Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Templat:Infobox rail standard gauge
Atchison, Topeka and Santa Fe Railway
Templat:Reporting mark
, juga dikenali dengan singkatan
Santa Fe
, ialah salah satu
rangkaian landasan keretapi yang terbesar di Amerika Syarikat
. Syarikat ini mula-mula mendapat piagam pada Februari 1859. Walaupun nama landasan ini terkandung ibu negeri
New Mexico
, namun landasan utamanya tidak kesampaian di situ kerana tanahnya kurang sesuai untuk membina landasan yang perlu (
Santa Fe
terpaksa mendapat khidmat
aliran cabang
dari
Lamy, New Mexico
). Landasan pertama Santa Fe mencapai sempadan negeri
Kansas
/
Colorado
pada tahun 1873, kemudian berhubung dengan
Pueblo, Colorado
pada tahun 1876. Untuk menjana kelumayanan perusahaan kereta apinya, Santa Fe menubuhkan pejabat
harta tanah
serta menjual tanah
ladang
dengan geran tanah yang dikurniakan oleh
Kongres
; ladang-ladang baru ini kemudiannya mencetuskan permintaan untuk pengangkutan barang-barangan mahupun penumpang yang ditawarkan oleh Santa Fe.
Sebagai pembawa pembaharuan, Santa Fe ialah salah satu perintis perkhidmatan angkutan intermodal, sebuah perusahaan yang (sekali-sekala) merangkumi perkhidmatan
kapal tunda
dan penerbangan: the short-lived
Santa Fe Skyway
. Satu aliran bas membolehkan syarikat ini untuk meluaskan perkhidmatan pengangkutan penumpang kepada tempat-tempat yang sukar dicapai dengan rel, serta kapal feri di Teluk San Francisco yang melengkapkan perjalanan ke arah barat hingga ke pantai Lautan Pasifik. Atchison, Topeka and Santa Fe Railway menutup operasi secara rasminya pada 31 Disember 1996, apabila ia bergabung dengan
Burlington Northern Railroad
untuk menjadi
Burlington Northern and Santa Fe Railway
.