Colo-Colo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Colo-Colo
Colo-Colo.svg
Nama penuh Club Social y Deportivo Colo-Colo
Gelaran Los Albos (Sang Yang Putib)
Eterno Campeon (Johan Pahlawan)
El Cacique (Si Pangeran Penakluk)
Diasaskan 19 April 1925 ; 99 tahun yang lalu  ( 1925-04-19 )
Stadium Stadium Monumental David Arellano
(Kapasiti: 50,347)
Presiden Alfredo Stohwing
Matias Camacho (syarikat)
Pengurus Daniel Moron
Jurulatih Gustavo Quinteros
Liga Divisyen Primera Chile
2023 CPD, 3 dari 16
Tapak sesawang Laman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

( Sebutan Sepanyol: [?kolo ?kolo] ) ( ejaan Melayu : colo-colo, c jelas seperti menyebut coklat) ialah kelab bola sepak profesional Chile yang berpangkalan di Macul, Santiago . Ditubuhkan pada tahun 1925 oleh David Arellano , [1] mereka bermain di Divisyen Primera Chile , di mana mereka tidak pernah merasakan relegasyen . [2] Pasukan ini bermain di pangkalan mereka sendiri iakni Stadium Monumental David Arellano sejak 1989. [3]

Colo-Colo telah memenangi 33 gelaran Primera Division de Chile , lebih daripada mana-mana kelab Chile lain dengan rekod tiga belas kejuaraan Copa Chile. Kelab ini merupakan kelab bola sepak Chile pertama yang memenangi kejohanan benua, memenangi Copa Libertadores 1991 [4] Pada tahun berikutnya, kelab itu terus memenangi dua lagi kejuaraan antarabangsa: Recopa Sudamericana 1992 [5] dan Copa Interamericana 1992 , [6]

Penjaring gol terbanyak dalam sejarah kelab itu ialah Esteban Paredes dengan 216 gol, [7] dan pemain dengan penampilan terbanyak ialah penjaga gol Misael Escuti dengan 417 perlawanan.

Colo-Colo ialah kelab paling disokong di Chile, [8] dan mempunyai persaingan dengan Universidad de Chile . Kelab ini juga mempunyai saingan tradisional lain iakni Cobreloa dan Universidad Catolica . Pada tahun 2009, IFFHS juga menggelari Colo-Colo sebagai kelab terbaik di Chile bagi abad ke-20, dan tersenarai dalam dua puluh kelab terbaik sepanjang sejarah bola sepak Amerika Selatan . [9]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ "La Fundacion del Club (1920-1930)" . colocolo.cl (dalam bahasa Sepanyol). Colo Colo. 13 December 2015 . Dicapai pada 19 December 2018 .
  2. ^ "La selecta lista de los equipos sudamericanos que nunca han descendido" . Elgrafico.cl (dalam bahasa Sepanyol). El Grafico. 29 August 2012 . Dicapai pada 22 September 2014 .
  3. ^ "¡Feliz Cumpleanos, Estadio Monumental!" . Sitio Oficial de Colo-Colo (dalam bahasa Sepanyol). 2009 . Dicapai pada 17 June 2011 .
  4. ^ "Colo Colo recuerda la gloriosa jornada en que conquisto la Copa Libertadores" . Emol.com (dalam bahasa Sepanyol). Emol. 5 June 2011 . Dicapai pada 22 September 2014 .
  5. ^ "Hace 20 anos, Colo Colo trajo la Recopa Sudamericana a Chile" . Charlatecnica.cl (dalam bahasa Sepanyol). Charla Tecnica. 21 August 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 August 2012 . Dicapai pada 22 September 2014 .
  6. ^ "Colo Colo Campeon Copa Interamericana" . Dalealbo.cl (dalam bahasa Sepanyol). Dale Albo. 23 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 July 2015 . Dicapai pada 22 September 2014 .
  7. ^ "Muere Francisco Valdes, goleador historico del futbol chileno" . La Tercera. 18 August 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 October 2009.
  8. ^ "Colo-Colo es el equipo mas popular" . Dicapai pada 6 February 2013 .
  9. ^ "South America's Club of the Century" . IFFHS. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 October 2009 . Dicapai pada 11 August 2017 .