Pulau Borneo
??????
Topografi Borneo
|
|
Lokasi
| Asia Tenggara
|
---|
Koordinat
| 01°N
114°E
/
1°N 114°E
/
1; 114
Koordinat
:
01°N
114°E
/
1°N 114°E
/
1; 114
|
---|
Kepulauan
| Kepulauan Sunda Besar
|
---|
Luas
| 743,330 km
2
(287,000 bt
2
)
|
---|
Kedudukan luas
| Ke-3
|
---|
Aras tertinggi
| 4,095 m (13,435 ft)
|
---|
Puncak tertinggi
| Gunung Kinabalu
|
---|
|
|
Daerah
| Belait
Brunei-Muara
Temburong
Tutong
|
---|
Penempatan terbesar
| Bandar Seri Begawan
(pop. ~50,000)
|
---|
|
Provinsi
| Kalimantan Barat
Kalimantan Tengah
Kalimantan Timur
Kalimantan Selatan
Kalimantan Utara
Nusantara
|
---|
Largest settlement
| Samarinda
(pop. 842,691)
|
---|
|
Wilayah Persekutuan dan Negeri
| Sabah
Sarawak
Labuan
|
---|
Largest settlement
| Kuching
(pop. 617,886)
|
---|
|
Populasi
| 21,258,000 (16,625,796 adalah penduduk Kalimantan di
Indonesia
)
[1]
(2014)
|
---|
Pop. density
| 28.59 /km
2
(74.05 /sq mi)
|
---|
Kumpulan etnik
| Dayak
: (
Ahe
),
Banjar
,
Barito
,
Benuaq
,
Berawan
,
Bidayuh
,
Bisaya
,
Bukitan
,
Dumpas
,
Dusun
,
Iban
,
Iban Mualang
,
Iban Embaloh
,
Ida'an
,
Illanun
,
Kadazan
,
Kayan
,
Kedayan
,
Kelabit
,
Kendayan
,
Kenyah
,
Kejaman
,
Kwijau
,
Lun Bawang
,
Lun Dayeh
,
Lotud
,
Maloh
,
Mangka'ak
,
Maragang
, suluk
Melanau
,
Minokok
,
Murut
,
Ngaju
,
Penan
,
Punan Ba
,
Rajang
,
Rumanau
,
Rungus
,
Suluk
Selakau
,
Sepan
,
Taman
,
Tambanuo
,
Tanjung
,
Tidong
,
Ukit
Bajau
,
Belait
,
Melayu Brunei
,
Melayu Sarawak
,
Cina
|
---|
Borneo
(
Jawi
:
??????
) ialah
pulau
ketiga terbesar di dunia dan yang terbesar di Asia.
[2]
di kelilingi oleh
Semenanjung Tanah Melayu
,
Sumatera
,
Kepulauan Jawa
,
Sulawesi
dan negara
Filipina
.Pulau Borneo ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu negara
Malaysia
-
Sabah
,
Sarawak
, dan
Labuan
,
Brunei
, dan negara
Indonesia
di bahagian
Kalimantan
.
Pulau Borneo dibahagi secara politik antara tiga negara iaitu
Brunei
,
Indonesia
dan
Malaysia
. Kira-kira 73% pulau ini ialah wilayah Indonesia. Dua negeri (Wilayah) dan Wilayah Persekutuan Malaysia iaitu
Sabah
,
Sarawak
dan
Labuan
meliputi kira-kira 26% kawasan pulau ini manakala Brunei, yang dikelilingi Sarawak, meliputi lebih kurang 1% kawasan tanah Borneo atau Kalimantan. Borneo atau Kalimantan mempunyai
hutan hujan
yang paling tua di dunia.
Pulau ini mempunyai banyak nama berlainan. Di peringkat antarabangsa, pulau ini disebut sebagai
Borneo
. Borneo ini diambil daripada nama
Negara Brunei Darussalam
, yang ketika dulu menguasai pulau tersebut, dan dipanggil
Borneo
oleh pihak Eropah ketika
Zaman Penjelajahan
. Nama
Brunei
mungkin berpunca dari perkataan Sanskrit '
varu?a'
(????), yang bermaksud "air" ataupun Varuna, nama dewa hujan Hindu.
Penduduk di Indonesia
memanggil pulau tersebut
Kalimantan
,
yang berpunca dari perkataan Sanskrit
Kalamanthana,
yang bermaksud "pulau cuaca bakar" (untuk menerangkan tentang cuacanya yang panas dan lembap).
[3]
Tetapi, terdapat juga sumber yang mengatakan nama Borneo adalah diambil dari nama Bo-Ni atau Puni. Seperti yang terdapat di catatan Cina 977M yang menyebut Hiangta of Puni (pantai Barat Borneo) menulis kepada kerajaan China. Puni merupakan salah satu sukukata dari Bahasa Iban yang bermaksud Kempunan.
Puni adalah kepercayaan kaum Iban sejak zaman-berzaman. Perkataan Puni yang digunapakai oleh Kerajaan Puni boleh dikaikan dengan maksud Kempunan dengan penemuan keris di tenggara Kalimantan yang terdapat inskripsi tulisan (Sekarang keris ini berada di Museum Leiden) Keris ini cukup berbeza dengan keris Jawa pada umumnya, terbuat dari baja dari bilah hingga gagangnnya. Tulisan digagang ini kemudian diketahui adalah tulisan India yang jika dibaca tidak memiliki makna namun hanya sebuah bentuk rajah
lipan.
Puni dan lipan adalah sangat berhubungkait dalam kepercayaan kaum iban. Dimana orang Puni berisiko disengat Lipan.
Dalam abad ke-14, Pulau Borneo diperintah oleh
Kesultanan Brunei
tetapi tidak keseluruhan dan hanya di persisiran pantai Hal ini kerana di kawasan pedalaman banyak suku etnik Dayak yang mengamalkan aktiviti memburu kepala yang dikenali sebagai aktiviti
ngayau
. Orang Eropah kali pertama tiba di Borneo pada abad ke-19.
[4]
Pada abad ke-19, Sarawak telah diambil alih oleh seorang pelayar Inggeris yang bernama
Sir James Brooke
. Beliau telah diberi kuasa oleh Raja Muda untuk memerintah kawasan Sarawak sekitaran Sungai Sarawak yang berpusat di Kuching. Sebelum
Perang Dunia II
,
Borneo Utara
secara rasminya dikuasai oleh pihak
British
yang menjalankan pelbagai perdagangan, dan sebahagian kawasan dikuasai oleh
Kesultanan Brunei
dan
Kesultanan Sulu
yang asalnya dari Kepulauan Sulu di bahagian barat Borneo dan selatan Filipina. Sedangkan dalam pada itu, Borneo Selatan secara rasminya dikuasai oleh pihak
Belanda
yang juga menjalankan pelbagai perdagangan, serta sebahagian kecil kawasan dikuasai oleh
Kesultanan Banjar
.
Pada awal serangan
Jepun
di Borneo, pihak British tidak mempunyai keupayaan untuk mempertahankan Borneo. Namun begitu, ada sebahagian kecil cuba mempertahankan Borneo secara gerila. Pihak
Amerika Syarikat
telah cuba menyumbangkan senjata bagi pihak gerila namun pihak gerila telah gagal menyerang balas.
Borneo dikelilingi
oleh
Laut China Selatan
di utara dan barat laut,
Laut Sulu
di timur laut,
Laut Sulawesi
dan
Selat Makasar
di sebelah timur, dan
Laut Jawa
dan
Selat Karimata
di selatan. Pulau ini ialah pulau terbesar di
Kepulauan Melayu
, dengan luas 743,330 kilometer persegi (287,000 bt
2
). Di sebelah barat Borneo ialah
Semenanjung Tanah Melayu
dan
Sumatera
, di sebelah selatan ialah
Jawa
, di sebelah timur ialah
Sulawesi
, dan di sebelah timur laut ialah
Filipina
.
Titik tertinggi Borneo ialah
Gunung Kinabalu
di
Sabah
,
Malaysia
, dengan ketinggian 4,095 m (13,435 ka) di atas
permukaan laut
. Puncak ini ialah puncak tertinggi ketiga di
Asia Tenggara
, yang juga menjadikan Borneo pulau ketiga tertinggi di dunia.
Sistem sungai yang terbesar ialah
Kapuas
di
Kalimantan Barat
. Dengan panjang 1,143 km (710 bt), sungai ini ialah sungai terpanjang di Indonesia. Sungai terpanjang Malaysia, iaitu
Sungai Rajang
, terletak di Sarawak dan panjangnya 562.5 km (349.5 bt). Sungai-sungai besar yang lain ialah
Barito
di
Kalimantan Selatan
sepanjang 880 km (550 bt) dan
Mahakam
di
Kalimantan Timur
sepanjang 980 km (610 bt).
Borneo mempunyai sistem gua yang ketara. Sebagai contoh,
Gua Air Jernih
di
Taman Negara Mulu
mempunyai salah satu sungai bawah tanah yang terpanjang di dunia. Contoh lain ialah
Gua Rusa
, yang dianggap sebagai salah satu gua terbesar di dunia, merupakan tempat bagi lebih daripada tiga juta
kelawar
dan mempunyai longgokan
guano
yang lebih tinggi daripada 100 meter (330 ka).
[5]
Berikut ialah senarai kawasan bandar di Borneo berdasarkan perhitungan penduduk 2008 yang disusun oleh
The World Gazetteer
.
[6]
[7]
Peringkat
|
Bandar
|
Populasi
|
Negara
|
1
|
Kuching
,
Sarawak
|
632,505
|
Malaysia
|
2
|
Banjarmasin
,
Kalimantan Selatan
|
598,518
|
Indonesia
|
3
|
Kota Kinabalu
,
Sabah
|
543,765
|
Malaysia
|
4
|
Pontianak
,
Kalimantan Barat
|
466,090
|
Indonesia
|
5
|
Sandakan
,
Sabah
|
453,759
|
Malaysia
|
6
|
Balikpapan
,
Kalimantan Timur
|
453,575
|
Indonesia
|
7
|
Bandar Seri Begawan
|
388,190
|
Brunei (ibu negara)
|
8
|
Samarinda
,
Kalimantan Timur
|
356,034
|
Indonesia
|
9
|
Tawau
,
Sabah
|
354,243
|
Malaysia
|
10
|
Miri
,
Sarawak
|
257,305
|
Malaysia
|
11
|
Sibu
,
Sarawak
|
180 000
|
Malaysia
|
12
|
Victoria
,
Labuan
|
83,100
|
Malaysia
|
Pulau Borneo dibahagikan secara pentadbiran oleh tiga negara:
Negeri dan Wilayah Persekutuan
atau Provinsi
|
Ibu negeri
|
Bahagian negara
|
Luas
km²
|
Luas
%
|
Populasi
Banci
2000
1)
|
Populasi
%
|
Brunei
|
Bandar Seri Begawan
|
Kesultanan bebas
|
5,770
|
0.77
|
569,000
|
2.1
|
Sarawak
|
Kuching
|
Malaysia
|
124,450
|
16.6
|
2,012,616
|
12.4
|
Sabah
|
Kota Kinabalu
|
Malaysia
|
73,619
|
9.8
|
2,449,389
|
15.1
|
Labuan
2)
|
Victoria
|
Wilayah Persekutuan
Malaysia
|
92
|
0.01
|
70,517
|
0.4
|
Kalimantan Barat
|
Pontianak
|
Indonesia
|
146,760
|
19.5
|
4,034,198
|
24.9
|
Kalimantan Tengah
|
Palangkaraya
|
Indonesia
|
152,600
|
20.3
|
2,985,240
|
18.4
|
Kalimantan Selatan
|
Banjarmasin
|
Indonesia
|
37,660
|
5,0
|
1,857,000
|
11.5
|
Kalimantan Utara
|
Tanjung Selor
|
Indonesia
|
71,176
|
-
|
524,526
|
-
|
Kalimantan Timur
|
Samarinda
|
Indonesia
|
210,985
|
28.1
|
2,455,120
|
15.2
|
Borneo
|
Kuching
3)
|
3 negara
|
751,936
|
100.0
|
16,196,924
|
100.0
|
- 1)
Brunei: Banci Penduduk 2001
- 2)
Sesungguhnya tidak terletak di Borneo, tetapi di pulau-pulau berhampiran pantai (2.5 km dari pulau utama Borneo)
- 3)
Bandar terbesar
Borneo sangat kaya dengan
biodiversiti
dibandingkan dengan kebanyakan kawasan lain (MacKinnon et al. 1998). Terdapat sekitar 15,000 spesies
tumbuhan berbunga
dengan 3,000 spesies pokok (267 spesies
Dipterocarpaceae
), 221 spesies mamalia darat dan 420 spesies burung tinggal di Borneo (MacKinnon et al. 1998). Pulau ini juga merupakan pusat evolusi dan radiasi spesies endemik tumbuhan dan haiwan. Akibat pembasmian hutan secara meluas, hutan hujan Borneo ialah satu-satunya
habitat alam
yang tersisa untuk
Orang Utan
Borneo yang terancam pupus. Borneo juga merupakan tempat perlindungan penting bagi banyak spesies
endemik
hutan, umpamanya
Gajah Asia
,
Badak Kerbau
Borneo,
Harimau Dahan Borneo
,
Musang Hitam Pudar
dan
Cecadu Dayak
. Sebagai salah satu tempat yang mempunyai biodiversiti paling tinggi di bumi,
World Wildlife Fund
telah menyatakan bahawa 361 spesies haiwan dan tanaman telah dijumpai sejak tahun 1996 di Borneo, menekankan kepelbagaian hayatnya yang tidak tertandingi.
[8]
Dalam jangka waktu 18 bulan dari Julai 2005 sehingga Disember 2006, 52 spesies baru lain juga berhasil ditemui.
Pulau ini secara sejarah meliputi
hutan tropika
yang luas, tetapi daerah hutan menyusut dengan cepat kerana pembalakan besar-besaran untuk keperluan industri papan lapis Malaysia dan Indonesia. Selain itu, ladang
kelapa sawit
dengan cepat menjarah sisa-sisa terakhir hutan primer. Hutan hujan juga sangat hancur oleh sebab kebakaran hutan tahun 1997 hingga 1998, yang bermula daripada upaya penduduk tempatan untuk membersihkan hutan untuk perkebunan, dan selanjutnya juga dilanjutkan oleh musim kemarau
El Nino
yang sangat kering selama tempoh itu.
Dalam rangka memerangi penduduk berlebihan di
Jawa
, kerajaan Indonesia pada tahun 70-an dan 80-an memulakan projek transmigrasi bagi petani-petani miskin dan tanpa tanah ke Kalimantan. Pokok-pokok ditebang dan ladang-ladang dibuka, walaupun dengan hasil kesuburan tanah dihilangkan dan hakisan berlaku kerana tanah terbuka hanyut tersapu oleh hujan tropika.
Borneo diduduki oleh pelbagai kaum yang datangnya dari
Brunei
,
Malaysia
,
Indonesia
dan
Filipina
. Penduduk Borneo juga terdiri daripada kumpulan etnik asli
Dayak
, Murut, Kadazan, Rungus
Lun Bawang
Kedayan
(Brunei), dan orang-orang
Cina
yang awalnya berhijrah dari
China
tenggara.
Borneo memiliki penduduk 15,721,384 (banci Januari 2005), dengan kepadatan penduduk 16 orang per km persegi. Sebahagian besar penduduk tinggal di bandar-bandar persisiran, walaupun pedalaman pun ditempati iaitu di bandar-bandar kecil dan kampung-kampung di sepanjang sungai. Penduduk yang terutama terdiri daripada kumpulan suku
Dayak
,
Cina
dan bangsa
Melayu
. Orang-orang
Cina
yang membentuk 29% daripada penduduk
Sarawak
dan 17% daripada penduduk
Kalimantan Barat
,
[9]
awalnya berhijrah dari China tenggara.
[10]
Majoriti penduduk di Kalimantan beragama
Islam
atau
animisme
. Sekitar 15% Dayak beragama
Kristian
, agama yang diperkenalkan oleh para misionari di abad ke-19. Di
Kalimantan Tengah
juga ada minoriti kecil pengamal agama
Hindu Bali
. Di pedalaman Kalimantan juga terdapat suku
Penan
, yang beberapanya masih mengutamakan amalan
pemburu-pengumpul
dalam mencari sumber rezeki mereka. Di beberapa daerah pesisir dengan petempatan kecil dapat dijumpai suku
Bajau
[11]
, yang sejak lama bertempat tinggal berdekatan laut sebagai nelayan dan hidup secara nomad car rental iran Due to poverty they are usually poor in health and suffer from a multivitamin deficiency and And they make their home from Baneh. Di barat laut Borneo, kumpulan suku Dayak terbesar ialah
Iban
dengan jumlah lebih kurang 710,000 orang.
- (Inggeris)
Bowen, M.R. and Eusebio, T.V. (1981) b): Acacia mangium. Updated information on seed collection, handling and germination testing. Occasional Tech. and Scientific Notes, Seed Series No.5, Forest Research Centre, web:
Sepilok
Diarkibkan
2009-05-17 di
Wayback Machine
, Sandakan, Sabah, Malaysia.
- (Inggeris)
Bowen, M.R. and Eusebio, T.V. (1982): Seed handling practices: four fast-growing hardwoods...Malaysian Forester Vol 45, No.4: 534-547.
- (Inggeris)
Ghazally Ismail et al. (eds.)
Scientific Journey Through Borneo
Series.
Universiti Malaysia Sarawak
, Kota Samarahan. 1996-2001.
- (Inggeris)
Gudgeon, L. W. W.
British North Borneo
. Adam and Charles Black, London (an early well-illustrated book on "British North Borneo", now known as Sabah), 1913.
- (Inggeris)
MacKinnon K, Hatta G, Halim H, Mangalik A.
The ecology of Kalimantan.
Oxford University Press
, London. 1998.
- (Inggeris)
K M Wong & C L Chan. "Mt Kinabalu: Borneo's Magic Mountain."
Natural History Publications
,
Kota Kinabalu
. 1998.
- (Inggeris)
Mel White: " Borneo's moment of truth",
National Geographic Magazine
, November 2008.
- (Inggeris)
John Mathai. 2010. "Hose's Civet: Borneo's mysterious carnivore".
Nature Watch
18/4: 2?8.
- (Inggeris)
Environmental Profile of Borneo
- Latar belakang mengenai Borneo, termasuk sejarah alam dan sosial, statistik penyahhutanan, dan berita pemuliharaan.
- (Inggeris)
BorneoColours.com
- Perjalanan berasaskan masyarakat kawasan, pengetahuan dan laman berita dan perkhidmatan rangkaian sosial.
- (inggeris) menggonsikan artifak digunakan di Borneo -
borneo antique and artifact