Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Choi Dong-won
(
Hangul
: 최동원,
Hanja
: 崔東原) (24 Mei 1958 ? 14 September 2011) merupakan
pitcher
Korea Selatan yang beraksi di
KBO League
bersama pasukan
Lotte Giants
dan
Samsung Lions
. Choi merupakan pemain bertangan kanan.
Semasa beraksi untuk pasukan Lotte Giants, karier Choi pada musim 1986 dianggap sebagai salah satu musim yang cemerlang beliau pernah hasilkan. Beliau menghasilkan rekod 19-14 dan mencatatkan ERA pada 1.55 dengan berjaya melakukan 208 strikeout dalam 267
inning
beliau beraksi. Choi juga menghasilkan 17 perlawanan sempurna dan 1.55 ERA beliau merupakan rekod terbaik sepanjang lapan musim karier beliau. Beliau juga menjadi pemain teratas liga dari statistik inning bermain dan pemain kedua terbaik dari statistik kemenangan, ERA dan strikeout (208).
[1]
Pada musim berikutnya, beliau telah beraksi dalam salah satu perlawanan terbaik dalam kariernya. Pada 16 Mei 1987, dalam aksi seri 2-2 menentang
Haitai Tigers
, Choi telah
melengkapkan perlawanan
dengan
tiada keputusan
sepanjang 15 inning aksi dan beliau telah melakukan 209 lemparan secara keseluruhan. Pitcher lawan,
Sun Dong-yol
yang juga dianggap salah seorang pemain terbaik liga, juga mengakhiri perlawanan dengan melakukan 232 lemparan. Perlawanan tersebut yang mempertemukan dua pitcher ace Korea ini sering dianggap sebagai detik terhebat dalam sejarah besbol Korea.
Choi telah meninggal dunia akibat
kanser usus
di hospital di
Goyang
,
Gyeonggi-do
pada 14 September 2011 pada usia 53 tahun.
[2]
Choi telah meninggalkan seorang balu, seorang anak, ibu dan dua orang adiknya.
[3]
Pasukan Lotte Giants tidak menggunakan nombor skuad Choi iaitu nombor 11 mulai 30 September 2011. Keputusan ini menandakan nombor pertama tidak digunakan oleh pihak kelab semenjak penubuhannya pada 1975.
[4]
Watak beliau telah dilakonkan oleh
Cho Seung-woo
dalam filem 2011,
Perfect Game
yang mengisahkan dua orang pitcher terhebat iaitu beliau dan epsaingnya, Sun Dong-yol dalam liga
Korea Baseball Organization
pada era 1980-an.
Templat:Baseballstats