Bahasa Urd?
(
????
) (juga dikenali sebagai
Lashkari
bertulis sebagai
?????
[1]
) adalah
bahasa Indo-Eropah
dari pengaruh
keluarga Indo-Aryan
yang diperkembangkan di bawah
Parsi
,
Kurdi
,
Turki
,
Arab
,
Hindi
, dan
Sanskrit
di
Asia Selatan
semasa
Kesultanan Delhi
dan
Empayar Mughal
(1200-1800).
Bahasa ini digunakan sekitar lebih kurang 100 juta masyarakat beragama Islam di
Pakistan
dan
India
. Bahasa Urdu ini sebenarnya serupa dengan Bahasa
Hindi
, disebabkan oleh akarnya yang berasal daripada
Bahasa Sanskrit
yang merupakan induk kepada semua bahasa di Asia Tenggara.
Jumlah penutur asli bahasa Urdu pada ketika ini mencapai 60,290,000 orang dan 104,000,000 orang termasuk yang menggunakannya sebagai bahasa kedua (1999).
Selain di kedua negara diatas, bahasa Urdu juga digunakan oleh sekitar 600 ribu Masyarakat Islam Bihar yang tinggal di
Bangladesh
.
Asal bahasa ini mempunyai banyak versi, salah satunya ialah 413-583 Hijriyah adalah masa ketika umat Islam yang berbahasa Parsi dan Kurdi mulai bermigrasi ke daratan Hindustan, terutama Punjab.
Darzi yang bermaksud penjahit, dan karubar yang bermaksud perdagangan berasal dari bahasa Kurdish.
Bahasa Urdu dan
Bahasa Hindi
pada dasarnya merupakan bahasa yang sama, sehinggalah ketika masa penjajahan
Inggeris
yang berhasrat merapatkan jurang perbezaan di antara
Hindu
dan
Islam
yang meruncing pada masa itu, dipergunakan istilah
Hindustani
. Akan tetapi, sejak terpecahnya
India
dan
Pakistan
pada tahun 1947, istilah Hindi dan Urdu lebih mencuat.
Penutur Bahasa Hindi dan Urdu dalam percakapan seharian dapat saling memahami kerana banyaknya persamaan dalam kosakatanya. Kedua bahasa ini juga membentuk
Hindustani
yang merupakan salah satu bahasa dengan jumlah penutur terbanyak di dunia dan yang paling disukai.
Namun demikian, perbezaan mendasar dari kedua bahasa ini adalah :
- Kosa kata bahasa Urdu banyak menyerap kata-kata dari
Bahasa Arab
dan
Bahasa Parsi
, sedangkan Hindi lebih condong pada penghidupan kembali kata-kata Sanskrit
- Sistem penulisan : Bahasa Hindi menggunakan aksara
Devanagari
sedangkan Bahasa Urdu memakai sistem penulisan
Arab-Persia
dengan penambahan pada huruf-huruf tertentu serta ditulis melalui sistem
Nastaliq
.
Perbezaan yang makin mendasar inilah yang mengakibatkan penutur Hindi dan Urdu mengalami kesulitan dalam memahami bahasa masing-masing. Penutur Urdu akan dapat memahami filem-filem
Bollywood
yang berbahasa Hindi, namun akan kesulitan dalam mengerti siaran berita dalam bahasa tersebut merupakan proses Sanskiratasi dalam Hindi. Demikian pula sebaliknya.
Merupakan bahasa rasmi di
Pakistan
, meskipun penutur asalnya hanya 8% dari seluruh penduduk dan umumnya berasal dari kalangan
Mohajir
yang eksodus dari
India
pada tahun 1947. Sedangkan di
India
, bahasa Urdu juga menjadi salah satu bahasa rasmi dengan kepekatan penutur terbanyak di negara bahagian
Jammu-Kashmir
,
Uttar Pradesh
dan kota
Hyderabad
,
Andhra Pradesh
.
Bahasa Urdu merupakan salah satu bahasa yang sangat kaya, dan bercita rasa tinggi. Banyak sekali karya-karya sastera yang ditulis dalam bahasa ini dan berpengaruh dalam dunia sastera, baik di kawasan Asia Selatan, maupun dunia Islam pada umumnya. Puisi berbahasa Urdu untuk pertama kalinya ditulis oleh Masud Saad Salman pada tahun 1066 Masihi. Aliran-aliran sastera (prosa mahupun puisi) dalam Bahasa Urdu sangatlah banyak, seperti :
Selain itu banyak sekali karya-karya tulis Islami yang ditulis dalam Bahasa Urdu dan telah diterjemahkan ke berbagai bahasa di dunia, contohnya karya-karya
Muhammad Iqbal
yang sangat mengemuka.
Dalam perkembangannya, bahasa Urdu juga terbahagi atas beberapa dialek, dialek yang dikenal antara lain
Dakhini
atau
Dekkan
yang dipakai di kawasan India Selatan, dan perbedaan dengan Urdu Baku adalah lebih sedikitnya kata-kata Arab-Persia di dalamnya. Sedangkan
Rekhna
adalah varian yang dipakai dalam kesusasteraan Urdu.
- Salaam!/ Adaab! = Hello!
- Aap kaise hain?/ Aap kaa hal kiyaa hai? = Apa khabar?
- Main theek hun = Baik
- Shukriya = Terima kasih
- Aap kaa kiyaa naam hai? = Siapa namamu?
- Meraa naam….hai = Nama saya…
- Khuda Hafiz!/ Allah Hafiz! = Sampai Jumpa!