Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
- Rencana ini mengenai wilayah Rom yang dipanggil "Britannia". Untuk kegunaan lain, sila lihat
Britannia (nyahkekaburan)
.
|
|
Britain Rom
merujuk kepada bahagian-bahagian pulau
Great Britain
yang dikuasai oleh
Empayar Rom
antara tahun
43
dan
410
. Orang Rom merujuk kepada wilayah mereka sebagai
Britannia
. Sebelum
serangan
itu,
Britain Zaman Besi
telah mempunyai hubungan
kebudayaan
dan
ekonomi
dengan
Benua Eropah
, tetapi penyerang-penyerang Rom memperkenalkan perkembangan baru dalam bidang
pertanian
,
perbandaran
,
industri
, serta
seni bina
, dan meninggalkan kesan yang masih ketara pada hari ini.
Tidak terdapat banyak rekod
sejarah
selain daripada serangan permulaan, walaupun banyak ahli sejarah Rom menyebut
wilayah
Britain ini sepintas lalu. Kebanyakan daripada
pengetahuan
kita untuk tempoh itu terdiri daripada penyelidikan
arkeologi
, khususnya bukti-bukti
epigrafi
.
Semasa
pendudukannya
ke atas Britain, Rom menubuhkan sebilangan
petempatan
yang penting, dengan banyaknya masih wujud. Sesetengah
bandar raya
dan
bandar
yang berasal daripada pendudukan Rom (atau sebahagian besar dikembangkan olehnya), dengan nama
Latin
dalam tanda kurung, termasuk:
Untuk senarai yang lebih lengkap, sila lihat
Senarai nama tempat Rom di Britain
.