Wira perkasa
Komik DC
merupakan watak fiksyen yang pertama kali muncul dalam satu naskhah
Komik Detektif
pada bulan
Mei
1939
.
Batman
, bersama
Superman
di bawah label DC menjadi antara wira-wira
komik
terkenal di dunia. Batman direka oleh
Bob Kane
.
Nama sebenar Batman ialah
Bruce Wayne
, seorang jutawan dan pemilik kepada Wayne Industries, sebuah syarikat besar di kota Gotham, yang mempunyai zaman kanak-kanak yang penuh kegelapan, sewaktu ibu bapanya dibunuh di depan matanya sendiri.
Tidak seperti wira komik yang lain seperti Superman, Batman tidak mempunyai kuasa yang dihasilkan dalam badannya. Sebaliknya dia memperoleh kemahirannya yang menakjubkan itu melalui latihan yang amat dahsyat. Komik-komik Batman selama ini tidak menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan cara Bruce mempelajari kemahirannya.
Bruce Wayne menguasai banyak ilmu dan kemahiran sehingga mencapai tahap pakar di dalam setiap satu darinya. Berikut adalah senarai ilmu dan kemahiran yang telah beliau perolehi sebelum menjadikan dirinya The Batman :
- kemahiran menyamar
- kemahiran perisikan
- kemahiran halimunan
- kemahiran soal siasat
- kemahiran penyiasatan
- kemahiran pelbagai seni tempur
- kemahiran persenjataan
- kemahiran gimnastik & olahraga
- kemahiran forensik
Ada banyak lagi kemahiran yang dikuasai oleh Bruce Wayne. Ini adalah disebabkan dia telah mula berguru di dalam pelbagai bidang sejak umur awal remaja lagi. Walaupun dia hanyalah manusia biasa, dia berjaya membuktikan bahawa potensi kemampuan manusia boleh mencapai tahap mengagumkan jika dilatih dengan cara yang sistematik serta ditambah dengan kesungguhan yang luar biasa. Beliau adalah HERO yang dianggap setaraf SUPERHERO oleh rakan-rakan seperjuangannya yang terulung seperti Superman dan Wonder Woman.
Dalam filem
Batman Begins
, Bruce Wayne menyertai satu pertubuhan kongsi gelap pimpinan
Ra's al Ghoul
di
pergunungan Himalaya
dan di sinilah dia melatih
seni mempertahankan diri
yang luar biasa.
Rekabentuk
Batsuit
mengalami perubahan melalui zaman, namun sifat-sifat terpenting kostum ini dikekalkan, termasuk kain jubah
scallop-hem
, topeng yang melitupi kepalanya dan bertanduk seperti telinga kelawar, dan simbol kelawar pada dadanya.
Batmobile
ialah kenderaan utama Batman yang berwarna hitam dan memecut pada kelajuan tinggi agar wira ini cepat sampai di tempat kejadian jenayah. Senjata utamanya
batarang
berasaskan alat
boomerang
yang berbentuk kelawar dilemparkan terhadap lawannya. Batman menyimpan kebanyakan kelengkapannya dalam tali pinggang utilitinya yang berwarna kuning, dan dikatakan menampung pelbagai senjata pembasmi jenayah dalam kuantiti seakan-akan tidak terhad.
- Robin
, tidak dapat dinafikan, merupakan pembantu Batman terpenting. Terdapat lima orang remaja yang pernah memegang peranan Robin, iaitu Dick Grayson (yang kemudian menjadi
Nightwing
), Jason Todd (yang dibunuh oleh Joker), Tim Drake, Stephanie Brown dan Carrie Kelly.
- Alfred Pennyworth
merupakan ketua pembantu di sebuah rumah agam milik Wayne yang setia berkhidmat kepadanya dan Wayne sendiri menganggap Alfred seperti bapanya sendiri.
- James "Jim" Gordon
merupakan bekas pesuruhjaya polis Gotham dan bekerjasama dengan Batman secara rapat meskipun terdapat perbezaan dalam pendekatan mereka untuk membasmi jenayah.
Batman juga dibantu
Superman
dan ahli
Justice League
yang lain (hampir kesemua watak wira perkasa DC Comics) dalam kembara membasmi kejahatan di Bumi dan angkasa.
- Joker
seorang penjahat memiliki penampilan seperti badut yang dianggap oleh peminat Batman sebagai musuh tradisinya. Mempunyai masalah mental yang dialami akibat isu dalam keluarganya.
- Penguin
atau
Oswald Chesterfield Cobblepot
merupakan seseorang yang memiliki tubuh pendek dan gempal yang menggunakan pendekatan memperalatkan burung untuk menjalankan kerja jahatnya.
- Catwoman
pula merupakan seorang penyamun berpakaian seperti kucing, yang dianggap berada dalam senarai musuh Batman yang baik dan juga jahat kerana adakalanya membantu Batman atau wira lain menumpaskan musuh lain.
- Riddler
(
Edward Nigma
) gemar mempermainkan seluruh kota Gotham dengan mengeluarkan pelbagai teka-teki.
- Two-Face
(
Harvey Dent
) pula merupakan seorang individu yang mengalami trauma selepas mengalami kemalangan hingga menyebabkan sebelah mukanya menjadi cacat akibat kebakaran.
- Mr Freeze
(
Victor Fries
) menghuru-harakan kota Gotham dengan membeku dan menyejukkan seluruh kota tersebut.
- Poison Ivy
(
Dr. Pamela Lillian Isley
) pula mengganggu ketenteraman Gotham dengan "menanam" tumbuh-tumbuhan gergasi yang buas dan mengancam.
Pada tahun 1989,
Warner Bros.
mengeluarkan filem aksi langsung
Batman
; diarahkan oleh
Tim Burton
dan dibintangi oleh Michael Keaton sebagai watak utama. Filem itu adalah kejayaan besar; bukan sahaja filem terunggul tahun ini, tetapi pada masa itu adalah filem kelima tertinggi dalam sejarah.
[1]
Filem ini juga memenangi Anugerah Akademi untuk Arah Seni Terbaik..
[2]
Kejayaan filem ini menghasilkan tiga filem sususlan, iaitu
Batman Returns
(1992),
Batman Forever
(1995) dan
Batman & Robin
(1997); dua yang terakhir diarahkan oleh
Joel Schumacher
bukannya Burton, dan menggantikan Keaton sebagai Batman dengan
Val Kilmer
dan
George Clooney
. Filem Schumacher yang kedua gagal mengatasi mana-mana pendahulu dan kritikal; menyebabkan Warner Bros membatalkan sekuel keempat yang dirancang,
Batman Unchained
,
[3]
dan menamatkan awal
siri filem
.