Bulu pelepah
adalah satu tumbuhan epidermal yang membentuk penutup luar, atau
bulu
pada
burung
. Ia adalah satu ciri utama yang membezakan Kelas
Aves
dari yang lain.
Bulu pelepah adalah struktur paling rumit pada
vertebrates
. Sebagaimana rambut, kuku dan sisik, bulu pelepah adalah tambahan integumentary; organ kulit yang terbentuk dari pembiakan terkawal
sel biologi
dalam
epidermis
, atau kulit luar, yang menghasilkan
protin
keratin
.
Ia melindungi burung daripada air dan suhu sejuk dan memberikan warna yang kadang kala digunakan sebagai penyamaran dari
pemangsa
dan kadang kala sebagai cara komunikasi pandangan "visual". Walaupun setiap bulu pelepah amat ringan, bulu burung berat dua hingga tiga kali ganda berbanding tulangnya.
Ia dijangkakan bahawa bulu pelepah berubah dari
sisik
reptilia
, bagaimanapun kajian terkini menimbulkan keraguan terhadap
homologi
ini (untuk bacaan lanjut lihat Q Rev Biol. 2002 Sep;77(3):261-95.). Bulu pelepah kemungkinannya merupakan struktur penebat berfilamen, atau kemungkinannya penanda untuk mengawan, dan ini kemudiannya berubah kepada bulu pelepah moden.
Walaupun burung menggunakan bulu pelepah untuk terbang, beberapa
dinosaur
telah dijumpai dengan bulu pelepah pada anggota badan mereka yang tidak mungkin berfungsi untuk terbang. Satu teori adalah bulu pelepah ini berkembang pada dinosour sebagai satu cara
penebat
; dinosaur kecil itu kemudiannya menghasilkan bulu pelepah yang lebih panjang yang membantu mereka meluncur, yang kemudiannya memulakan proses evolusi yang menghasilkan burung proto
Archaeopteryx
dan
Microraptor
.
Terdapat dua bulu pelepah asas: bulu pelepah luar
vaned
yang menutupi bahagian luar badan, dan bulu pelepah dalam
down
yang terdapat di bawah bulu pelepah luar, yang menghasilkan lapisan penebat. Bulu pelepah luar "vaned" termasuk
remiges
(bulu pelepah terbang),
rektrikes "rectrices"
(bulu pelepah ekor) dan bulu pelepah contour yang menyelitupi seluruh badan.
Bulu pelepah biasa mempunyai ciri batang asas atau
rachis
dalam bahasa Inggeris. Melekat pada batang asas ini adalah cabang-cabang atau
barbs
dalam bahasa Inggeris, yang juga mempunyai cabang yang dipanggil
barbules
dalam bahasa Inggeris. "Barbules" ini mempunyai cangkuk seni bagi saling melekat. Pada hujung bulu pelepah, rachis berkembang untuk membentuk paip
calamus
, atau quill, yang menembusi
follikle
pada
kulit
.
Bulu pelepah burung digantikan secara berkala sepanjang hidupnya melalui penggantian, bulu baru terbentuk melalui follikle yang sama menggantikan bulu pelepah tua yang digugurkan.
Bulu pelepah adalah lembut dan baik bagi memerangkap
haba
; dengan itu, ia kadang-kala digunakan dalam peralatan tidur bermutu tinggi, terutamanya
bantal
,
selimut
, dan
tilam
. Ia juga digunakan sebagai lapik bagi
pakaian
musim sejuk
, seperti
kot
. Ia juga digunakan sebagai bantuan seksual. Bulu pelepah bewarna-warni seperti yang terdapat pada
burung
telah digunakan pada masa lalu bagi menghiasi
topi
dan
umpan pancing
.