Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia
ialah cabang kelompok bahasa dalam
keluarga bahasa-bahasa Austronesia
dengan kira-kira 385.5 juta orang penutur keseluruhan. Bahasa-bahasa dalam cabang ini dituturkan oleh
orang Austronesia
di negara-negara pulau
Asia Tenggara
dan
Lautan Pasifik
dengan bilangan penutur yang lebih kecil di benua
Asia
di kawasan berhampiran
Semenanjung Melayu
serta di
Kemboja
,
Vietnam
, dan pulau
Hainan
di China.
Bahasa Malagasi
dituturkan di pulau
Madagaskar
terletak jauh dari pantai timur Afrika di
Lautan Hindi
adalah bahasa paling jauh barat tersebar. Bahasa yang dituturkan di barat daya dari
Mikronesia
tengah hingga ke
Pulau Easter
kadangkala dirujuk sebagai
bahasa-bahasa Polinesia
.
Pelbagai bahasa dalam keluarga bahasa-bahasa Melayu-Polinesia menunjukkan pengaruh kuat oleh
bahasa Sanskrit
dan
bahasa Arab
, kerana bahagian barat wilayah itu telah menjadi kawasan penganutan leluasa yang kuat untuk agama
Hindu
,
Buddha
, dan kemudian,
Islam
.
Dua ciri morfologi bahasa-bahasa Melayu-Polinesia ialah sistem
imbuhan
dan
gandaan
untuk membentuk perkataan baharu. Seperti bahasa-bahasa Austronesia lain, mereka mempunyai inventori fonemik yang kecil; oleh itu penulisan mempunyai bunyi yang sedikit tetapi kerap. Kebanyakan juga kekurangan
gugusan konsonan
. Kebanyakan juga hanya mempunyai set vokal yang kecil, lima ialah nombor yang lazim.
Semua bahasa utama dan bahasa rasmi keluarga Austronesia tergolong dalam subkumpulan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia. Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia dengan lebih daripada lima juta penutur ialah:
bahasa Melayu
(termasuk
Bahasa Indonesia
,
Bahasa Malaysia
dan
Bahasa Melayu Brunei
),
bahasa Jawa
,
bahasa Sunda
,
bahasa Tagalog
,
bahasa Malagasi
,
bahasa Sebu
,
bahasa Madura
,
bahasa Ilokano
,
bahasa Hiligaynon
, dan
bahasa Minangkabau
. Dalam kalangan baki lebih daripada 1,000 bahasa, beberapa mempunyai status bahasa kebangsaan/rasmi, seperti
bahasa Tonga
,
bahasa Samoa
,
bahasa Maori
,
bahasa Kiribati
,
bahasa Fiji
,
bahasa Hawaii
,
bahasa Palau
, dan
bahasa Camoro
.
Istilah "bahasa-bahasa Melayu-Polinesia" (
Malayo-Polynesian
) pada asalnya dicipta pada tahun 1841 oleh
Franz Bopp
sebagai nama untuk keluarga bahasa Austronesia secara keseluruhan, dan sehingga pertengahan abad ke-20 (selepas pengenalan istilah "Austronesia" oleh
Wilhelm Schmidt
pada tahun 1906), "bahasa-bahasa Melayu-Polinesia" dan "bahasa-bahasa Austronesia" digunakan sebagai sinonim. Penggunaan kini istilah "bahasa-bahasa Melayu-Polinesia" yang menandakan subkumpulan yang terdiri daripada semua bahasa Austronesia di luar Taiwan telah diperkenalkan pada 1970-an, dan akhirnya telah menjadi istilah piawai dalam kajian Austronesia.
[2]
Kaitan dengan bahasa-bahasa Austronesia di Taiwan
[
sunting
|
sunting sumber
]
Walaupun terdapat beberapa ciri yang dikongsi dengan
bahasa-bahasa Formosa Timur
(seperti penggabungan *t, *C menjadi /t/ dari
bahasa Austronesia Proto
), tidak ada bukti kesimpulan yang menghubungkan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia dengan mana-mana satu cabang utama keluarga bahasa-bahasa Austronesia di Taiwan.
[2]
Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia terdiri daripada sejumlah besar gugusan bahasa tempatan yang kecil, dengan satu pengecualian iaitu
bahasa-bahasa Oseania
, satu-satunya kumpulan besar yang diterima sejagatnya; bahasa induknya
bahasa Oseania Proto
telah dilangbina dalam semua aspek strukturnya (fonologi, kosa kata, morfologi, dan sintaksis). Semua kumpulan besar lain dalam bahasa-bahasa Melayu-Polinesia adalah berkontroversi.
Usulan yang paling berpengaruh untuk subkumpulan dalaman bahasa-bahasa Melayu-Polinesia telah dibuat oleh
Robert Blust
yang membentangkan beberapa kajian terbitan yang menganjurkan pembahagian kepada dua cabang utama, iaitu bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Barat dan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Timur Tengah.
[3]
Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Timur Tengah
diterima secara meluas sebagai subkumpulan, walaupun beberapa bantahan telah dikemukakan terhadap kesahihannya sebagai subkumpulan genetik.
[4]
[5]
Sebaliknya,
Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Barat
kini secara amnya dianggap (termasuk oleh Blust sendiri) sebagai istilah umum tanpa kaitan genetik. Dengan mengambil kira hipotesis
bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Timur Tengah
, bahasa-bahasa Melayu-Polinesia boleh dibahagikan kepada subkumpulan berikut (usulan untuk subkumpulan yang lebih besar diberikan di bawah):
[6]
Kedudukan
bahasa Nasal
(dituturkan di Sumatera) yang baru dilangtemui tidak jelas; ia berkongsi ciri kosa kata dan fonologi dengan kedua-dua
bahasa Lampung
dan
bahasa Rejang
.
[7]
Edwards (2015)
[8]
berpendapat bahawa
bahasa Enggano
ialah cabang utama dalam keluarga bahasa Melayu-Polinesia. Walau bagaimanapun, hal ini dipertikaikan oleh Smith (2017), yang menganggap bahasa Enggano telah mengalami perubahan dalaman yang ketara, tetapi pernah menjadi lebih mirip bahasa-bahasa Sumatera yang lain di Sumatera.
Status bahasa-bahasa Filipina sebagai subkumpulan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia dipertikaikan. Walaupun ramai sarjana (seperti
Robert Blust
) menyokong subkumpulan genealogi yang merangkumi bahasa dari Filipina dan Sulawesi utara,
[9]
Reid (2018) menolak hipotesis subkumpulan bahasa-bahasa Filipina tunggal, tetapi sebaliknya berpendapat bahawa cabang bahasa-bahasa Filipina mewakili subkumpulan tertib-pertama yang diturunkan langsungnya daripada bahasa Melayu-Polinesia Purba.
Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Teras (Zobel 2002)
[
sunting
|
sunting sumber
]
Zobel (2002) mengusulkan subkumpulan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Teras (
Nuclear Malayo-Polynesian
), berdasarkan inovasi dikongsi bersama dalam
penjajaran
dan
sintaks
bahasa-bahasa Austronesia yang terdapat di seluruh Indonesia selain dari kebanyakan Borneo dan Sulawesi utara. Subkumpulan ini terdiri daripada bahasa-bahasa di
Kepulauan Sunda Raya
(bahasa-bahasa
Cam
-
Melayu
,
bahasa-bahasa Kepulauan Sawar-Sumatera Barat Laut
,
bahasa Lampung
,
bahasa Sunda
,
bahasa Jawa
,
bahasa Madura
,
bahasa-bahasa Sumbawa-Sasak-Bali
), dan sebahagian besar Sulawesi (
bahasa-bahasa Sulawesi
,
bahasa-bahasa Sulawesi Selatan
),
bahasa Palau
,
bahasa Camoro
, dan
Bahasa Melayu-Polinesia Tengah?Timur
.
[10]
Hipotesis ini ialah salah satu daripada beberapa cubaan untuk mengaitkan
bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Barat
tertentu dengan
bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Timur Tengah
dalam subkumpulan pertengahan yang lebih tinggi, tetapi hanya mendapat sedikit perhatian ilmiah.
Bahasa-bahasa Sumbawa-Melayu (Adelaar 2005)
[
sunting
|
sunting sumber
]
Bahasa-bahasa Sumbawa-Melayu ialah usulan oleh
K. Alexander Adelaar
(2005) yang melonggokkan bahasa-bahasa
Cam
-
Melayu
,
bahasa-bahasa Sumbawa-Sasak-Bali
,
bahasa Madura
, dan
bahasa Sunda
menjadi satu subkumpulan tunggal berdasarkan bukti fonologi dan kosa kata.
[11]
Bahasa-bahasa Borneo Utara Raya (Blust 2010; Smith 2017, 2017a)
[
sunting
|
sunting sumber
]
Hipotesis bahasa-bahasa Borneo Utara Raya, yang melonggokkan semua bahasa yang dituturkan di Borneo (kecuali
bahasa-bahasa Barito
) bersama dengan bahasa-bahasa
Cam
-
Melayu
,
bahasa Rejang
, dan
bahasa Sunda
ke dalam subkumpulan tunggal, pertama kali diusulkan oleh Blust (2010) dan dihuraikan lebih lanjut oleh Smith (2017, 2017a).
[12]
[13]
[14]
Kerana pemasukan bahasa-bahasa Cam-Melayu dan bahasa Sunda, hipotesis bahasa-bahasa Borneo Utara Raya tidak serasi dengan usulan bahasa-bahasa Sumbawa-Melayu oleh Adelaar. Akibatnya, Blust secara jelas menolak bahasa-bahasa Sumbawa-Melayu sebagai subkumpulan. Subkumpulan bahasa-bahasa Borneo Utara Raya adalah berdasarkan bukti kosa kata semata-mata.
Berdasarkan usulan yang pertama kali dikemukakan oleh Blust (2010) sebagai lanjutan daripada hipotesis bahasa-bahasa Borneo Utara Raya,
[12]
Smith (2017) menyatukan beberapa subkumpulan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia dalam kumpulan "bahasa-bahasa Indonesia Barat", sekali gus mengurangkan bilangan cabang utama bahasa-bahasa Melayu-Polinesia:
[13]
- ^
Hammarstrom, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017).
"Malayo-Polynesian"
.
Glottolog 3.0
. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
- ^
a
b
Blust, Robert (2013).
The Austronesian Languages
(ed. revised). Australian National University.
hdl
:
1885/10191
.
ISBN
978-1-922185-07-5
.
- ^
Blust, R. (1993).
Central and Central-Eastern Malayo-Polynesian.
Oceanic Linguistics, 32
(2), 241?293.
- ^
Ross, Malcolm
(2005), "Some current issues in Austronesian linguistics", in D.T. Tryon, ed.,
Comparative Austronesian Dictionary
, 1, 45?120. Berlin: Mouton de Gruyter.
- ^
Donohue, M., & Grimes, C. (2008).
Yet More on the Position of the Languages of Eastern Indonesia and East Timor.
Oceanic Linguistics, 47
(1), 114?158.
- ^
Adelaar, K. Alexander, and Himmelmann, Nikolaus. 2005.
The Austronesian languages of Asia and Madagascar.
London: Routledge.
- ^
Anderbeck, Karl; Aprilani, Herdian (2013).
The Improbable Language: Survey Report on the Nasal Language of Bengkulu, Sumatra
. SIL Electronic Survey Report. SIL International.
- ^
Edwards, Owen (2015). "The Position of Enggano within Austronesian."
Oceanic Linguistics
54 (1): 54-109.
- ^
Blust, Robert (2019). "The Resurrection of Proto-Philippines".
Oceanic Linguistics
.
58
(2): 153?256.
doi
:
10.1353/ol.2019.0008
.
- ^
Zobel, Erik, "The position of Chamorro and Palauan in the Austronesian family tree: evidence from verb morphosyntax". In: Fay Wouk and Malcolm Ross (ed.), 2002.
The history and typology of western Austronesian voice systems.
Australian National University.
- ^
Adelaar, A. (2005).
Malayo-Sumbawan.
Oceanic Linguistics, 44
(2), 357?388.
- ^
a
b
Blust, Robert (2010). "The Greater North Borneo Hypothesis".
Oceanic Linguistics
.
49
(1): 44?118.
doi
:
10.1353/ol.0.0060
.
JSTOR
40783586
.
- ^
a
b
Smith, Alexander D. (2017). "The Western Malayo-Polynesian Problem".
Oceanic Linguistics
.
56
(2): 435?490.
doi
:
10.1353/ol.2017.0021
.
- ^
Smith, Alexander (2017a).
The Languages of Borneo: A Comprehensive Classification
. PhD Dissertation: University of Hawai‘i at M?noa.
- ^
Smith, Alexander D. 2018.
The Barito Linkage Hypothesis, with a Note on the Position of Basap
. JSEALS Volume 11.1 (2018).
Templat:Austronesian languages
Templat:Micronesian languages
Templat:Polynesian languages