Arnab Kerdil
|
|
|
|
Pengelasan saintifik
|
Alam:
|
|
Filum:
|
|
Kelas:
|
|
Order:
|
|
Keluarga:
|
|
Genus:
|
Brachylagus
Miller, 1900
|
Spesies:
|
B. idahoensis
|
Nama binomial
|
Brachylagus idahoensis
(Merriam, 1891)
|
Arnab Kerdil
(
Brachylagus idahoensis
) ialah sejenis
arnab
Amerika Utara
, dan satu daripada dua spesies arnab di Amerika yang menggali lubang. Arnab Kerdil merupakan
satu-satunya ahli
genus
Brachylagus
.
Walaupun disenaraikan sebagai
spesies terancam
di
Lembangan Columbia
di rantau
Barat Laut Pasifik
di
Amerika Syarikat
, namun
IUCN
menyenaraikan spesies ini sebagai berisiko rendah, kerana populasi Lembangan Columbia Basin merupakan populasi
relik
terpencil yang berbeza dari segi genetik dan semakin menuju ke arah evolusi menjadi
subspesies
berbeza, sedangkan IUCN hanya mengambil kira setiap spesies pada keseluruhannya.
Arnab Kerdil merupakan arnab yang paling kecil di dunia.
[2]
[3]
[4]
[5]
Untuk yang dewasa, min beratnya adalah 375 hingga sekitar 500 gram (kira-kira 13 auns hingga 1 paun), dan panjang tubuhnya 23.5 hingga 29.5 sentimeter (9¼ hingga 11½ inci); yang betina lebih besar sikit daripada yang jantan. Arnab kerdil mudah dibezakan dengan arnab lain kerana saiznya yang kecil, telinganya yang pendek, warna kelabu, kaki belakang yang kecil, dan tiadanya bulu putih pada ekor.
Taburan arnab kerdil merangkumi sebahagian besar Lembangan Besar dan sesetengah kawasan antara gunung yang berdekatan, di rantau barat Amerika Syarikat
[6]
. Arnab kerdil dijumpai di Montana barat daya dari sudut paling tenggara berdekatan sempadan Idaho di utara Dillon dan Bannack di Kaunti Beaverhead
[7]
. Arnab kerdil terus bertaburan ke arah timur hingga Idaho selatan dan Oregon selatan, dan ke selatan hingga Utah utara, Nevada utara, dan California timur. Populasi terpencil juga dijumpai di Washington
[8]
and Wyoming
[9]
.
Taburan aras tinggi arnab kerdil di negeri Nevada menjangkau 4,494 hingga 7,004 kaki (1,370?2,135 m), dan di California pula 4,986 hingga 5,298 kaki (1,520?1,615 m)
[6]
.
Arnab Kerdil Lembangan Columbia
jantan baka tulen yang terakhir, hanya ditemui di
Kaunti Douglas, Washington
, mati di
Zoo Oregon
di
Portland
, pada 30 Mac 2006; yang baka tulen betina pula mati pada tahun 2008.
[10]
Rancangan pengacukan yang dianjurkan oleh Zoo Oregon,
Universiti Negeri Washington
dan Northwest Trek sedang cuba memelihara susun galur genetiknya dengan membiakkan arnab betina yang ada dengan Arnab Pigmi Idaho.
[11]
Templat:USDA
- ^
Beauvais, G.P., Sequin, E., Rachlow, J., Dixon, R., Bosworth, B., Kozlowski, A., Carey, C., Bartels, P., Obradovitch, M., Forbes, T. & Hays, D. (2008)
Brachylagus idahoensis
di:
IUCN
2009.
IUCN Red List of Threatened Species
. Version 2009.2.
www.iucnredlist.org
Diterima pada 01 February 2010.
- ^
George Gilbert Goodwin, Frederick Drimmer
(1954).
The Animal kingdom: the strange and wonderful ways of mammals, birds, reptiles, fishes, and insects; a new and authentic natural history of the wildlife of the world, Volume 1
. Cornell University. m/s. 246.
- ^
George C. Goodwin (1962).
Small mammals
. Cornell University.
- ^
Sharon Sharth (1999).
Rabbits
. m/s. 12.
ISBN
156766587X
.
- ^
Meet the World's Smallest Rabbit
, October 14, 2009
- ^
a
b
Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama
r8
- ^
Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama
r4
- ^
Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama
r2
- ^
Campbell, Thomas M., III; Clark, Tim W.; Groves, Craig R. 1982. First record of pygmy rabbits (Brachylagus idahoensis) in Wyoming. Great Basin Naturalist. 42(1): 100
- ^
National Geographic ? Editor's Note ? January 2009
- ^
Captive breeding offers hope for near-extinct pygmy rabbits