Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Asmara
(
Arab
:
?????
) merupakan
ibu negara
Eritrea
dengan penduduk ±579.000 jiwa. Majoriti industri adalah
tekstil
dan pakaian, daging proses,
bir
,
kasut
, dan
seramik
.
Asmara terletak di 15°20' utara dan 38°55' timur (15.333, 38.91667).
Pada masa dahulu, Asmara terdiri daripada empat kampung kecil yang berdiri pada awal abad ke-12 sebagai pusat perdagangan dan kemudian menjadi pusat pentadbiran wilayah
Habsyah
, Ras Alula.
Kemudian kawasan ini dijajah oleh Itali pada
1889
dan menjadi
ibu negara
Eritrea pada
1897
. Pada akhir 1930?an, Itali mengubah struktur bandar ini dengan struktur bandar yang berbeza dan bangunan baru; Asmara kemudian dinamakan 'Piccola Roma' (Rom Mini). Malah pada hari ini sebahagian besar bangunan besar merupakan bangunan warisan Itali dan banyak kedai yang masih menggunakan nama Itali (Contoh: "Bar Vittoria", "Pasticceria moderna", "Casa del formaggio", "Ferramenta").
Semasa perang kemerdekaan Eritrea daripada
Habsyah
,
lapangan terbang
di Asmara menjadi lokasi konflik utama. Lapangan terbang itu juga digunakan oleh
Habsyah
untuk menerima bekalan senjata daripada penyokong asing. Asmara menjadi bandar terakhir yang dibebaskan oleh Barisan Pembebasan Rakyat Eritrea (EPLF), ia telah diduduki pada 1990 dan diserahkan tanpa tentangan dari tentara Habsyah pada
24 Mei
1991
.