한국   대만   중국   일본 
Bahasa Lao - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Bahasa Lao

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Lao
??????? phaasaa laao
Asli kepada Laos , Thailand , Amerika Syarikat , Perancis , Kanada , China
Penutur bahasa
3,188,577 (1991)
Tulisan Lao
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Laos
Kod bahasa
ISO 639-1 lo
ISO 639-2 lao
ISO 639-3
lao

Bahasa Lao (??????? phaasaa laao ) (BGN/PCGN: phasa lao, IPA:  [p?aːsaː laːw] ) merupakan bahasa rasmi negara Laos . Ia merupakan bahasa tonal dari keluarga bahasa Kradai dan keluarga Tai . Dialek bahasa Lao dituturkan di Thailand Timur Laut sebagai bahasa Isan . Selain sebagai bahasa utama bangsa Lao , bahasa Lao merupakan bahasa kedua bagi pelbagai suku bangsa di Laos dan Isan . Seperti halnya bahasa-bahasa di Laos, bahasa Lao ditulis dengan huruf abugida . Walaupun tidak ditetapkan sebagai standard rasmi, dialek Vientiane secara amnya ialah dialek rasmi bahasa Lao.

Seorang penutur bahasa Lao

Sejarah [ sunting | sunting sumber ]

Bahasa Lao ialah turunan kepada bahasa Tai yang dituturkan di kawasan yang sekarang disebut Cina selatan dan Vietnam sebelah utara ( Yue ). Daerah-daerah tersebut dianggarkan menjadi tempat asal bahasa Tai dan beberapa bahasa berkaitan yang dituturkan oleh kelompok minoriti yang saling terserak-serak. Akibat pengembangan bangsa Han dan serbuan bangsa Mongol, orang-orang Tai berpindah ke arah selatan menuju India, turun ke lembah Sungai Mekong , dan ke selatan hingga sampai di Semenanjung Tanah Melayu . Sejarah lisan penghijrahan orang Tai terpelihara dalam bentuk legenda Khun borom . Di tempat yang sekarang disebut Laos, orang-orang Tai menyerap bahasa-bahasa atau tidak lagi memakai bahasa yang ada dulu seperti Mon-Khmer dan bahasa-bahasa Austronesia . Walaupun tersepit di antara persaingan kuasa antara Siam dan Vietnam , orang Laos masih boleh membentuk identiti nasional dan mengintegrasikan dialek-dialek mereka menjadi bahasa bersama.