Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Baset biru Gascogne
![](//upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/47/Basset_bleu_de_Gascogne.jpg/220px-Basset_bleu_de_Gascogne.jpg) Seekor baset biru Gascogne
|
Nama lain
| anjing biru Gascogne
|
---|
Negara asal
| Perancis
|
---|
|
Tinggi
|
34?38 cm (13?15 in)
|
---|
Bulu
|
pendek, padat
|
---|
Warna
|
berbelak hitam dan putih
|
---|
Jangka hayat
|
melebihi 10 tahun
|
---|
|
|
Anjing
(
Canis lupus familiaris
)
|
Seekor baset biru Gascogne dengan pemiliknya
Baset biru Gascogne
[a]
ialah satu
baka
anjing berkaki pendek dan berbelakang panjang jenis
hound
. Sebagai baka asli Perancis, ia jarang di luar tanah airnya. Ia diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh
Persekutuan Kinologi Antarabangsa
, di United Kingdom oleh
The Kennel Club
, dan oleh
United Kennel Club
di Amerika Syarikat. Kata "biru" pada namanya merujuk bulunya yang mempunyai penampilan berbintik.
Warna
bulunya
kebanyakannya putih dengan bintik-bintik yang menghasilkan penampilan kebiru-biruan, dengan tompok-tompok perang dan tanda-tanda sawo matang di bahagian atas mata dan di telinga.
[1]
Ia merupakan baka berbulu licin.
[2]
Tingginya pada paras kelasa biasanya berukuran 34?42 sentimeter (13?17 in) walaupun piawaian
The Kennel Club
menyatakan 30?38 sentimeter (12?15 in).
[1]
[3]
Penampilan amnya biasanya tidak terlalu berat dan ia berukuran seberat 16?18 kilogram (35?40 lb). Ia mempunyai mata perang gelap dan telinga labuh rendah yang sekurang-kurangnya dapat mencapai hujung
muncungnya
.
[1]
Lukisan baset biru Gascogne dari tahun 1915
Dengan asal usul pada Zaman Pertengahan, baset biru Gascogne diturunkan langsung daripada baka lam
anjing pemburu biru besar Gascogne
.
[4]
Ada sangkaan bahawa
Gaston III dari Foix-Bearn
memelihara sekawan anjing ini untuk memburu babi hutan dan serigala.
[5]
Beliau terkenal sebagai pengarang
Livre de chasse
(Kitab Perburuan), yang dianggap sebagai karya klasik tentang
perburuan zaman pertengahan
.
[6]
Semasa awal abad ke-19, baka ini hampir menjadi pupus dengan kepopularan merosot dalam perburuan. Walau bagaimanapun, baka ini diselamatkan dan dipulihkan melalui hasil kerja Alain Bourbon.
[7]
The Kennel Club
(United Kingdom) mengiktiraf baset biru Gascogne dalam daftar baka import dan dalam
Kumpulan Hound
.
[3]
United Kennel Club
pula mengiktiraf baka ini pada tahun 1991,
[7]
dan kedua-dua UKC dan
Persekutuan Kinologi Antarabangsa
(FCI) menyenaraikan baset biru Gascogne dalam Kumpulan Anjing Pemburu Bau.
[4]
[8]
[9]
Baka ini dikenali sebagai
Basset Bleu de Gascogne
dalam bahasa Perancis atau
Blue Gascony Basset
dalam bahasa Inggeris dalam FCI.
[8]
[9]
Kini, baset biru merupakan salah satu daripada enam baka jenis
baset
yang diiktiraf oleh FCI.
[10]
Baset biru Gascogne tidak diiktiraf oleh
American Kennel Club
atau
Canadian Kennel Club
. Sebagai tambahan kepada pejabat-pejabat pendaftaran utama, baset biru Gascogne juga diiktiraf oleh banyak pejabat pendaftaran kecil dan pejabat pendaftaran khusus, termasuk sebagai
baka jarang
di bawah
American Rare Breed Association
yang menggunakan piawaian FCI.
[11]