Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendera
Perancis
(
Perancis
:
Drapeau francais
, juga digelar
Tricolore
atau "Panji Tiga Warna") terdiri daripada tiga warna iaitu biru, putih, dan merah. Rekaan terkini dan tetap bendera ini diperkenalkan pada 17 Mei 1853 oleh
Napoleon Bonaparte
.
Pasal 2 Perlembagaan Perancis terbaharu yang digubal tahun 1958 menyatakan seperti berikut:
[1]
L'embleme national est le drapeau tricolore, bleu, blanc, rouge.
("Lambang kebangsaan [Republik Perancis] ialah bendera tiga warna,
biru
,
putih
, dan
merah
.")
Jenis warna-warna yang dipilih dalam perekaan bendera ini tidak ditetapkan secara undang-undang; tetapi jenis warna biru yang digunakan selama ini lebih cenderung kepada yang gelap atau "biru laut" (
bleu marine
).
[2]
[3]
Warna-warna piawai untuk bendera ini diperkenalkan secara rasminya pada tahun 1976 oleh
Valery Giscard d'Estaing
, Presiden Perancis yang memerintah pada ketika itu di mana jalur biru yang dipaparkan lebih terang atau muda.
[4]
-
Bendera Perancis dari 1794?1815 serta 1830?1958 dengan jenis biru yang menggelap (
bleu marine
, "biru laut")
-
Perbandingan dua rekaan bendera dengan warna-warna merah dan biru berbeza kecerahan
Warna biru dan merah merupakan warna-warna yang dikatikan rapatnya dengan
Paris
sehingga warna-warna ini dipakaikan pada
bendera kota tersebut
: biru melambangkan
Santo Martin
manakala merah pula melambangkan
Santo Denis
.
[5]
Ketika berlakunya
Serbuan Bastille
pada tahun
1789
sewaktu
Revolusi Perancis
, golongan militia Paris memakai
simpulan reben (
cockade
)
berwarna biru dan merah pada topi-topi mereka. Warna putih pula telah lama dipakaikan pada bendera-bendera kerajaan Perancis yang sebelumnya, bahkan ia juga dirujuk sebagai "warna Perancis kuno" oleh
Lafayette
.
[6]
Warna putih ini ditambahkan kepada simpulan reben militia ini agar "memiliknegarakan" rekaan tersebut, lalu terhasilnya
cockade
tiga warna yang terkenal ini.
[6]
Pada
Piala Dunia FIFA 1998
di
Perancis
,
Adidas
menjadi partai utama dipanggil "tricolore" serupa warna bendera negara ini.
Presiden
Emmanuel Macron
didapati telah menukar bendera yang dikibarkan di
Istana Elysee
kediaman rasmi beliau kepada yang berincian biru lebih gelap sejak tahun 2020, menurut ketua laporan politik stesen radio
Europe 1
Louis de Raguenel; Macron dikatakan mahu memulihkan rincian warna bendera ini selari dengan rekaan bendera yang digunakan semasa zaman Revolusi.
[4]
[7]