Cermai belanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cermai belanda
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Eugenia
Spesies:
uniflora
Sinonim [2]
Senarai
    • Eugenia arechavaletae Herter
    • Eugenia costata Cambess.
    • Eugenia dasyblasta (O.Berg) Nied.
    • Eugenia decidua Merr.
    • Eugenia indica Nicheli
    • Eugenia lacustris Barb. Rodr.
    • Eugenia michelii Lam.
    • Eugenia microphylla Barb. Rodr.
    • Eugenia myrtifolia Salisb.
    • Eugenia oblongifolia (O.Berg) Arechav.
    • Eugenia oblongifolia (O.Berg) Nied. nom. illeg.
    • Eugenia strigosa (O.Berg) Arechav.
    • Eugenia willdenowii (Spreng.) DC. nom. illeg.
    • Eugenia zeylanica Willd.
    • Luma arechavaletae (Herter) Herter
    • Luma costata (Cambess.) Herter
    • Luma dasyblasta (O.Berg) Herter
    • Luma strigosa (O.Berg) Herter
    • Myrtus brasiliana L.
    • Myrtus willdenowii Spreng.
    • Plinia pedunculata L.f.
    • Plinia petiolata L. nom. illeg.
    • Plinia rubra L.
    • Plinia tetrapetala L.
    • Stenocalyx affinis O.Berg
    • Stenocalyx brunneus O.Berg
    • Stenocalyx costatus (Cambess.) O.Berg
    • Stenocalyx dasyblastus O.Berg
    • Stenocalyx glaber O.Berg
    • Stenocalyx impunctatus O.Berg
    • Stenocalyx lucidus O.Berg
    • Stenocalyx michelii (Lam.) O.Berg
    • Stenocalyx nhampiri Barb. Rodr.
    • Stenocalyx oblongifolius O.Berg
    • Stenocalyx rhampiri Barb.Rodr.
    • Stenocalyx ruber (L.) Kausel
    • Stenocalyx strigosus O.Berg
    • Stenocalyx uniflorus (L.) Kausel
    • Syzygium michelii (Lam.) Duthie

Cermai belanda atau nama saintifiknya Eugenia uniflora [3] ialah sejenis pokok dalam keluarga Myrtaceae . Ia bertaburan asal di bahagian timur Amerika Selatan merangkumi Suriname , Guiana Perancis ke selatan Brazil , Uruguay , Paraguay dan Argentina . [4] [5] [6]

Botani [ sunting | sunting sumber ]

Pokok cermai belanda jenis saka berakar tunjang dan berukuran sedang, [7] ia boleh tumbuh tingginya mencapai antara 2 meter hingga 7 meter. [3] Daunnya tunggal bersusun tentang dengan bentuk meruncing dan bertepi rata [7] dengan permukaan licin seakan berlilin; ia berwarna merah tua semasa muda sebelum matang berwarna hijau hingga tua kemerahan. [7] [3]

Bunganya tumbuh di ketiak daun 1 hingga 4 kuntum sejambak berwarna putih kekuningan mengeluarkan bau wangi. [3] Buahnya jenis beri kecil berbentuk bulat dan berlekuk-lekuk, ia mirip buah dihasilkan cermai yang hidup di kepulauan Nusantara yang memberi nama kepadanya; buah ini bertukar dari hijau kepada jingga dan kemudiannya merah tua-hitam setelah masak dengan rasa yang manis. [3] [8] Bijinya kecil, keras, dan berwarna keperangan.

Kegunaan [ sunting | sunting sumber ]

Buah ini dijadikan asas dalam pembuatan jem. [9] Daun-daunnya juga boleh dijadikan minuman seduhan alam kalangan masyarakat beberapa kawasan Uruguay.

Daunnya mengeluarkan suatu minyak mudah meruap apabila diramas yang boleh menghalau nyamuk. [3]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Macdonald, F. & Canteiro, C. 2021. Eugenia uniflora. The IUCN Red List of Threatened Species 2021: e.T60330325A60330335. https://dx.doi.org/10.2305/IUCN.UK.2021-1.RLTS.T60330325A60330335.en . Downloaded on 23 April 2021.
  2. ^ "The Plant List: A Working List of All Plant Species" . Dicapai pada 28 Januari 2019 .
  3. ^ a b c d e f Hean Chooi Ong (2004). Buah: khasiat makanan & ubatan . Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 17, 40?41. ISBN   967-61-1560-6 .
  4. ^ Duke, James A. (2009). Duke's Handbook of Medicinal Plants of Latin America . m/s. 309. ISBN   9781420043174 .
  5. ^ Karp, David (February 7, 2007). "Berry Helped to Put Reality Show Chef on Top" . The New York Times . Dicapai pada January 28, 2019 .
  6. ^ Morton, Julia (1987). "Surinam cherry" . Fruits of warm climates . Miami, FL. m/s. 386?388.
  7. ^ a b c "Eugenia uniflora L." (PDF) . Departemen Kesehatan . 15 November 2001 . Dicapai pada 19 January 2013 . [ pautan mati kekal ] [ pautan mati kekal ]
  8. ^ Sastrapradja, Setijati; Panggabean, Gillmour; Mogea, Johanis Palar; Sukardjo, Sukristijono; Sunarto, Aloysius Tri (1981). Proyek Penelitian Potensi Sumber Daya Ekonomi:Buah-Buahan . 8 . Jakarta : LIPI bekerja sama dengan Balai Pustaka . m/s. 15. OCLC   66228010 . CS1 maint: ref=harv ( link )
  9. ^ Hargreaves, Dorothy; Hargreaves, Bob (1964). Tropical Trees of Hawaii . Kailua, Hawaii: Hargreaves. m/s.  61 . ISBN   9780910690027 .

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]