Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Koordinat
:
6°10′54″S
106°49′17″E
/
6.18167°S 106.82139°E
/
-6.18167; 106.82139
Bank Indonesia
merupakan
bank pusat
Indonesia
.
Bank
ini bertugas memelihara kestabilan nilai mata wang
rupiah
dan menjaga kestabilan kewangan Indonesia.
Babak baharu dalam sejarah Bank Indonesia sebagai
bank pusat
bebas
bermula ketika undang-undang baru diluluskan, iaitu UU No. 23/1999 tentang Bank Indonesia, mula dikuatkuasakan pada 17 Mei 1999. Undang-undang ini memberikan status dan kedudukan bank sebagai suatu lembaga negara yang merdeka dan bebas dari campur tangan
pemerintah
ataupun pihak lainnya.
Sebagai suatu lembaga negara yang bebas, Bank Indonesia mempunyai
autonomi
penuh dalam merumuskan dan melaksanakan setiap tugas dengan sewenangnya sebagaimana ditentukan dalam undang-undang tersebut. Pihak luar tidak dibenarkan mencampuri pelaksanaan tugas Bank Indonesia, dan Bank Indonesia juga berkewajiban untuk menolak atau mengabaikan
campur tangan
dalam bentuk apapun, dari pihak manapun juga.
Bagi menjamin kebebasan tersebut, undang-undang ini telah memberikan kedudukan khusus kepada Bank Indonesia dalam struktur ketatanegaraan
Republik
Indonesia. Sebagai Lembaga negara yang bebas kedudukan Bank Indonesia tidak sejajar dengan Lembaga Tinggi Negara. Di samping itu, kedudukan Bank Indonesia juga tidak sama dengan
kementerian
, kerana kedudukan Bank Indonesia berada di luar Pemerintah.
Status Bank Indonesia baik sebagai badan hukum umum maupun badan hukum perdata ditetapkan berdasarkan undang-undang negara. Sebagai badan hukum umum, Bank Indonesia berkuasa menetapkan peraturan-peraturan hukum yang merupakan pelaksanaan dari undang-undang yang merangkumi seluruh masyarakat Indonesia sesuai dengan tugas dan tanggungjawab. Sebagai badan hukum perdata, Bank Indonesia dapat bertindak untuk dan atas nama sendiri di dalam mahupun luar pengadilan.
|
---|
|
Dalam peringkat benua
|
---|
Afrika
| |
---|
Amerika Utara dan Selatan
| |
---|
Oceania
| |
---|
Asia
| |
---|
Eropah
| |
---|
|
|
|
|
|