Bendera Jerman Nazi
(
Jawi
: ?????? ????? ????), atau secara rasminya
bendera Deutsches Reich
(Reich Jerman; Jawi: ?????? ??
?
?? ?????), merupakan sebuah bendera merah dengan
swastika
hitam pada cakera putih. Bendera pada awalnya digunakan sebagai panji
Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional
(NSDAP) setelah penubuhannya. Setelah pelantikan
Adolf Hitler
sebagai
Canselor
pada
tahun 1933
, bendera tersebut diangkat sebagai salah satu daripada dua bendera kebangsaan negara
Jerman Nazi
; yang kedua adalah bendera melintang berwarna hitam-putih-merah yang digunakan
Empayar Jerman
.
Setahun setelah kematian
Presiden Hindenburg
pada tahun 1934, bendera Nazi ini dijadikan satu-satunya bendera kebangsaan Jerman pada tahun 1935, dan kekal sebegitu sehingga
akhir Perang Dunia II
dan kejatuhan
Reich Ketiga
.
Setelah menolak banyak cadangan dan warna, proses memilih bendera baru,
"Setelah berkali-kali mencuba, saya telah berputus dengan satu reka bentuk yang muktamad; sebuah bendera berlatarbelakangkan warna merah, sebuah cakera berwarna putih, dan sebuah swastika berwarna hitam di tengah-tengahnya. Setelah lama, saya juga telah mendapatkan ukuran tepat bagi saiz bendera berbanding saiz cakera putih, serta bentuk dan ketebalan swastika tersebut."
Setelah
Parti Nazi
merampas kuasa negara
pada 30 Januari 1933, bendera melintang berwarna hitam-merah-emas telah dibuang; keputusan pada 12 Mac telah menetapkan dua bendera kebangsaan yang sah: bendera hitam-putih-merah yang diperkenalkan semula dan bendera Parti Nazi.
[1]
[2]
Panji-panji Nazi mempunyai maksud dan gambaran yang menyeluruh, sehingga versi "menghadap kiri" dan "menghadap kanan" masing-masing hadir di salah satu sisi. Namun, bendera Nazi di darat menghadap ke kanan di kedua sisi, seperti pada gambar (
[2]
, di bahagian bawah).
Albert Speer
, dalam bukunya
Erinnerungen
("Kenangan"), menyatakan bahawa: "hanya dalam dua reka bentuk lain dia (Adolf Hitler) mengambil berat seperti yang dilakukan beliau di rumah Obersalzberg: bendera Perang Reich dan panji Pemimpin Negara beliau", menunjukkan bahawa Hitler adalah seorang peminat bidang
veksilologi
(perekabentukan bendera).
Versi di mana cakera tidak berada di tengah-tengah bendera swastika tersebut digunakan sebagai bendera awam pada kapal awam yang berdaftar di Jerman dan digunakan sebagai bendera pada kapal-kapal perang
Kriegsmarine
. Terdapat perdebatan mengenai apakah versi bendera ini adalah bendera rasmi negara dari 1935 hingga 1945, seperti di laman web veksilologi yang terkenal, Flags of the World.
[3]
Rujukan dari buku Third Reich yang memaparkan bendera negara selalu menunjukkan versi di mana cakera berada di tengah-tengah sebagai bendera kebangsaan Jerman. Satu buku yang diterbitkan oleh
Reich Ketiga
pada 1937,
Du Sofort im Bilde
("Anda Dimaklumkan Segera", sebuah buku panduan untuk pertubuhan Reich Ketiga)
[4]
juga memaparkan versi tersebut sebagai bendera kebangsaan Jerman. Sebuah buku yang diterbitkan satu tahun sebelumnya pada 1936 di Reich Ketiga,
Deutscher Beamten-Kalender 1936
(Buku Tahunan Penjawat Awam Jerman 1936) juga memaparkan bendera tersebut sebagai bendera kebangsaan, namun di sebelahnya ia juga mengatakan bahawa versi di mana cakera tidak berada di tengah-tengah adalah bagi tujuan kegunaan pada "Kriegsschiff" (kapal perang).
[3]
Diarkibkan
2020-12-03 di
Wayback Machine
Bendera dengan cakera di tengah-tengah biasanya digunakan oleh orang awam dan angkatan tentera Jerman, kecuali tentera laut.
Dari 1933 hingga sekurang-kurangnya 1938 di Nazi Jerman, sebelum bendera swastika digunakan secara rasmi, ia harus dimasukkan ke dalam upacara di mana ia menyentuh bendera "
Blutfahne
" atau Bendera Darah, bendera swastika yang digunakan oleh paramiliter Nazi semasa operasi
Bierkeller-Putsch
yang gagal pada tahun 1923. Upacara panjang ini diadakan di setiap Perhimpunan Nuremberg. Adalah tidak diketahui jika tradisi ini diteruskan selepas perhimpunan Nuremberg berakhir pada 1938.
Pada akhir
Perang Dunia II
, setelah kejatuhan Reich Ketiga, undang-undang pertama yang digubal oleh
Majlis Kawalan Sekutu
menghapuskan semua simbol dan memansuhkan semua undang-undang Reich yang relevan.
[5]
Memiliki bendera swastika adalah
dilarang di beberapa negara
sejak itu, dengan pengimportan atau pemaparannya dilarang terutama di Jerman .
Kini, bendera Reich Ketiga tetap digunakan oleh penyokong neo-Nazi, pensimpati Nazi, dan nasionalis kulit putih, terutama semasa demonstrasi
alt-right
.