Bahasa Turki
|
---|
|
Asli kepada
|
Turki
,
Bulgaria
,
Cyprus
,
Macedonia Utara
,
Kosovo
,
Romania
,
Azerbaijan
dan komuniti pendatang di
Jerman
,
Perancis
,
Belanda
,
Austria
,
Uzbekistan
,
Malaysia
,
United Kingdom
,
Amerika Syarikat
,
Belgium
,
Switzerland
,
Yunani
, dan negara lain.
|
---|
Kawasan
| Turki
,
Cyprus
,
Balkan
,
Kaukasus
|
---|
Penutur bahasa
| ~60 juta asli
~75 juta jumlah
|
---|
| |
---|
| Abjad Rumi
(sejak 1928)
|
---|
|
Bahasa rasmi di
| Turki
,
Cyprus
,
Cyprus Utara
,
Kosovo
,
Makedonia Utara
1
1
Dalam majlis perbandaran yang didiami oleh peratus dari penutur set minimum
|
---|
Dikawal selia oleh
| Turk Dil Kurumu (
Persatuan Bahasa Turki
)
|
---|
|
ISO 639-1
| tr
|
---|
ISO 639-2
| tur
|
---|
ISO 639-3
| Salah satu:
tur
? Turki
ota
? Turki Uthmaniyyah
|
---|
Negara di mana bahasa Turki adalah rasmi
|
Bahasa Turki
(
Turkce
) ialah salah satu daripada
bahasa-bahasa Turkik
yang dituturkan aslinya di
Turki
,
Cyprus
,
Bulgaria
,
Yunani
dan negara-negara lain yang pernah ditakluk
Empayar Uthmaniyah
, baik juga oleh beberapa juta emigran dalam
Kesatuan Eropah
. Bilangan penutur asli adalah tidak pasti, berpunca terutamanya daripada kekurangan data bahasa minoriti dari Turki. Rajah dari 60 juta digunakan di sini menganggap bahawa Turki ialah bahasa ibunda kepada 80% populasi Turkish, dengan
Kurdi
sebagai yang terbanyak kepada yang selebihnya. Bagaimanapun, majoriti besar dari minoriti linguistik di Turki berdwibahasa, menuturkan Turki sebagai bahasa kedua.
Bahasa Turki tergolong di bawah keluarga bahasa Turkik, khususnya subkumpulan
bahasa Oghuz
. Secara umumnya, bahasa Turki memiliki darjah
kefahaman menyaling
yang tinggi dengan bahasa-bahasa Oghuz yang lain seperti
bahasa Azerbaijan
,
Turkmen
dan
Gagauz
.
[1]
Kira-kira 40% penutur bahasa-bahasa Turkik ialah penutur bahasa ini.
[2]
Bahasa-bahasa Turkik pula pernah dikelaskan di bawah
bahasa-bahasa Altaik
, tetapi kini, kumpulan ini tidak lagi diperakui.
Bahasa-bahasa Oghuz, kumpulan yang merangkumi bahasa Turki secara langsung telah dibawa oleh pihak
Empayar Saljuk
dan
Turki Oghuz
ke
Anatolia
pada abad ke-11.
[3]
Penyebaran agama Islam serta pengiktirafan bahasa Turki di Empayar Saljuk dan
Kekhanan Kara-Khanid
telah menyerap perkataan-perkataan daripada bahasa Arab dan Parsi sebagai kata pinjaman.
Pada zaman
Empayar Uthmaniyah
, dua jenis bahasa Turki telah muncul, yakni bahasa Turki bagi golongan atasan dan kesusasteraan,
bahasa Turki Uthmaniyah
dan bahasa Turki golongan kebanyakan,
kaba Turkce
("bahasa Turki kasar"). Bahasa Turki atasan memiliki kosa kata yang dipengaruhi oleh bahasa Arab dan Parsi sehingga tidak dapat difahami oleh golongan rakyat.
Kaba Turkce
pula memiliki kosa kata yang terdiri daripada banyak perkataan asli dan menjadi asas kepada kosa kata bahasa Turki moden.
[4]
Secara umumnya, huruf-huruf vokal bahasa Turki ialah ?a?, ?e?, ?ı?, ?i?, ?o?, ?o?, ?u? dan ?u?. Diftong tidak dijumpai dalam bahasa Turki melainkan dalam kata-kata pinjaman. Penggunaan keselarasan vokal adalah meluas dalam bahasa Turki yang merupakan sebuah bahasa aglutinatif untuk menjamin aliran yang licin dan mengurangkan pergerakan vokal yang sedikit.
Pada 2005, kira-kira 93% penduduk Turki ialah penutur ibunda bahasa Turki.
[7]
Di Bulgaria, kira-kira sejuta orang penduduk dapat berbahasa Turki.
[8]
Bahasa Turki ialah bahasa rasmi Turki serta satu daripada bahasa-bahasa rasmi
Republik Cyprus
bersama-sama
bahasa Yunani
. 38 buah perbandaran
Kosovo
serta dua buah perbandaran
Makedonia Utara
mengiktiraf bahasa ini sebagai bahasa rasmi.
[9]
[10]
Bahasa Turki baku adalah berasaskan dialek
Istanbul
,
[11]
tetapi dialek-dialek tempatan juga wujud. Dialek-dialek ini tetap wujud meskipun usaha perataan dialek serta penggunaan dialek baku dalam media massa dan sukatan pendidikan Turki telah dilakukan sejak 1930-an.
[12]
Ketika zaman
Empayar Uthmaniyah
, bahasa Turki ditulis dengan
abjad Arab
. Namun begitu, abjad Arab dilihat tidak sesuai terhadap sistem fonem bahasa Turki yang sedia ada. Bahasa Turki memiliki lapan bunyi vokal yang tidak dapat ditampung oleh tulisan Arab, serta terdapat huruf-huruf konsonan Arab yang terpaksa diabaikan.
[13]
Bahkan, kemunculan telegraf dan mesin pencetak pada abad ke-19 menampakkan lagi kelemahan pada tulisan ini.
[14]
Pada tahun 1928, tulisan bahasa Turki digantikan dengan sejenis tulisan
Rumi
diubah suai yang diperkenalkan oleh pengasas Republik Turki,
Mustafa Kemal Ataturk
.
Huruf-huruf moden bahasa Turki adalah seperti di bawah:
- a, b, c,
c
, d, e, f, g, ?, h, ı, i, j, k, l, m, n, o, o, p, r, s,
?
, t, u, u, v, y
dan
z
.
Edisi terkini kamus rasmi bahasa Turki,
Buyuk Turkce Sozluk
pada 2010 memiliki 616,767 patah perkataan dan frasa.
[15]
Edisi tahun 2005 bagi sebuah lagi kamus,
Guncel Turkce Sozluk
menunjukkan bahawa 86% perkataan dan frasa yang merangkumi koleksi perkataan dan frasa dalam kamus ialah perkataan asli bahasa Turki dan selebihnya ialah
kata pinjaman
.
[16]
- ^
"Language Materials Project: Turkish"
(dalam bahasa Inggeris).
UCLA
International Institute, Center for World Languages. Februari 2007. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2007-10-11.
- ^
Katzner, Kenneth (2002).
Languages of the World
(ed. ketiga). Routledge.
ISBN
978-0-415-25004-7
.
- ^
Findley, Carter V. (Oktober 2004).
The Turks in World History
(dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press.
ISBN
0-19-517726-6
.
- ^
Glenny, Misha
(2001).
The Balkans: Nationalism, War, and the Great Powers, 1804-1999
(dalam bahasa Inggeris). New York: Penguin. m/s. 99.
CS1 maint: ref=harv (
link
)
- ^
Suruhanjaya Eropah
(2006).
"Special Eurobarometer 243: Europeans and their Languages (Survey)"
(PDF)
. Europa
. Dicapai pada
2010-02-14
.
- ^
Toruko-go Bunpo Handobukku
トルコ語文法ハンドブック
(dalam bahasa Jepun). Hakusuisha. 2013.
ISBN
978-4560086216
.
- ^
"Kosovo"
.
Encyclopedia Britannica
. 2016.
- ^
"Official regional languages"
.
CIA World Factbook
. 2002. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2014-03-07
. Dicapai pada
2016-02-10
.
- ^
Campbell, George (1995). "Turkish".
Concise compendium of the world's languages
. London: Routledge. m/s. 547.
- ^
"En iyi ?stanbul Turkcesini kim konu?ur?"
.
Milliyet
. Dicapai pada
2017-12-30
.
- ^
Zimmer & Orgun (1999
:155)
- ^
Zurcher, Erik Jan
.
Turkey: a modern history
, p. 188. I.B.Tauris, 2004.
ISBN
978-1-85043-399-6
- ^
"Buyuk Turkce Sozluk Turkish Language Association"
(dalam bahasa Turki). Tdkterim.gov.tr. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2013-03-28.
- ^
"Guncel Turkce Sozluk"
(dalam bahasa Turki).
Turkish Language Association
. 2005. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 21 Mac 2007
. Dicapai pada
2007-03-21
.
- (Turki)
Karahan, Leyla (1996).
Anadolu A?ızlarının Sınıflandırılması
. Turk Dil Kurumu.
- (Inggeris)
Brendemoen, B. (1996). "Conference on Turkish in Contact, Netherlands Institute for Advanced Study (NIAS) in the Humanities and Social Sciences, Wassenaar, 5?6 February 1996". Phonological Aspects of Greek-Turkish Language Contact in Trabzon.