serangan berterusan selama tiga hari seterusnya sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 2,000 orang awam terkorban dan kebanyakan kawasan bandar raya ranap.
[17]
[19]
[22]
Kemusnahan yang dialami Copenhagen amat dahsyat kerana Copenhagen bergantung pada barisan pertahanan lama yang semakin tidak berupaya menyebabkan mudah untuk senjata pihak British mengatasi pertahanannya.
[22]
[24]
Pada 1850-an, barulah tembok bandar dibuka untuk membolehkan kerja pembinaan perumahan baru di sekitar
Søerne
yang bersempadan dengan barisan pertahanan lama di barat.
[22]
Peluasan ruang yang besar ini amat dinanti-nantikan, bukan sahaja kerana tembok lama sudah terlalu lapuk untuk dijadikan sistem pertahanan, malah disebabkan masalah sanitasi di kota lama. Sebelum dibuka, pusat bandaraya Copenhagen diduduki kira-kira 125,000 orang, kemudian memuncak dalam bancian tahun 1870 (140,000); kini bilangannya sekitar 25,000 orang sahaja. Pada tahun 1901, Copenhagen diperluas lagi, menerapkan penempatan sekitar yang seramai 40,000 orang, sekaligus menyertakan
Frederiksberg
dalam lingkungan Copenhagen.
Ketika
Perang Dunia Kedua
, Copenhagen diduduki oleh tentera Jerman bersama seluruh negara Denmark dari 9 April 1940 hingga 4 Mei 1945. Pada Ogos 1943, apabila runtuhnya kerajaan bersama Denmark dengan pihak Nazi, beberapa buah kapal di Pelabuhan Copenhagen dikaramkan oleh Tentera Laut Diraja Denmark agar tidak dimanfaatkan oleh Jerman. Semenjak perang berakhir, bandar raya ini sekali lagi tumbuh dengan pesatnya. Pada 1970-an, landasan
rel komuter
dibina ke bandar dan pinggir bandar berhampiran.
Sejak pertengahan tahun 2000, Copenhagen dan
Malmo
, Sweden, dihubungkan oleh
Jambatan Øresund
yang menyediakan perhubungan kereta api dan jalan raya. Kesannya, Copenhagen menjadi pusat dalam kawasan metropolitan lebih besar yang meliputi kedua-dua negara. Pembinaan jambatan ini telah mencetuskan bermacam-macam perubahan dalam sistem pengangkutan awam serta membangunkan semula kawasan Amager di selatan bandaraya utama tersebut.
Wilayah bandaraya Copenhagen meliputi pesisir timur
pulau
Zealand
(Sjælland)
, sebahagian pulau
Amager
dan beberapa pulau kecil semula jadi dan buatan di antara kedua-dua pulau besar tersebut. Di sebelah timur, Copenhagen menghadap
Øresund
, iaitu selat berair yang memisahkan Denmark dari
Sweden
, serta menghubungkan
Laut Utara
dengan
Laut Baltik
. Di pesisir pantai
Sweden
yang terletak di seberang Copenhagen, terletaknya bandar-bandar
Malmo
dan
Landskrona
.
Copenhagen ialah sebahagian kawasan
Øresund
yang terdiri daripada Zealand, Lolland-Falster dan Bornholm di Denmark, dan
Scania
di
Sweden
.
Perbandaran Copenhagen
ialah unit pentadbiran yang meliputi kawasan pusat bandaraya Copenhagen. Perbandaran ini merupakan sebahagian kecil bandaraya sebenar yang terletak dalam kawasan perbandaran kerana meliputi kawasan terbatas dan kawasan
Frederiksberg
pula merupakan perbandaran yang berasingan. Semenjak pembaharuan dilakukan pada tahun 2006-08, Copenhagen dibahagikan kepada 10 daerah rasmi.
[25]
Daerah rasmi
|
Kawasan lain
|
|
|
Bandar gabungan
Copenhagen terdiri daripada beberapa perbandaran. Selain perbandaran
Copenhagen
, perbandaran kedua terbesar ialah perbandaran
Frederiksberg
iaitu sebuah kawasan berasingan dalam Perbandaran Kopenhagen. Kedua-duanya terlingkung dalam
Kawasan Ibu Negara Denmark
yang merangkumi kebanyakan
kawasan metropolitan
Copenhagen.
Sebelum ini, kawasan-kawasan perbandaran
Frederiksberg
,
Gentofte
dan Copenhagen digunakan untuk menentukan liputan bandaraya Copenhagen. Kini, untuk memenuhi keperluan
statistik
dalam pembaharuan terkini yang berlangsung pada awal tahun 2007, konsep pentakrifan "tanah" (
Landsdele
) diperkenalkan yang di mana nama tanah itu pada pokoknya merupakan takrifan geografi dan statistik, padahal kawasannya tidak dianggap sebagai unit pentadbiran. Tanah Bandaraya Copenhagen merangkumi perbandaran-perbandaran Copenhagen,
Dragør
, Frederiksberg dan
Tarnby
, dengan jumlah penduduk seramai 667,228 orang pada awal tahun 2009.
[26]
[27]
Copenhagen dan Frederiksberg ialah dua daripada tiga perbandaran Denmark yang masih tidak tergolong dalam sesebuah
daerah
. Pada 1 Januari 2007, kedua-dua perbandaran tersebut dilucutkan keistimewaan daerahnya lalu dijadikan sebahagian
Kawasan Ibu Negara Denmark
.
Kawasan pinggir bandar Copenhagen dirancangkan mengikut
Rancangan Jari
(
Denmark
:
Fingerplanen
) yang dilaksanakan sejak tahun 1947, untuk membahagikan kawasan pinggir bandar kepada lima "jari".
[28]
Landasan
tren S
dibina mengikut Rancangan Jari ini, manakala kawasan hijau dan lebuh raya didirikan di antara jari-jari tersebut.
Copenhagen berada dalam zon
iklim kebenuaan lembap
yang bermusim panas terik (
Pengelasan iklim Koppen
:
Dfb
) yang dipengaruhi
iklim lautan
(
Cfb
). Oleh sebab bandar raya ini terletak dalam laluan sistem tekanan rendah Atlantik, Copenhagen mengalami pola cuaca yang tidak menentu sepanjang keempat-empat musimnya, di samping suhunya sekitar 5 darjah lebih tinggi daripada purata latitudnya (sekitar 55° Utara) di seluruh dunia, terutamanya disebabkan oleh
Arus Teluk
Atlantik yang menolak air panas dari sekitar Laut Sargasso ke arah barat laut, diikuti sistem tekanan yang rendah.
Kerpasannya adalah sederhana sepanjang tahun, dengan sedikit memuncak pada bulan Jun hingga Ogos. Salji turun sekitar musim Krismas hingga awal bulan Mac, tetapi liputan salji jarang bertahan lama. Hujan turun pada bulan Januari dan Februari sekerap salji turun, manakala suhu purata untuk kedua-dua bulan musim sejuk tersebut amat menghampiri takat beku.
Pada musim sejuk, cuacanya bergantung kepada latitud mana yang mengalami tekanan rendah Atlantik. Dengan sistem tekanan tinggi yang stabil di kawasan Alps, tekanan rendah dari barat daya melanda Scandinavia dan Jerman utara. Suhu ketika ini biasanya melebihi takat beku tidak kira siang dan malam. Apabila sistem tekanan tinggi yang stabil ini berada di Denmark, atau terus melanda kawasan timur laut seperti Finland atau Rusia, maka terhalangnya angin lembut dari Atlantik di barat daya, diikuti udara kutub utara atau timur laut, sementara suhunya turun dengan cepat ke bawah takat beku (jarang sekali di bawah -5 darjah Celsius pada waktu siang, dan -12 darjah pada waktu malam).
Musim bunganya setara dengan seluruh benua Eropah, tetapi tiba seminggu lewat kerana kesejukan perairan sekeliling. Musim luruhnya juga tiba awal seminggu kerana kesejukan air itu. Pada akhir bulan November dan Disember, suhu air biasanya lebih tinggi berbanding udara dengan keadaan angin sejuk. Dari tengah bulan Oktober hingga Februari, Copenhagen boleh dilanda beberapa ribut. Jarang sekali ribut berlaku pada musim panas.
Musim panasnya, seperti musim-musim lain, ialah sistem tekanan rendah yang lembut, berangin dan berhujan dari barat daya, dicampuri sekali-sekala oleh tekanan tinggi yang stabil. Dari akhir bulan April hingga pertengahan bulan September, sistem tekanan tinggi biasanya membawa langit yang cerah dan suhu yang agak panas.
Suhu dan kerpasan purata untuk Kopenhagen
|
Bulan
|
Jan
|
Feb
|
Mac
|
Apr
|
Mei
|
Jun
|
Jul
|
Ogo
|
Sep
|
Okt
|
Nov
|
Dis
|
Tahun
|
Suhu tinggi purata °C (°F)
|
2
(36)
|
2
(36)
|
5
(41)
|
10
(50)
|
15
(59)
|
19
(66)
|
20
(68)
|
20
(68)
|
17
(63)
|
12
(54)
|
7
(45)
|
4
(39)
|
11.1
(52)
|
Suhu rendah purata °C (°F)
|
-2
(28)
|
-2
(28)
|
-1
(30)
|
2
(36)
|
7
(45)
|
11
(52)
|
13
(55)
|
13
(55)
|
10
(50)
|
7
(45)
|
3
(37)
|
-1
(30)
|
5
(41)
|
Kerpasan mm (inci)
|
36
(1.4)
|
24
(0.9)
|
34
(1.3)
|
35
(1.4)
|
40
(1.6)
|
45
(1.8)
|
57
(2.2)
|
55
(2.2)
|
53
(2.1)
|
47
(1.9)
|
52
(2)
|
47
(1.9)
|
525
(20.7)
|
Sumber: World Weather Information Service
[29]
2009-11-30
|
Suhu purata tahunan
: +8.1 °C
Wajah bandaraya Copenhagen masa kini terbentuk oleh peranan utamanya sebagai pusat serantau selama berabad-abad. Copenhagen mempunyai banyak daerah, setiap satunya melambangkan zamannya dengan ciri-ciri tersendiri, sehingga membentuk susunan bandar yang padat. Ciri-ciri penting lain dalam Copenhagen masa kini ialah banyaknya perairan, bilangan taman yang banyak dan sistem laluan basikal terancang yang terdapat di hampir setiap jalan raya utama.
Daerah tertua dalam bandaraya Copenhagen ialah "Middelalderbyen" (Kota
Zaman Pertengahan
). Namun begitu, daerah yang paling menonjol di Copenhagen ialah
Frederiksstaden
yang dimajukan ketika zaman pemerintahan
Frederick V
. Di Frederikstaden terletaknya
Istana Amalienborg
di pusatnya di samping kubah
Gereja Marmar
dan juga beberapa rumah agam yang anggun dari abad ke-18. Juga dalam kota lama Copenhagen ialah pulau kecil
Slotsholmen
dengan
Istana Christiansborg
dan
Christianshavn
. Di sekitar pusat bandaraya bersejarah terletaknya sejaluran kawasan perumahan saling bersebelahan di Vesterbro, Nørrebro Tengah, Østerbro Tengah dari seawal abad ke-19 yang dibina di luar tembok lama bandaraya apabila pembinaan dibenarkan di luar tembok kawasan bandar.
Adakalanya bergelar "Kota Mercu", Copenhagen terkenal kerana latar langit yang mendatar dan cuma dihiasi oleh mercu gereja dan istana lama. Antara yang paling menonjol ialah mercu
barok
di
Gereja Penyelamat Kami
yang juga bercirikan tangga luaran yang berlingkar dan sempit untuk kegunaan pengunjung untuk ke puncak mercunya. Antara mercu-mercu tertinggi yang lain termasuk di
Istana Christiansborg
,
Dewan Bandaraya Copenhagen
dan bekas Gereja St. Nikolaj yang kini menempatkan pameran
seni moden
. Mercu-mercu penting yang lebih rendah pula termasuk mercu zaman
renaissance
di
Istana Rosenborg
dan "mercu naga" di
bekas bursa saham Christian IV
, yang dijolokkan sedemikian kerana berupa empat batang ekor naga yang terpintal bersama.
Baru-baru ini, kelihatan perkembangan pesat dalam bidang seni bina moden di Copenhagen
[30]
, tak kira seni bina
tempatan
mahupun antarabangsa. Selama berabad-abad dahulu, tiada jurubina asing terkemuka yang pernah bekerja di Copenhagen sehinggalah awal alaf ke-2, apabila kawasan sekitarnya didirikan bangunan dan projek dari jurubina antarabangsa yang terkemuka. Pada masa yang sama, sebilangan jurubina Denmark telah mencapai kejayaan cemerlang di dalam dan luar Copenhagen. Sebilangan binaan di Copenhagen telah meraih anugerah
Institut Diraja Jurubina British
iaitu
Anugerah Eropah RIBA
empat tahun berturut-turut ("Sampension" (2005),
[31]
"Kilen" (2006),
[32]
"Tietgenkollegiet" (2007)
[33]
dan
Panggung Diraja Denmark
(2008)
[34]
). Di
Pesta Seni Bina Sedunia
2008 di Barcelona, kumpulan
Bjarke Ingels
memenangi anugerah Bangunan Perumahan Terbaik di Dunia 2008 untuk sebuah kawasan perumahan di Ørestad.
[35]
Anugerah Forum AID untuk Bangunan Terbaik di Scandinavia jatuh kepada bangunan di Copenhagen pada tahun 2006
[36]
dan 2008.
[37]
Pada tahun 2008, majalah rekabina British
Monocle
mencalonkan Copenhagen sebagai "bandar raya rekabina terbaik di dunia 2008".
[38]
Copenhagen ialah sebuah bandaraya hijau yang banyak taman besar dan kecil.
Kebun Raja
di
Istana Rosenborg
ialah taman yang tertua dan paling ramai pelawatnya di Copenhagen.
[39]
Kerja lanskapnya dimulakan oleh
Christian IV
pada tahun 1606. Setiap tahun, taman ini menyambut lebih 2.5 juta pengunjung
[40]
, terutamanya pada musim panas apabila ramai pelawat mengunjungi taman ini untuk berjemur, berkelah dan bermain bola. Taman ini juga merupakan
taman arca
yang mempamerkan beraneka arca secara berkekalan atau secara bermusim.
[39]
Juga dalam kawasan bandaraya terletaknya
Taman Botani
yang terkenal kerana terdirinya sebuah kompleks besar rumah kaca abad ke-19 yang didermakan oleh pengasas syarikat
Carlsberg
,
J. C. Jacobsen
.
[41]
Fælledparken
dengan keluasan 58
hektar
ialah taman terbesar di Copenhagen.
[42]
Taman botani ini terkenal untuk acara
sukan
dan tuan rumah beraneka acara tahunan seperti konsert opera percuma di permulaan musim opera, konsert muzik terbuka,
karnival
, sambutan
Hari Buruh
dan lumba
kereta antik
Copenhagen Historic Grand Prix
. Di bahagian timur laut bandar raya ada sebuah
ruang hijau
bersejarah iaitu
Kastellet
, sebuah
kubu kota
zaman Renaissance yang terpelihara rapi dan menjadi sebuah taman. Sebuah lagi taman awam yang popular ialah
Taman Frederiksberg
, sebuah
taman lanskap
zaman romantisisme seluas 32 hektar yang menempatkan sekawan
burung pucung kelabu
yang jinak sekali di samping pelbagai jenis
burung air
yang lain. Taman ini juga menawarkan pemandangan taman gajah yang direka oleh jurubina British terkemuka,
Norman Foster
di
Zoo Copenhagen
yang berhampiran.
Apa yang menarik juga mengenai Copenhagen ialah sebilangan tanah
perkuburan
yang berperanan sebagai taman istirahat, itupun untuk kegiatan yang senyap seperti berjemur, membaca dan bertakafur.
[43]
Tanah Perkuburan Assistens
, iaitu tempat bersemadinya
Hans Christian Andersen
, ialah sebuah ruang hijau yang penting dalam daerah
Nørrebro Tengah
dan juga sebuah institusi penting di Copenhagen.
Vestre Kirkegaard
yang berkeluasan 54 hektar ialah tanah perkuburan terbesar di Denmark
[44]
yang bercirikan dusun tebal, halaman terbuka, jalan berliku-liku, pagar pokok renek, pusara bersemak, tugu, kaki lima yang dihiasi pokok, tasik dan bermacam-macam lagi ciri-ciri kekebunan.
Dasar perbandaran rasmi Copenhagen menetapkan bahawa menjelang tahun 2015, setiap taman atau pantai boleh dicapai oleh semua warga kota dengan berjalan kaki dalam masa kurang 15 minit.
[45]
Selaras dengan dasar ini, beberapa taman baru sedang dibangunkan di kawasan yang tiada ruang hijau.
[46]
[47]
Copenhagen dan kawasan sekitarnya ada tiga
pantai
sepanjang 8 km yang boleh dicapai dengan berbasikal selama 30 minit dari pusat bandaraya. Ini termasuk
Amager Strandpark
yang dibuka pada tahun 2005 dan merangkumi pulau buatan sepanjang 2 km dan pantai sepanjang 4.6 km,
[48]
terletak 15 minit berbasikal atau beberapa minit sahaja menaiki tren dari pusat bandaraya.
Pantai-pantai ini ditambah oleh sistem
Permandian Pelabuhan
sepanjang kawasan dermaga Copenhagen. Kawasan permandian yang tertua dan paling digemari ramai ialah
Islands Brygge
[49]
yang meraih pengiktirafan antarabangsa kerana reka bentuknya.
[50]
Bergantung pada sempadan mana yang digunakan, jumlah penduduk Copenhagen berbeza-beza perangkaannya.
Institut Statistik Denmark
menggunakan ukuran kawasan bandar yang terbina bersebelahan di Copenhagen, ini bermakna bilangan komuniti yang dikira dalam abstrak statistik sudah berubah berkali-kali, dalam edisi terkini abstrak yang merangkakan hampir 1.2 juta penduduk (1,153,615 (2008)). Perangkaan ini bukan hasil tepat daripada kaedah sukatan kawasan terbina terus-menerus 200 meter, kerana ada pengecualiannya: Kawasan pinggir bandar
Birkerød
dan
Hørsholm
dikecualikan, sementara seluruh
Brøndby
dan beberapa bahagian
Ishøj
dan
Greve
terangkum. Institut Statistik Denmark tidak pernah menyatakan kawasan bandaraya Copenhagen yang sebenar, yang sedia diketahui terdiri
Copenhagen
,
Frederiksberg
dan 16 daripada 20 perbandaran dalam daerah lama
Copenhagen
dan daerah
Roskilde
, termasuk lima perbandaran setara.
[51]
Institut Statistik Denmark telah menyediakan takrifkan khusus bagi "tanah" (
landsdele
), untuk memenuhi keperluan statistik untuk taraf yang lebih rendah daripada rantau. Oleh itu, tanah bandaraya Copenhagen (
København by
) ditentukan oleh perbandaran Copenhagen,
Dragør
,
Frederiksberg
dan
Tarnby
, dengan sejumlah 667,228 penduduk pada awal tahun 2009.
[26]
[27]
Kawasan sekeliling Copenhagen pula tanah yang lain, iaitu subbandar Copenhagen (
Københavns omegn
), yang merangkumi perbandaran
Albertslund
,
Ballerup
,
Brøndby
,
Gentofte
,
Gladsaxe
,
Glostrup
,
Herlev
,
Hvidovre
,
Høje-Taastrup
,
Ishøj
,
Lyngby-Taarbæk
,
Rødovre
dan
Vallensbæk
, dengan seramai 508,183 orang (1 Januari, 2009).
[26]
[27]
Maka jumlah penduduk kedua-dua tanah itu ialah 1,171,709 orang. Tanah-tanah bandaraya dan pinggir bandar Copenhagan boleh ditentukan sebagai kawasan metropolitan, namun tidak begitu menyeluruh.
Sejak akhir 1990-an, Copenhagen menjalani perubahan wajah dari sebuah ibu kota Scandinavia yang santai menjadi sebuah bandaraya metropolitan yang hebat di mata dunia, setanding dengan
Barcelona
dan
Amsterdam
[52]
, hasil pelaburan prasarana secara besar-besaran serta gelombang bakat baru jurubina, pereka dan tukang masak di Denmark.
[8]
[30]
Di Copenhagen terdapat sebilangan cukup muzium bertaraf antarabangsa.
Muzium Negara Denmark
(
Nationalmuseet
) ialah muzium arkeologi dan sejarah kebudayaan terbesar di Denmark yang mempamerkan sejarah kebudayaan dalam dan luar negara Denmark.
Balai Seni Negara Denmark
(
Statens Museum for Kunst
) ialah muzium kesenian kebangsaan Denmark yang menyimpan himpunan karya seni dari abad ke-12 hingga kini. Antara karyawan seni yang terhimpun hasil seninya di sini termasuk
Rubens
,
Rembrandt
,
Picasso
,
Braque
,
Leger
,
Matisse
dan
Emil Nolde
.
Sebuah lagi muzium kesenian yang penting di Copenhagen ialah
Ny Carlsberg Glyptotek
yang diasaskan oleh hartawan/dermawan
Carlsberg
generasi kedua,
Carl Jacobsen
, dan menyimpan koleksi peribadi beliau. Tumpuan utamanya ialah arca klasik dari
Mesir
,
Rom
dan
Yunani
dan bermacam-macam lagi barang-barang purba, serta koleksi arca
Rodin
yang terbesar di luar Perancis
[53]
Selain himpunan arcanya, Ny Carlsberg Glyptotek juga menyimpan koleksi lukisan
impresionis
dan
pasca-impresionis
karya
Monet
,
Renoir
,
Cezanne
,
van Gogh
dan
Toulouse-Lautrec
, antara lainnya, di samping hasil seni Zaman Keemasan Denmark.
Muzium Seni Moden Louisiana
ialah sebuah muzium seni moden yang terletak di pantai utara Copenhagen, di tengah-tengah taman arca di atas cenuram yang menghadap
Øresund
.
Dewan Konsert Copenhagen
yang dibuka pada Januari 2009, direka oleh
Jean Nouvel
dan juga mempunyai empat buah dewan termasuk
auditorium
utama yang bermuatan 1800 orang. Dewan yang menjadi pangkalan
Orkestra Simfoni Kebangsaan Denmark
ini merupakan dewan konsert termahal dalam sejarah di samping
Dewan Konsert Walt Disney
di Los Angeles.
[54]
Tempat lain yang penting untuk
muzik klasik
ialah
Dewan Konsert Tivoli
yang terletak di
Taman Tivoli
yang bersejarah.
Panggung Opera Copenhagen
(
Operaen
) rekaan
Henning Larsen
yang dibuka pada tahun 2005, ialah dewan opera kebangsaan Denmark dan salah sebuah panggung opera termoden di dunia.
Teater Diraja Denmark
lama yang dibina pada tahun 1748 masih berfungsi sebagai pentas opera tambahan di samping menempatkan
Balet Diraja Denmark
yang juga diasaskan pada tahun 1748, sebagai salah sebuah kumpulan
balet
terlama di Eropah, dan juga tempat kelahiran tarian balet
aliran Bournonville
.
Untuk
hiburan
tanpa bayaran, pengunjung boleh bersiar-siar di
Strøget
, khususnya di antara
Nytorv
dan
Højbro Plads
, yang menjadi seakan-akan
sarkas
spontan yang mempunyai tiga gelanggang pada waktu petang dan malam, dimeriahkan oleh
pemuzik
,
tukang silap mata
,
penjugel
dan lain-lain
penghibur jalanan
.
Copenhagen mempunyai pasukan dalam pelbagai
sukan
. Dua kelab
bola sepak
utama di Copenhagen ialah
Brøndby IF
dan
FC København
. Kelab Brøndby IF bermain di
Stadium Brøndby
di Brøndby and FC København bermain di
Parken
di Østerbro, Copenhagen. Pasukan lain ialah seperti
Fremad Amager
,
B93
,
AB
,
Frem
,
Lyngby
,
Hvidovre IF
dan
FC Nordsjælland
Copenhagen juga mempunyai 3 pasukan
hoki ais
:
Rødovre Mighty Bulls
,
Herlev Hornets
dan
Nordsjælland Cobras
.
Terdapat juga pasukan
bola baling
di Copenhagen.
FC København
mempunyai pasukan lelaki dan wanita yang mempunyai logo dan baju yang sama. Mereka asalnya dikenali sebagai FIF. Antara kelab lain yang bermain di liga perdana seperti; Ajax Heroes, Ydun, dan HIK (
Hellerup
).
Ragbi
juga dimainkan di Copenhagen dengan kewujudan pasukan ragbi CSR-Nanok, Copenhagen Scrum, Exiles, Froggies dan Rugbyklubben Speed.
Liga Bola Sepak Australia Denmark
, berpangkalan di Copenhagen ialah pertandingan
bola sepak Australia
terbesar di luar negara
penutur Bahasa Inggeris
.
Pada 2011, Copenhagen telah menjadi tuan rumah
Kejuaraan UCI Road World
.
Biarpun tiada
bandar angkat
yang rasmi, namun Copenhagen menjalin kerjasama dengan bandaraya-bandaraya lain di dunia dalam bidang-bidang tertentu:
- ^
"Region Hovedstaden"
(dalam bahasa Danish).
Rantau Hovedstaden
. Dicapai pada
2008-11-12
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"General facts on The Øresund Region"
. Oresundsregionen.org. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2009-06-14
. Dicapai pada
2009-05-05
.
- ^
Juga
[k?øb?m??ha???n]
- ^
Top 150 City Destinations: London Leads the Way
- ^
"Copenhagen Airport"
. waymarking.com
. Dicapai pada
2009-01-06
.
- ^
"Copenhagen Region Ranks 3rd in Western Europe for Attracting Head Offices"
. Ministry of Foreign Affairs of Denmark. 2009-01-06
. Dicapai pada
2009-07-24
.
- ^
"A great place to live"
. Ministry of Foreign Affairs of Denmark. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2008-03-23
. Dicapai pada
2009-01-06
.
- ^
a
b
"Copenhagen is Scandinavia's most desirable city"
. International Herald Tribune. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2007-06-25
. Dicapai pada
2009-01-09
.
- ^
"Europe's 10 Best Places To Live"
. Forbes
. Dicapai pada
2009-01-06
.
- ^
"Cool Boom Towns"
. Spiegel Special
. Dicapai pada
2009-01-06
.
- ^
"Copenhagen is Scandinavia's most desirable city"
. International Harald Tribune. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2007-06-25
. Dicapai pada
2009-01-06
.
- ^
"Arkæologer graver ny teori om København op af mulden (Archeologists develop new theory about Kopenhagen from their digs), Videnskab.dk, 5 November 2008"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2010-07-01
. Dicapai pada
2010-01-23
.
- ^
Biography of George de Hevesy
- ^
a
b
c
"Battle of Copenhagen, April 2, 1801. Prelude ≪ Age Of Sail"
. ageofsail.wordpress.com
. Dicapai pada
2010-01-12
.
- ^
"History of THE NAPOLEONIC WARS"
. www.historyworld.net
. Dicapai pada
2010-01-12
.
- ^
"Napoleonic War: Battle of Copenhagen 1801"
. www.historyofwar.org
. Dicapai pada
2010-01-12
.
- ^
a
b
c
d
e
"History of NAPOLEON BONAPARTE"
. www.historyworld.net
. Dicapai pada
2010-01-12
.
- ^
Dudley Pope
,
The Great Gamble: Nelson at Copenhagen
(1972)
- ^
a
b
c
d
e
"Copenhagen's second battle remembered - 200 years on - Times Online"
. timesonline.co.uk
. Dicapai pada
2010-01-13
.
- ^
The Battle of Copenhagen
- ^
Tom Pocock,
Horatio Nelson
, Pimlico (1987), p.229
- ^
a
b
c
d
"[History] The "Battle" of Kopenhagen - 1807 - Total War Center Forums"
. www.twcenter.net
. Dicapai pada
2010-01-12
.
- ^
Smith, D.
The Greenhill Napoleonic Wars Data Book
. Greenhill Books, 1998, p.204
- ^
Wendy Hinde,
George Canning
(Purnell Books Services, 1973), p. 168.
- ^
"Københavns bydele"
. Københavns Kommune. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2009-05-10
. Dicapai pada
2009-05-03
.
- ^
a
b
c
Statistics Denmark, table BEF1A07: Population 1 January by region, age, sex, marital status
Retrieved on 2008-03-26.
- ^
a
b
c
Statistics Denmark, definitions of lands as of 2007-01-01 (
excel-file, in danish
)
Diterima pada 2008-03-26.
- ^
The Finger Plan
Diarkibkan
2016-03-12 di
Wayback Machine
, Denmark.dk
- ^
"Weather Information for Copenhagen"
. World Weather Information Service
. Dicapai pada
30 November
2009
.
- ^
a
b
"B1 Kopenhagen entdecken"
. Baumeister - Zeitschrift fur Architektur
. Dicapai pada
2009-01-23
.
- ^
"RIBA European Awards 2005"
. RIBA
. Dicapai pada
2009-01-05
.
- ^
"RIBA European Awards 2006"
. RIBA. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2009-06-26
. Dicapai pada
2009-01-05
.
- ^
"RIBA European Awards 2007"
. RIBA
. Dicapai pada
2009-01-05
.
- ^
"RIBA European Awards 2009"
. RIBA. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2008-10-11
. Dicapai pada
2009-01-05
.
- ^
"World's Best Residential Building 2008"
. World Architecture Festival. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2008-12-25
. Dicapai pada
2009-01-05
.
- ^
"Controversial residential housing complex year's best building"
. Forum AID
. Dicapai pada
2009-01-05
.
- ^
"Ørestad Gymnasium Best Building in Scandinavia 2008"
. designboom. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2008-10-07
. Dicapai pada
2009-01-05
.
- ^
"World's best design city 2008"
. The Independent
. Dicapai pada
2009-01-05
.
- ^
a
b
"King's Garden"
. Slots- og Ejeondomsstyrelsen
. Dicapai pada
2009-01-05
.
- ^
"Kongens Have"
. AOK
. Dicapai pada
2009-01-05
.
- ^
"Botanisk Have"
. Carlsberg
. Dicapai pada
2009-01-05
.
- ^
"Fælledparken"
. AOK
. Dicapai pada
2009-01-05
.
- ^
"København far mere liv pa kirkegardene"
. Politiken
. Dicapai pada
2009-01-05
.
- ^
"Guide: Ga pa opdagelse i de dødes haver"
. Politiken
. Dicapai pada
2009-01-05
.
- ^
"En grøn og bla storby"
. Københavns Kommune
. Dicapai pada
2009-01-05
.
[
pautan mati kekal
]
- ^
"Superkilen by Bjarke Ingels Group"
. Dezeen
. Dicapai pada
2009-01-05
.
- ^
"
"
1001 Træ", Nordvest"
. Københavns Kommune. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2007-04-29
. Dicapai pada
2009-01-05
.
- ^
"Hot spot pa Amager Strandpark"
. gomotion.dk
. Dicapai pada
2009-01-14
.
- ^
Harbour bath at Islands Brygge
, e-architect
- ^
"2007 IOC Honorable Mention"
. ap architecture-page. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2008-12-29
. Dicapai pada
2009-01-05
.
- ^
Danmarks Statistik
, Largest cities of Denmark 2007
(Jerman)
- ^
"Cool Boom Towns"
. Spiegel Special
. Dicapai pada
2009-01-09
.
- ^
"Ny Carlsberg Glyptotek"
. AOK
. Dicapai pada
2009-01-09
.
- ^
"DRs koncerthus - et af verdens dyreste"
. Berlingske Tidende
. Dicapai pada
2009-01-09
.