Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Campini Caproni CC.2
|
An
Italian Air Force
Campini Caproni CC.2 in flight
|
Perincian teknikal
|
Lebar
| 14.6 m (48 kaki)
|
Panjang
| 12.1 m (40 kaki)
|
Tinggi
| 4.7 m (15 ft 5 in)
|
Luas sayap
| 36 m
2
(388 kaki
2
)
|
Kelajuan maksima
| 360 km/h (224 bsj) (194 kts)
|
Tinggi maksima
| 4,000 m (13,000 kaki)
|
Janakuasa
| Thermojet
- 670 kW (900 hp) enjin piston memancu pemampat, membekalkan udara ke dalam kebuk pembakaran bagi menghasilkan tujahan sebanyak 6.9 kN (1,550 paun
f
)
|
Campini Caproni CC.2
(kadang kala dirujuk sebagai N-1)
merupakan kapal terbang berkuasa
thermojet
awal.
Pada tahun
1931
jurutera
Itali
Secondo Campini
menghantar lapuran berkenaan potensi
tujahan jet
kepada Kementerian Udara Itali (
Italian Air Ministry
), dan pada tahun berikutnya, membuat pertunjukan
bot
berkuasa jet di
Venice
. Pada tahun
1934
, Kementerian Udara meluluskan kebenaran bagi pembangunan kapal terbang jet bagi membuktikan prisip enjin jet.
Sebagaimana direka oleh Campini, kapal terbang tidak mempunyai enjin jet sebagaimana yang kita kenali masa kini. Sebaliknya,
enjin piston
biasa 670 kW (900 hp) Isotta Fraschini L. 121/R.C. 40) digunakan bagi memberi kuasa kepada pemampat gas, yang memaksa udara mampat ke dalam kebuk pembakaran dimana ia bercampur dengan bahan api dan menyala. (
Exhaust
) dihasilkan oleh pembakaran ini digunakan bagi memecut pesawat kehadapan. Campini menggelar tatarajah ini sebagai "thermojet".
Campini mendapatkan kilang kapal terbang
Caproni
bagi membantu membina prototaip, dan dua kapal terbang dan satu model tidak terbang (asas ujian) akhirnya dibina. Penerbangan pertama dilakukan pada
27 Ogos
,
1940
dipandu oleh
juruterbang ujian
Mario de Bernardi
.
Kapal terbang tersebut dijadikan sebagai alat
propaganda
secara besar-besaran oleh
Mussolini
dan
Federation Aeronautique Internationale
yang menyedari bahawa ini merupakan kali pertama penerbangan kapal terbang jet yang berjaya, walaupun ia kemudiannya diketahui bahawa penghormatan ini sebenarnya kepunyaan
Heinkel He 178
yang terbang setahun penuh sebelumnya, dan menggunakan
turbojet
sebenar.
Selepas
Perang Dunia II
, salah satu prototaip dihantar ke
UK
untuk kajian di
Royal Aircraft Establishment
di Farnborough, dan kemudiannya telah hilang dan kemungkinannya dilupuskan. Prototaip yang lain kini dipamerkan di
Aeronautical Museum of Vigna di Valle
di
Rome
dan badan pesawat asas ujian darat terdapat di
Museum of Science and Technology
di
Milan
.
Kapal terbang seumpamanya: