한국   대만   중국   일본 
페이지를 파싱하기 어렵습니다. Baju panas - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Baju panas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sehelai baju panas biasa.

Baju panas ( bahasa Inggeris : sweater atau jumper [1] ) ialah pakaian bahagian atas badan yang dipakai melapisi baik suatu pakaian dalam (seperti kemeja , blaus , kemeja T dan sebagainya) ataupun kulit dengan tujuan memanaskan atau menebat haba badan si pemakai. [2] Ia lazimnya dihasilkan melalui pengaitan gentian tertentu; bulu bebiri pernah menjadi kebiasaan namun kapas , gentian sintetik atau bahan komposit seumpama juga boleh digunakan kini.

Jenis [ sunting | sunting sumber ]

Terdapat pelbagai jenis baju panas yang wujud mengikut cara ia dipakai:

  • kardigan - dipakai dengan menyemat kancing butang atau zip pada dua-dua belah baju
  • pullover - dipakai dengan menyarungkan atas kepala lalu lolos bukaan khusus sepertimana baju yang biasa [3]
  • rompi ( sweater vest ) - sejenis baju panas tanpa lengan dan berbukaan besar untuk memudahkan ia dipakai menyarungi kemeja berkolar dalam persekitaran tertentu

Baju panas yang sejenis boleh didapati dalam rekaan berbeza-beza mengikut citarasa:

  • berleher tinggi ( turtleneck atau polo neck ): leher baju yang dijahit melipat sambil merapati dan menutupi leher
  • berleher bulat ( crewneck atau roundneck ): membulat di bawah leher dan atau kerongkong pemakai
  • berleher V: bukaan yang khusus untuk menampakkan kolar baju kemeja
  • bertopi/berserkup ( hooded ): dipasangkan suatu serkup untuk melindungi pemakai daripada cuaca sangat sejuk - baju panas jenis ini turut diberi nama hoodie ([hu.di]).

Galeri contoh [ sunting | sunting sumber ]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ jumper in Collins English Dictionary: "a knitted or crocheted garment covering the upper part of the body"
  2. ^ " ' baju panas' - Maklumat Kata" . Pusat Rujukan Persuratan Melayu . Dewan Bahasa dan Pustaka . Dicapai pada 17 Februari 2020 .
  3. ^ rekaan t-shirt popular masa kini