Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang pemuda membacakan kitab
Taurat
sambil
bertallit
dan
bertefillin
dalam upacara Bar Mitzvahnya di
Baitulmaqdis
.
Bar Mitzvah
(
Bahasa Ibrani
:
???? ???????
?, untuk lelaki) dan
Bat Mitzvah
(
Bahasa Ibrani
:
???? ???????
?, untuk perempuan) merupakan suatu upacara wajib yang mesti dilalui oleh setiap kanak-kanak
Yahudi
yang sudah mencapai tahap kematangan atau
akil baligh
dan membuktikan anak itu telah diterima masuk ke dalam masyarakat Yahudi.
Dikatakan apabila seseorang kanak-kanak lelaki yang telah melalui upacara ini telah dikira sebagai dewasa dan mengikut ajaran Yahudi, ibu bapanya tidak lagi menanggung segala
dosa
dan
pahala
yang dikerjakan oleh anak tersebut dan anak tersebut bertanggungjawab ke atas segala amal yang dikerjakannya sendiri sama ada baik atau buruk. Ia juga bermaksud anak tersebut berhak menjalani cara hidup sendiri dan dapat membezakan baik dan buruk. Amalan ini masih lagi diamalkan oleh masyarakat Yahudi di
Israel
dan di Amerika Syarikat.