Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendera
Uzbekistan
diperkenalkan pada
18 November
1991
. Bendera ini terdiri dari warna biru muda, putih, dan hijau, dengan warna merah yang sempit. Terdiri daripada bulan sabit dan 12 bintang terletak di latar belakang berwarna biru. 12 bintang melambangkan
Wilayah di Uzbekistan
. Bulan sabit melambangkan
Islam
.
Uzbekistan sendirinya merupakan republik
Asia Tengah
pertama yang memiliki bendera direka sendiri.
[1]
Jalur
biru muda
melambangkan air jernih dan langit cerah, ia juga merupakan lambang
mata angin
timur
menurut kepercayaan orang Turkik yang bertaburan dalam negara ini.
Putih
melambangkan kedamaian dan kesucian; ia turut merupakan warna lazim dipakai penganut
agama Majusi
yang pernah dominan di rantau Uzbekistan sebelum tibanya Islam ke negara tersebut.
Hijau
melambangkan agama Islam yang menjadi anutan utama majoriti penduduk Uzbekistan. Ketiga-tiga jalur ini dibahagikan jalur
merah
sempit melambangkan tenaga hidup dan kuasa dikongsi seluruh hidupan alam (sepertimana yang dipercayai masyarakat setempat) serta minoriti-minoriti agama yang wujud dalam negara ini.
Bulan sabit
melambangkan kelahiran sebuah negara baru (yakni daripada suatu
anak bulan
), namun ia juga merujuk kepada simbol
agama Islam
sendiri.
[2]
[3]
Sebanyak 12 bintang dipakai atas sebab pentingnya angka
12
ini kepada budaya warga Uzbekistan di mana:
[2]
[1]
[4]
[3]
Bintang-bintang ini disusun agar menampakkan kalimah
Allah
. Gabungan bulan dan bintang-bintang ini pula melambangkan kedamaian dan keamanan seakan menggambarkan langit malam yang tenang.
Setelah Uzbekistan memerdekakan diri pada 1 September 1991 iaitu tiga bulan sebelum
terbubarnya
Kesatuan Soviet
,
[3]
suatu pertandingan peringkat negara segera dilakukan mencari rekaan bendera terbaik untuk mewakili negara ini dengan sebanyak 200 masukan dinilai suatu jawatankuasa khas.
[2]
[5]
Rekaan bendera kini dipilih dan dipakai secara rasmi pada November 18, 1991,
[2]
setelah mendapat persetujuan
Soviet Agung
Uzbek.
[6]
[7]
Rekaan bendera terawal ini tidak mempunyai bulan dan bintang-bintang khas ini langsung, kedua-dua unsur ini diletakkan pada bendera asal beberapa lama kemudian.
[2]
- ^
a
b
Kindersley, Dorling (3 November 2008).
Complete Flags of the World
. Dorling Kindersley Ltd. m/s. 191
. Dicapai pada
18 Mei
2014
.
- ^
a
b
c
d
e
f
Smith, Whitney.
"Uzbekistan, flag of"
.
Encyclopædia Britannica
. Encyclopædia Britannica, Inc
. Dicapai pada
18 Mei
2014
.
(langganan diperlukan)
- ^
a
b
c
d
"Uzbekistan"
.
The World Factbook
. CIA. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2019-01-05
. Dicapai pada
18 Mei
2014
.
- ^
Waters, Bella (2006).
Uzbekistan in Pictures
. Twenty-First Century Books. m/s. 191
. Dicapai pada
May 18,
2014
.
- ^
"The National Flag of the Republic of Uzbekistan Celebrates 20th Anniversary"
.
Journal of Turkish Weekly
. International Strategic Research Organization. 18 November 2011
. Dicapai pada
18 Mei
2014
.
- ^
Azizov, D. (November 18, 2010).
"Brief: Uzbekistan celebrates Flag Day"
. Baku, Azerbaijan: Trend News Agency
. Dicapai pada
May 18,
2014
.
(langganan diperlukan)
- ^
McCray, Thomas R.; Gritzner, Charles F. (January 1, 2009).
Uzbekistan
. Infobase Publishing. m/s. 96
. Dicapai pada
May 18,
2014
.
|
---|
Sejarah
| | |
---|
Geografi
| |
---|
Politik
| |
---|
Ekonomi
| |
---|
Masyarakat
| |
---|
|