Aziz Desa
|
---|
Aziz Desa pada 2011.
|
Kelahiran
| Abdul Azid bin Desa
(
1965-01-15
)
15 Januari 1965
(umur
59)
|
---|
Pekerjaan
| |
---|
Tahun aktif
| 1985?kini
|
---|
Pasangan
| Raden Nor Azlina Raden Jumari (
k.
1990)
|
---|
Anak-anak
|
- Mas Zharif Zhafri Abdul Aziz
- Mas Zahiah Zafirah Abdul Azid
- Mas Zhafir Zhikri Abdul Azid
- Mas Zhamir Zhakwan Abdul Azid
- Mas Zhaeim Zhiddin Abdul Azid
- Mas Zhiddin Zhiddan Abdul Azid
|
---|
Saudara
| Azri Desa (adik)
|
---|
Abdul Azid Desa
, juga lebih dikenali sebagai
Aziz Desa
(lahir 15 Januari 1965)
[1]
merupakan seorang pengacara TV, wartawan, ahli perniagaan dan aktivis pelancongan Malaysia. Beliau dikenali dalam bidang pengacaraan dengan sikap ramah, petah dan jiwa Melayu yang tinggi dengan bait-bait ayat perangsang,
"Cermin-cerminkan diri anda"
.
[2]
Antara program TV popular kendaliannya ialah
Malaysia Hari Ini
dan
Seulas Pinang
di
TV3
dan
Nasi Lemak Kopi O
di
TV9
. Beliau juga mengacarakan slot "Jejak Kasih" yang yang cukup ditunggu-tunggu penonton suatu ketika dahulu dan antara ayat yang sering diungkapkan ialah
"Yang jauh kita dekat-dekatkan, yang dekat kita mesrakan, yang mesra kita serasikan"
.
Beliau memilih untuk menetap di
Langkawi
bersama keluarganya dan mengendalikan perniagaan sendiri. Pada tahun 2014, beliau disahkan menghidap penyakit
kencing manis
dan
buah pinggang
.
Aziz dilahirkan pada 15 Januari 1965 di
Mukim Kuah
,
Langkawi
,
Kedah
. Beliau berkahwin dengan Raden Norazlina Raden Jumari pada 1990 dan dikurniakan enam anak—
Mas Zharif Zhafri
, Mas Zhaiah Zhafirah, Mas Zhafir Zhikri, Mas Zhamir Zhakwan, Mas Zhaiem Zhiddin dan Mas Zhiddin Zhiddan. Anak sulung beliau, Mas Zharif Zafri turut mengikut jejak langkah beliau dalam bidang penyiaran dan kini berkhidmat sebagai wartawan penyiaran di
TV9
.
Beliau memulakan kerjaya awalnya sebagai wartawan di akhbar
Berita Harian
dari tahun 1985 hingga 1987, dan kemudiannya menyertai
TV3
sebagai pengacara rancangan
Seulas Pinang
bersama Datin Seri
Normala Samsudin
. Beliau juga antara pengacara terawal di rancangan bual bicara pagi TV3,
Malaysia Hari Ini
pada 1994, sebaris dengan nama-nama besar seperti Omar Abdullah,
Mahadzir Lokman
dan
Hasbullah Awang
. Beliau juga pernah menjadi pegawai media kepada bekas
Menteri Besar Kedah
,
Tan Sri
Sanusi Junid
.
[3]
Aziz pernah berkhidmat sebagai pengacara bersama
Astro Oasis
melalui rancangan
Zuriat Kita
dan
Dahsyat 13
. Profilnya dalam bidang penyiaran juga pernah dilebarkan sebagai penyampai radio di
Radio Langkawi
, yang merupakan kampung halamannya. Beliau juga seorang ahli perniagaan berjaya dan menguruskan dua buah syarikat, Aziz Desa Holidays & Consultancy dan Media Glokal Sendirian Berhad. Beliau pernah menjawat sebagai Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Centre (KTC) selama empat bulan pada 2012 sebelum meninggalkan pusat itu antaranya atas faktor kesihatan.
[4]
- Penerbit kanan (siaran langsung)
Jabatan Majalah TV3
.
- Pengurus media dan komunikasi kepada bekas Menteri Besar Kedah
Tan Sri Sanusi Junid
.
- Pengurus program pelancongan pelajar dan pembangunan perniagaan Malaysia Travel Business, anak syarikat Pempena, milik
Tourism Malaysia
.
- Juruhebah
Radio Pelancongan Langkawi
, (kini
Langkawi FM
).
- Juruacara, pengerusi dan fasilitator lebih 2,000 acara dan majlis peringkat negeri dan kebangsaan termasuk membabitkan keraian peringkat istana negara dan kerajaan.
- Pengacara rancangan Seulas Pinang,
Malaysia Hari Ini
, segmen Jejak Kasih di
TV3
- Perantara rancangan Forum Perdana Ehwal Islam, Cermin Desa dan Hati-Hati Balik Kampung di
RTM
.
- Pengarah Media dan Komunikasi Korporat Buraq Oil.
Aziz meninggal dunia pada Ahad, 27 Disember 2015 di kediamannya di Taman Seri Dayang, Mukim Kuah, Langkawi, akibat
masalah buah pinggang kronik
,
kencing manis
dan
jantung
, pada 50 tahun. Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya ke Masjid Al-Hana, Kuah pada jam 4:45 petang dan tiba di Masjid Al-Tasnim Kampung Bayas pada jam 5:15 petang untuk disembahyangkan.
Jenazah Allahyarham dikebumikan pada jam 6:20 petang selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bayas, yang juga kampung halamannya. Difahamkan, sebelum menghembuskan nafasnya terakhir, Allahyarham Aziz sempat bercuti bersama keluarganya di
Phuket
,
Thailand
.
[5]
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Raden Nor azlina Raden Jumari dan 6 orang anak yang berusia 15 hingga 22 tahun.
- Seulas Pinang
- Al-Kuliyyah
- Jendela Pagi
- Malaysia Hari Ini
(segmen Sekapur Sireh dan Jejak Kasih)
- Forum Perdana Ehwal Islam
- Cermin Desa
- Hati-Hati Balik Kampung
- Dahsyat 13
- Zuriat Kita
[6]