Kebutaan
ialah keadaan tentang gangguan atau kehilangan
persepsi penglihatan
, akibat faktor
fisiologi
ataupun
psikologi
.
Pelbagai skala dibangunkan bagi menggambarkan tahap kehilangan penglihatan dan mentakrifkan "buta".
[1]
Buta sepenuhnya
adalah kehilangan menyeluruh segala bentuk deria cahaya dan direkodkan secara perubatan (
klinikal
) sebagai "NLP", ringkasan kepada ("no light perception").
[1]
"Buta" seringkali digambarkan sebagai kecacatan penglihatan teruk dengan sisa penglihatan. Untuk menentukan mereka yang memerlukan bantuan khas disebabkan kecacatan penglihatan, pelbagai perundangan kerajaan telah membentuk takrifan yang semakin rumit yang dirujuk sebagai
disahkan buta - (
legal blindness
)
.
[2]
Di
Amerika Utara
dan kebanyakan
Eropah
, disahkan buta ditakrifkan sebagai tahap penglihatan pada tahap 20/200 (6/60) atau kurang dari itu pada mata terbaik dengan pembetulan sebaik mungkin. Ini bererti individual yang disahkan buta. Ini bererti mereka yang disahkan buta perlu berdiri sejauh 20 kaki daripada sesuatu objek bagi melihatnya sejelas apa yang orang normal mampu lihat pada jarak 200 kaki. Pada kebanyakan kawasan, mereka dengan penglihatan tajam purata bagaimanapun mempunyai lapangan pandangan kurang daripada 20 sudut darjah (biasanya 180 darjah) juga dikelaskan sebagai disahkan buta.
Sekitar sepuluh peratus daripada mereka yang disahkan buta, menurut mana-mana ukuran, tidak mempunyai penglihatan. Bakinya mempunyai sedikit penglihatan, dari mengesan cahaya kepada ketajaman yang relatively good acuity.
Low vision
is sometimes used to describe visual acuities from 20/70 to 20/200.
[1]
Diarkibkan
2013-07-03 di
Wayback Machine
Menurut Penilaian semula ke 10 Pengkelasan Statistik Antarabangsa, Kecederaan dan Punca Kematian
WHO
,
Penglihatan lemah
ditakrifkan sebagai ketajamanpenglihatan kurang dari 6/18, tetapi lebih baik atau bersamaan dengan 3/60, atau bersamaan kehilangan medan penglihatan kepada kurang daripada 20 darjah, dalam mata terbaik dengan pembetulan terbaik.
Buta
ditakrifkan sebagai ketajaman penglihatan kurang dari 3/60, atau bersamaan kehilangan medan penglihatan kurang daripada 10 darjah, pada mata terbaik dengan pembetulan terbaik.
[2]
[3]
Pada tahun
1934
,
Persatuan Perubatan Amerika
menerima pakai istilah buta seperti yang berikut:
- "Ketajaman pandangan pusat pada 20/200 atau kurang pada mata terbaik dengan kanta pembetulan atau ketajaman pandangan pusat lebih dari 20/200 sekiranya terdapat kecacatan medan penglihatan di mana pandangan sisi kucup pada tahap di mana keratan rentas terlebar dari mana luas medan penglihatan tidak melebihi 20 darjah pada mata terbaik."
[3]
Kongres Amerika Syarikat
memasukkan takrifan ini sebagai sebahagian dari program Bantuan kepada orang buta dalam Akta Keselamatan Sosial yang diluluskan pada 1935
[3]
[4]
. Pada tahun 1972, program Bantuan kepada orang buta dan dua yang lain di gabung di bawah judul XVI bagi Akta Keselamatan Sosial untuk membentuk program Tambahan Keselamatan Pendapatan
[4]
yang kini menyatakan:
- "Seseorang dianggap buta bagi tujuan pengesahan menurut undang-undang sekiranya ia mempunyai ketajaman penglihatan pusat 20/200 20/200 atau kurang pada mata terbaik dengan kanta pembetulan. Mata yang diiringi dengan kecacatan pada medan penglihatan sehinggakan ukurlilit terluas bagi sudut penglihatan melebar pada sudut tidak melebihi 20 darjah akah dianggap bagi matlamat ayat pertama subseksyen ini sebagai mempunyai ketajaman penglihatan pusat 20/200 atau kurang. Seseorang itu juga dianggap buta bagi takrifan ini sebagaimana ditakrifkan dibawah rancangan Negeri yang diluluskan di bawah tajuk X atau XVI bermula dari Oktober 1972 dan menerima bantuan di bawah rancangan sedemikian (berasaskan kebutaan) bagi Disember 1973, selagi dia ditakrifkan sebagai buta."
[5]
Kuwait
merupakan salah satu negara yang berkongsi kriteria bagi buta sah disisi undang-undang.
[6]
.
Pada tahun 1987, dianggarkan sekitar 598,000 orang di Amerika Syarikat memenuhi definasi sah kebutaan
[7]
. Daripada jumlah ini, 58% berusia melebihi usia 65 tahun
[7]
. Pada 1994-1995, 1.3 juta penduduk Amerika melaporkan sah buta
[8]
.
Pada November 2004 rencana
Magnitude and causes of visual impairment
, terbitan
WHO
menganggarkan bahawa pada 2002 terdapat 161 juta (sekitar 2.6% penduduk dunia) orang yang mengalami kecacatan penglihatan di dunia, dari mana 124 juta (sekitar 2%) mempunyai penglihatan terhad dan 37 juta (sekitar 0.6%) adalah buta.
[9]
Kecacatan penglihatan teruk berpunca daripada banyak sebab:
Kebanyakan kecacatan penglihatan disebabkan oleh
penyakit
dan kekurangan zat. Menurut anggaran WHO pada 2002, kebanyakan punca buta diseluruh dunia adalah:
Mereka di negara membangun adalah lebih ramai mengalami kecacatan penglihatan disebabkan keadaan yang boleh dihalang berbanding mereka yang terdapat di negara maju. Sementara kecacatan penglihatan adalah biasa dikalangan mereka berusia melebihi 60 tahun merentasi semua region, kanak-kanak dalam masyarakat miskin lebih cenderung menghadapi masalah penyakit berbanding rakan sebaya yang kaya.
Kaitan antara kemiskinan dan kecacatan penglihatan yang boleh dirawat adalah lebih jelas apabila melakukan perbandingan punca secara regional. Kebanyakan kecacatan penglihatan dewasa di Amerika Utara dan Eropah Barat adalah berkait dengan lumpuh makular disebabkan faktor usia (
age-related macular degeneration
) dan berkait dengan penyakit kencing manis
diabetic retinopathy
. Walaupun kedua keadaan ini boleh dirawat, keduanya tidak boleh sembuh sepenuhnya.
Di negara membangun, di mana jangka hayat adalah lebih singkat, katarak dan parasit bawaan air?keduanya yang boleh dirawat secara berkesan?sering kali punca utama (sebagai contoh, lihat
Buta sungai
). Daripada anggaran 40 juta orang buta di seluruh dunia, 70?80% mampu dipulihkan penglihatan sebahagian atau sepenuhnya melalui rawatan.
Di negara membangun di mana penyakit parasit tidan meluas dan
pembedahan katarak
lebih mudah didapati, lumpuh makular disebabkan faktor usia seperti, glaukoma, dan diabetic retinopathy biasanya merupakan punca utama kebutaan
[10]
.
Kecederaan mata, sering kali berlaku dikalangan mereka di bawah 30 tahun, merupakan punca uta,a buta sebelah mata di Amerika Syarikat. Kecederaan dan kataraks memberi kesan kepada mata itu sendiri, sementara keluarbiasaan seperti
hypoplasia saraf optik (
optic nerve hypoplasia
)
memberi kesan kepada himpunan saraf yang menghantar isyarat dari mata kepada belakang otak, yang mampu mendorong kepada kekaburan penglihatan.
Mereka dengan kecederaan pada
lobus oksipital
di
otak
boleh, walaupun mempunyai mata dan
saraf optik
yang tidak rosak, masih boleh dikelaskan sebagai sah buta atau buta sepenuhnya.
Mereka dengan
albinisme
sering kali menderita kecacatan penglihatan sehingga pada tahap ramai adalah sah buta, sungguhpun hanya sedikit dari mereka buta sepenuhnya.
kongenital amaurosis Leber
mampu menyebabkan buta sepenuhnya atau kehilangan penglihatan teruk semenjak lahir atau awal kanak-kanak.
Kemajuan terkini dalam
pemetaan gen
genome manusia telah mengenal pasti punca genetik lain yang menyebabkan penglihatan kabur atau kebutaan. Salah satu contoh adalah
sindrom Bardet-Biedl
.
Sebahagian kecil dari kesemua kes kebutaan disebabkan oleh memakan bahan kimia tertentu. Contoh yang paling terkenal adalah
metanol
yang terdapat dalam
spirit bermetil
yang kadang kala digunakan oleh peminum arak sebagai gantian murah bagi minuman beralkohol biasa.
Kebutaan telah digunakan sebagai tindakan membalas dendam dan penyiksaan dalam sesetengah kes, bagi merampas deria utama seseorang yang diperlukan bagi berinteraksi atau bergerak di dunia ini, bertindak bebas sepenuhnya, dan menyedari keadaan sekeliling mereka.
Beberapa organisasi yang memajukan program untuk menghalang kebutaan termasuk:
Cerita
Lelaki-lelaki Buta dengan Gajah
menggunakan kebutaan untuk melambangkan
persepsi
dan sudut pandangan yang terhad. Cerita-cerita seperti
Cengkerik Di Atas Perdiangan
(
The Cricket on the Hearth
) yang ditulis oleh
Charles Dickens
memberikan lagi satu sudut pandangan tentang kebutaan, iaitu orang-orang buta tidak tahu akan persekitaran mereka dan mudah tertipu.
Bagaimanapun, para penulis karya-karya pendidikan moden (sila lihat:
buta dan pendidikan
untu maklumat lanjut), serta juga mereka yang menulis
buta dalam kesusasteraan
telah berusaha untuk memberikan satu gambaran orang-orang buta yang berlainan, iaitu sebagai individu tiga-dimensi dengan berbagai-bagai keupayaan,
bakat
, serta juga
kecacatan
peribadi.
- ^
a
b
International Council of Ophthalmology.
"International Standards: Visual Standards ? Aspects and Ranges of Vision Loss with Emphasis on Population Surveys."
April 2002.
- ^
Belote, Larry.
"Low Vision Education and Training: Defining the Boundaries of Low Vision Patients."
A Personal Guide to the VA Visual Impairment Services Program.
Retrieved March 31, 2006.
- ^
a
b
Koestler, F. A., (
1976
).
The unseen minority: a social history of blindness in the United States.
New York: David McKay.
- ^
Corn, AL; Spungin, SJ.
"Free and Appropriate Public Education and the Personnel Crisis for Students with Visual Impairments and Blindness."
Center on Personnel Studies in Special Education. April 2003.
- ^
Social Security Act.
"Sec. 1614. Meaning of terms."
Dipetik Feb 17, 2006.
- ^
Al-Merjan JI, Pandova MG, Al-Ghanim M, Al-Wayel A, Al-Mutairi S. "Registered blindness and low vision in Kuwait."
Ophthalmic Epidemiol.
2005 Aug;12(4):251-7.
PMID 16033746
.
- ^
a
b
Kirchner, C., Stephen, G. & Chandu, F. (1987). "Anggaran 1987 'kecacatan penglihatan teruk' yang tidak berdaftar sacara meluas menurut usia pada 1977 anggaran: U. S.", 1987.
AER Yearbook.
- ^
American Foundation for the Blind.
"Statistics and Sources for Professionals."
Diambil 1 April 2006.
- ^
"Pertubuhan Kesihatan Sedunia]"
(Web)
.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia
. 2006
. Dicapai pada
16 Disember
2006
.
- ^
Bunce C, Wormald R.
"Leading Causes of Certification for Blindness and Partial Sight in England & Wales."
BMC Public Health.
2006 Mar 8;6(1):58 [Epub ahead of print].
PMID 16524463
.
Error: tiada nama laman disertakan (
help
).