Bandar Sri Damansara
|
![](//upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/1/10/Jata-Selangor.jpg) |
Status
| Perbandaran
|
Asal nama
| Damansara
|
Negara
|
Malaysia
|
Negeri
|
Selangor
|
Daerah
| Daerah Petaling
|
Mukim
| Sungai Buloh
|
Keluasan
| N/A
|
Bandar Sri Damansara
merupakan sebuah perbandaran yang terletak di
Petaling Jaya
,
Selangor
. Ia merupakan sebuah bandar kediaman utama yang mewah di dalam subdivisi Damansara di Daerah Petaling, Selangor,
Malaysia
, yang terdiri daripada pembangunan bercampur hartanah komersial dan kediaman, yang sebelum ini dibangunkan oleh
Land and General Berhad
dan kini oleh
TA Global
.
Bandar Sri Damansara merupakan satu dari bandar dalam pentadbiran
Daerah Petaling
. Sungguhpun terletak dalam negeri
Selangor
, bandar ini menggunakan poskod 52200
Kuala Lumpur
menyebabkan kekeliruan di kalangan penduduk di sini.
Bandar Sri Damansara merupakan zon perumahan dan komersil pegangan bebas yang terletak di Lembah Klang,
Selangor
, dengan kod daerah Petaling Jaya Utara 9 (PJU 9). Perbandaran ini dikelilingi oleh perbandaran utama seperti Damansara Perdana, Kota Damansara, Bandar Utama, Mutiara Damansaraa, sierramas dan Valencia. Ia terletak bertentangan dengan Desa Park City dan Sunway SPK Damansara.
Bandar Sri Damansara mempunyai rangkaian jalan raya dengan laluan masuk melalui Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Penchala Link Lebuhraya Sprint dan Jalan Lingkaran Kuala Lumpur 2 (MRR2). Pada tahun 2019, laluan Bandar Sri Damansara baru ke
Lebuhraya Duta-Ulu Klang
(DUKE) juga telah siap dibina untuk memudahkan laluan ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
Bandar Sri Damansara terdiri daripada pembangunan kediaman yang terdiri daripada banglo dan rumah kos rendah, rumah teres, pangsapuri dan rumah pangsa kos rendah. Kondominium seperti Damansara Foresta dan Ativo Sofo, rumah-rumah berkembar dan banglo seperti Villas Airy dan Damansara dibangunkan di bandar ini.
Harga hartanah di Bandar Sri Damansara telah meningkat dengan pesat seiring dengan peningkatan penduduk yang berpindah ke bandar ini dan pembangunan-pembangunan baharu seperti Ativo Plaza.
Sekolah Rendah Kebangsaan - satu sekolah rendah Cina
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Desa Jaya 2
dan tiga sekolah rendah kerajaan SK Bandar Baru Sri Damansara,
Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1
,
Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1
, dan
Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 3
,
Sekolah Menengah -
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1
dan
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 2
Sekolah persendirian - Sri Bestari
Universiti Persendirian -
Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech
(IUCTT)
Terdapat pusat komuniti yang terletak di dalam perbandaran berhampiran Jalan Margosa di Bandar Sri Damansara. Pusat komuniti ini mengandungi dewan komuniti, padang bola sepak, bola keranjang/gelanggang bola tampar, lapangan golf, beberapa gelanggang badminton dalaman, kolam renang dan gim.
- Masjid Al-Mukarramah
Bandar Sri Damansara
- Gereja Methodist
- Glad Tidings Church
- Balai Polis Bandar Sri Damansara
- Bandar Sri Damansara Club
MRT
Laluan Putrajaya
akan berkhidmat disekitar Bandar Sri Damansara.
[1]