Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Negeri Sembilan
, atau juga dikenali sebagai Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan salah satu daripada
negeri-negeri
yang membentuk persekutuan
Malaysia
. Ia terletak di tengah-tengah
Semenanjung Malaysia
di pantai barat dan bersempadan dengan negeri-negeri
Selangor
di utara,
Melaka
di selatan,
Johor
di tenggara dan
Pahang
di timur. Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan adatnya.
Negeri Sembilan Darul Khusus
|
|
Kegunaan
| Bendera negeri
|
---|
Nisbah
| 1:2
|
---|
Diterima pakai
| 1895
|
---|
Rekaan
| Latar berwarna Kuning Emas dengan latar dibahagi separuh "Hitam di Bahagian Bawah" dan "Merah di Bahagian Atas" yang kedua-dua Hitam dan Merah berposisi serong di kanton bendera.
|
---|
|
Jata Negeri Sembilan
|
---|
|
|
Jenis
| Flag or coat of arms
(en)
|
---|
Diterima pakai
| 1895
|
---|
Gencana
| Pedang dan sarung, berserta
Changgai Puteri
di tengah.
|
---|
Jabaran
| Perisai dengan sembilan tangkai padi berwarna Kuning Emas, warna latar Kuning Emas di bahagian bawah, warna latar Hitam di bahagian tengah dan warna latar Merah di bahagian atas, dan bintang pecah sembilan di bahagian bawah di dalam perisai.
|
---|
Cogan kata
| Negeri Sembilan
dalam
tulisan Jawi
.
|
---|
sunting
·
sunting di Wikidata
|
Bendera Negeri Sembilan secara amnya terdiri daripada latar berwarna kuning dan
kanton
di sebelah kiri atas yang dibahagi secara menyerong dari kiri atas ke kanan bawah, di mana tiga segi di bahagian atas berwarna merah manakala di bahagian bawahnya berwarna hitam. Warna kuning membawa maksud kedaulatan dan kekuasaan Duli Yang Maha Mulia
Yang di-Pertuan Besar
. Warna merah bermakna seluruh rakyat jelata, dan warna hitam melambangkan
Datuk-datuk Undang
bagi
luak-luak
yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini. Apa yang menariknya warna-warna pada bendera Negeri Sembilan juga mempunyai persamaan dengan warna pada '
Marawa
', iaitu bendera tradisi masyarakat
Minangkabau
di
Sumatera Barat
,
Indonesia
.
Panji Duli Yang Maha Mulia
Yang di-Pertuan Besar
terdiri daripada latar berwarna kuning didepani oleh
rombus
berwarna merah. Tertera pada rombus itu adalah bulatan berwarna hitam yang mengandungi lambang kebesaran baginda, iaitu tombak "
Changgai Puteri
" beserta pedang dan sarungnya yang bersilang.
Jata negeri terdiri daripada dua bahagian jata didasarkan unsur Barat - khususnya unsur Perancis lama.
- Perisai jata (
escutcheon
)
- Warna-warna merah hitam dan kuning diambil daripada panji tradisi Minangkabau masing-masing dibahagikan serong atas kiri ke bawah kanan; warna-warna ini pula diberikan perlambangan khusus:.
[1]
- Sembilan tangkai
padi
di dalam perisai
[2]
dihimpunkan dalam suatu gulungan bertulis nama "Negeri Sembilan" dalam
tulisan Jawi
(???? ??????) dan suatu
bintang
pecah sembilan di bawahnya. Tangkai-tangkai padi ini maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan
Negeri Sembilan
yang lama:
[1]
Jelai
(Inas),
Jelebu
,
Johol
,
Kelang
,
Naning
,
Rembau
,
Segamat
dan
Pasir Besar
,
Sungei Ujong
serta
Ulu Pahang
. Bitang pecah sembilan pula melambangkan perpaduan semua negeri-negeri dalam gabungan lama.
[1]
- Jambul jata (
crest
)
- Di atas perisai jata ialah
pedang
dan sarungannya
[1]
bersilang tanda keadilan,
[1]
di tengah-tengah pula ialah suatu
cokmar
bernama "Changgai Putri"
[2]
[3]
tanda kebesaran
Yang di-Pertuan Besar
, sepertimana yang dicatakan dalam dokumen rasmi negeri sejak 1948.
[3]
[4]
|
---|
|
Topik
| | |
---|
Masyarakat
| |
---|
Pemerintahan
| |
---|
Bahagian perundangan
| Negeri
| Kawasan Dewan Undangan Negeri
|
---|
|
|
|
---|
Tempatan
| |
---|
|
---|
Bahagian pentadbiran
| Tradisional
| |
---|
Peringkat pertama
| |
---|
Peringkat kedua
| Mukim
|
---|
|
---|
Jelebu
| |
---|
Kuala Pilah
| |
---|
Port Dickson
| |
---|
Rembau
| |
---|
Seremban
| |
---|
Tampin
| |
---|
Jempol
| |
---|
|
|
|
|
---|
Peringkat ketiga
| |
---|
|
---|
Bahagian pilihan raya
| |
---|
|
Bendera dan Jata Negeri, Wilayah dan Wilayah Persekutuan di Malaysia
|
---|
Identiti Negera
| |
---|
Identiti Negeri dan Wilayah
| |
---|
Identiti Wilayah Persekutuan
| |
---|
|
---|
Bendera Kebangsaan
| |
---|
Bendera Negeri/Wilayah
| |
---|
Bendera Wilayah Persekutuan
| |
---|
|
---|
Jata Kebangsaan
| |
---|
Jata Negeri/Wilayah
| |
---|
Jata Wilayah Persekutuan
| |
---|