Bantahan Bahrain 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bantahan Bahrain 2011
Lokasi   Bahrain
Tarikh 14 Februari 2011 ? kini
Cir-ciri Penentangan awam , tunjuk perasaan , rusuhan , Syiah .
Kematian 10
Kecederaan 380

Bantahan Bahrain 2011 merupakan peristiwa tunjuk perasaan yang berlaku di negara Bahrain di Teluk Parsi . Tujuan orang Bahrain menunjuk perasaan adalah untuk menuntut lebih kebebasan politik dan hormat kepada hak asasi manusia , [1] serta menyeru supaya rajanya turun takhta [2] ekoran serbuan ganas terhadap penunjuk perasaan di Bulatan Mutiara, Manama pada 17 Februari. [3] [4]

Di Manama, para penunjuk perasaan berkhemah selama berhari-hari di Bulatan Mutiara yang berfungsi sebagai pusat protes besar-besaran. Selepas sebulan, kerajaan Bahrain memohon bantuan tentera dan polis dari Majlis Kerjasama Teluk yang tiba pada 14 Mac; pada hari keesokannya, Raja Bahrain mengisytiharkan darurat dan pemerintahan tentera selama tiga bulan. [5] [6]

Latar belakang [ sunting | sunting sumber ]

Rakyat majoriti yang bermazhab Syiah di Bahrain sering mengeluh kerana diketepikan dalam peluang pekerjaan, perumahan dan prasarana, sementara penganut mazhab Sunnah menikmati keutamaan. [7] Kerajaan Bahrain turut mengimport golongan Sunnah dari Asia Selatan dan Syria dalam cubaan meningkatkan peratusan penduduk Sunnah. [8] [7] Umat Syiah dilarang memegang jawatan politik dan tentera yang penting. [8] Bahrain kini ada sebuah parlimen undian awam , tetapi ia tidak berkuasa. [8] Bantahan sekali-sekala telah tercetus sejak pemerintahan Isa bin Salman Al Khalifa , [8] dan 25 aktivis Syiah dibicarakan kerana cuba menentang kerajaan. [8]

Bahrain menempatkan Armada Kelima Amerika Syarikat sebagai langkah penting buat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat untuk cuba mengimbangi kuasa ketenteraan Iran di Timur Tengah. [8] Kerajaan Arab Saudi dan negara-negara rantau Teluk yang lain menyokong padu Raja Bahrain . [8]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama JazeeraBah14Feb
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama guard_downwiththeking
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama aljaz_bahr17Feb
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama bbc231injured
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama BBCBahr15Mar
  6. ^ http://www.latimes.com/news/nationworld/world/la-fg-bahrain-flashpoint-20110316,0,1785627.story
  7. ^ a b "Bahrain gets tough" . ft.com . 17 Februari 2011.
  8. ^ a b c d e f g "Issues behind protests in Bahrain" . The Associated Press/ The Canadian Press . 18 Feb 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-21.

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]