Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
COBOL
(
COmmon Business Oriented Language
) merupakan
bahasa pengaturcaraan
generasi ketiga. Ia dibina oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat tetapi di gunakan dalam bidang perniagaan, kewangan, dan pentadbiran untuk mana-mana syarikat dan untuk kerajaan.
Piawai COBOL 2000 kini memasukkan sokongan untuk
pengaturcaraan berorientasikan objek
dan ciri-ciri bahasa moden lain.
Antara kebaikan bahasa pengatucaraan ini ialah ia dapat digunakan oleh komputer yang berlainan jenis contohnya seperti Windows atau Macintosh dan banyak lagi. Ia mudah di baca dan mampu memproses fail-fail yang besar.
COBOL dibina pada
1959
oleh satu badan yang dikenali sebagai
The Short Range Committee
di
Pentagon
pada 28 dan 29 Mei 1959. Idea untuk COBOL dipelopori oleh En Charles Phillips dari Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.
Jawatan kuasa ini disertai oleh 6 syarikat komputer pada masa itu iaitu Burroughs Corporation, IBM, Minneapolis-Honeywell (Honeywell Labs), RCA, Sperry Rand, dan Sylvania Electric Products dan 3 badan kerajaan iaitu
Tentera Udara Amerika Syarikat,
David Taylor Model Basin
, dan
National Bureau of Standards
yang dikenali pada masa ini sebagai NIST.
IDENTIFICATION DIVISION.
Program-Id. Indah-Dunia.
*
ENVIRONMENT DIVISION.
*
DATA DIVISION.
*
PROCEDURE DIVISION.
Para1.
DISPLAY "Indahnya dunia!".
*
Stop Run.