Claude Nougaro
(9 September
1929
–4 Mac
2004
) ialah
pencipta lagu
serta
penyanyi
Perancis
. Muziknya mendapat ilham daripada banyak sumber, terutamanya daripada
jaz
Amerika (
Charles Mingus
,
Louis Armstrong
,
Dave Brubeck
,
Sonny Rollins
), tetapi juga daripada
muzik Brazil
(
Antonio Carlos Jobim
,
Baden Powell de Aquino
,
Chico Buarque
).
Dilahirkan di
Toulouse
kepada Pierre Nougaro, penyanyi
opera
Perancis
yang sangat dihargai, dan Liette Tellini, guru
piano
Itali
, Nougaro dibesarkan oleh datuk nenek di tempat asalnya. Sewaktu itu, beliau mendengar lagu
Glenn Miller
,
Edith Piaf
, dan
Louis Armstrong
(antara lain) dalam siaran
radio
. Beliau gagal
baccalaureat
(peperiksaan
sekolah menengah
) pada
1947
, dan memulakan kerjayanya dalam bidang
kewartawanan
. Nougaro menulis untuk berbagai-bagai
jurnal
, termasuk
Le Journal des Curistes
di
Vichy
, dan
L'Echo d'Alger
. Pada waktu yang sama, beliau juga mencipta lagu untuk Marcel Amont ("Le barbier de Belleville", "Le balayeur du roi") dan
Philippe Clay
("Joseph", "La sentinelle"). Nougaro juga bertemu dengan
Georges Brassens
yang kemudian menjadi kawan dan
mentornya
. Beliau menghantar
lirik
untuk "Mephisto" dan "Le Sentier de la guerre" kepada
Marguerite Monnot
, pencipta lagu untuk
Edith Piaf
, yang membekalkan gubahan muzik.
Ketika berumur 30 tahun pada
1959
, Nougaro mula bernyanyi sebagai
mata pencarian
di
Lapin Agile
, sebuah
karabet
di
Montmartre
,
Paris
. Beliau kemudian menyanyikan karya sendiri pada
1962
. "
Une petite fille" dan "Cecile ma fille
" (yang didedikasikan kepada anak perempuan yang dilahirkan pada 1962 serta isterinya, Sylvie, yang ditemunya di kabaret Lapin Agile) menyebabkannya dikenali oleh khalayak yang lebih besar. Pada waktu itu, Nougaro telah mula menonjolkan diri menerusi konsert-
konsert
Dalida
, seorang penyanyi
Itali
Mesir
. Bagaimanapun, suatu
kemalangan jalan raya
pada
1963
menyebabkannya tidak dapat bergerak buat berbulan-bulan. Nougaro kemudian ke
Brazil
pada tahun berikut dan menyanyi di dewan-dewan Paris yang unggul:
Olympia
,
Palais
, dan
Theatre de la Ville
. Selepas kematian kawannya,
Jacques Audiberti
, pada
1965
, Nougaro mencipta lagu "
Chanson pour le macon
" untuk memberikan penghormatan kepadanya.
Pada
1968
, Nougaro merakam
Une soiree avec Claude Nougaro
, albumnya yang pertama di hadapan penonton di Olympia. Kerjayanya berlangsung secara biasa, dengan kejayaan sekali-kali:
Le jazz et la java
,
Tu verras
,
Ile de Re
,
Armstrong
,
Toulouse
,
Petit taureau
. Bagaimanapun, pada
1984
, syarikat rakamannya tidak membaharui kontraknya. Justera, Nougaro ke
New York
untuk mencari-cari ilham. Semasa di sana, beliau mencipta dan merakam
Nougayork
, sebuah
piring hitam
swabiaya yang mencapai kejayaan hebat yang tidak dijangka.
Pada
1988
, Nougaro dianugerahi oleh
Victoires de la musique
dengan gelaran
album terbaik
serta
artis terbaik.
. Beliau menerbitkan tiga album baharu antara
1993
dan
1997
. Bagaimanapun, kesihatan Nougaro merosot selepas
1995
selepas menjalani
pembedahan jantung
. Antara
1998
hingga
2004
, beliau menumpukan masanya pada konsert dan pesta, selain daripada sebuah album untuk membantu kanak-kanak yang menghidapi
AIDS
. Menjelang
2003
, keadaannya telah bertambah buruk sehingga tidak berupaya menghadiri pesta
du Verbe at Toulouse
. Selepas menjalani pembedahan lanjut pada awal 2004, Nougaro meninggal dunia pada bulan Mac, ketika berumur 74 tahun.
- Locomotive d'or
(1973)
- Au new morning
(1982)
- Nougayork
(1987)
- Une voix dix doigts
(1991)
- L'Enfant-phare
(1997)
- L'ivre de mots
(2002)
- Fables de ma fontaine
(2003)