Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Armada Laut Lepas
(
Hochseeflotte
) adalah armada tempur
Tentera Laut Imperial
Jerman
dan terlibat dalam
Perang Dunia I
. Formasi ini telah diwujudkan pada Februari 1907, apabila Armada Tanahair (
Heimatflotte
) dinamakan semula sebagai Armada Laut Lepas. Laksamana
Alfred von Tirpitz
adalah arkitek armada ini; beliau membayangkan sebuah pasukan yang cukup kuat untuk menandingi penguasaan
Tentera Laut Diraja
.
Kaiser Wilhelm II
, iaitu Maharaja Jerman, memperjuangkan armada ini sebagai instrumen untuk baginda merampas pemilikan luar negara dan menjadikan Jerman sebagai sebuah kuasa dunia. Dengan menumpukan armada tempur yang kuat di Laut Utara sambil Tentera Laut Diraja dikehendaki mengerahkan angkatannya di sekeliling
Empayar British
, Tirpitz percaya Jerman dapat mencapai keseimbangan kuasa yang mampu merosakkan penguasaan laut British secara serius. Ini merupakan pusat "Teori Risiko" Tirpitz, yang menyatakan bahawa Britain tidak akan mencabar Jerman jika armada mereka menimbulkan ancaman yang signifikan kepada dirinya sendiri.
Komponen utama armada ini ialah
kapal tempurnya
, secara tipikal disusun dalam 8 skuadron kapal, walaupun ia juga mengandungi beberapa formasi lain, termasuk
Kumpulan Peninjau I
. Di masa penubuhannya pada tahun 1907, Armada Laut Lepas terdiri daripada 2 skuadron kapal tempur, dan menjelang tahun 1914, skuadron ketiga telah ditambah. Revolusi
dreadnought
pada tahun 1906 sangat mempengaruhi komposisi amada; 24 buah kapal
pre-dreadnought
dalam armada ini telah menjadi lapuk dan memerlukan penggantian. Dua skuadron penuh kapal dreadnought telah lengkap di permulaan perang pada pertengahan tahun 1914; 8 kapal pre-dreadnought paling moden telah digunakan untuk membentuk skuadron ketiga. Dua skuadron tambahan kapal-kapal lama telah dikerahkan pada permulaan perang, namun pada akhir konflik, formasi ini telah dibubarkan.
Armada ini melakukan beberapa siri serangan di
Laut Utara
semasa perang yang mana ia merancang untuk menarik keluar satu bahagian terpencil
Armada Besar
British yang lebih kuat. Operasi-operasi ini kerap menggunakan
kruiser tempur
laju dari Kumpulan Peninjau I untuk menyerang pantai British sebagai umpan bagi
Royal Navy
. Operasi ini memuncak dalam
Pertempuran Jutland
, pada 31 Mei?1 Jun 1916, dimana Armada Laut Lepas berhadapan dengan keseluruhan Armada Besar. Pertempuran itu tidak membawa sebarang keputusan, tetapi pihak British memenanginya secara strategik, seperti yang menyakinkan Laksamana
Reinhard Scheer
, iaitu panglima armada Jerman, bahawa hasil yang sangat baik bagi tindakan armada tidak akan menjamin kemenangan Jerman dalam peperangan. Scheer dan laksamana utama yang lain menasihatkan
Kaiser
untuk mengembalikan semula kempen
peperangan kapal selam tanpa had
. Tanggungjawab utama Armada Laut Lepas dalam tahun 1917 dan 1918 ialah untuk menjamin pangkalan tentera laut Jerman di Laut Utara bagi operasi-operasi
U-boot
. Namun demikian, pihak armada terus melakukan serangan kedalam Laut Utara dan unit-unit dipisahkan untuk operasi khas di
Laut Baltik
menentang
Armada Baltik
Rusia. Ekoran kekalahan Jerman pada November 1918, pihak Berikat menahan sebahagian besar Armada Laut Lepas di
Scapa Flow
, dimana ia akhirnya
dilubangtenggelamkan oleh anak-anak kapalnya
pada Jun 1919, beberapa hari sebelum pihak-pihak yang berperang menandatangani
Persetiaan Versailles
.
- Beesly, Patrick (1984).
Room 40: British Naval Intelligence, 1914–1918
. Oxford: Oxford University Press.
ISBN
0-19-281468-0
.
- Bennett, Geoffrey (2006).
The Battle of Jutland
. London: Pen and Sword Military Classics.
ISBN
1-84415-300-2
.
- Campbell, John (1998).
Jutland: An Analysis of the Fighting
. London: Conway Maritime Press.
ISBN
1-55821-759-2
.
- Gardiner, Robert; Chesneau, Roger, penyunting (1980).
Conway's All the World's Fighting Ships, 1922?1946
. Annapolis: Naval Institute Press.
ISBN
0-87021-913-8
.
- Gardiner, Robert; Gray, Randal, penyunting (1984).
Conway's All the World's Fighting Ships: 1906?1922
. Annapolis: Naval Institute Press.
ISBN
0-87021-907-3
.
- Groner, Erich (1990).
German Warships: 1815?1945
. Annapolis: Naval Institute Press.
ISBN
0-87021-790-9
.
- Halpern, Paul G. (1995).
A Naval History of World War I
. Annapolis: Naval Institute Press.
ISBN
1-55750-352-4
.
- Herwig, Holger (1980).
"Luxury" Fleet: The Imperial German Navy 1888?1918
. Amherst: Humanity Books.
ISBN
978-1-57392-286-9
.
- Heyman, Neil M. (1997).
World War I
. Westport: Greenwood Publishing Group.
ISBN
0-313-29880-7
.
- Lambert, Nicholas (2012).
Planning Armageddon
. Cambridge: Harvard University Press.
ISBN
978-0-67406-149-1
.
- Massie, Robert K.
(2003).
Castles of Steel
. New York City: Ballantine Books.
ISBN
978-0-345-40878-5
.
- "New Apparatus for Coaling Warships".
Industrial Magazine
. Collingwood: The Browning Press.
6
(1): 65?66. 1907.
- Padfield, Peter
(2005).
The Great Naval Race: Anglo-German Naval Rivalry 1900?1914
. Edinburg: Birlinn.
ISBN
978-1-84341-013-3
.
- Sondhaus, Lawrence (2001).
Naval Warfare, 1815?1914
. London: Routledge.
ISBN
978-0-415-21478-0
.
- Staff, Gary (2006).
German Battlecruisers: 1914?1918
. Oxford: Osprey Books.
ISBN
1-84603-009-9
.
- Staff, Gary (2010).
German Battleships: 1914?1918 (Volume 1)
. Oxford: Osprey Books.
ISBN
978-1-84603-467-1
.
- Staff, Gary (2010).
German Battleships: 1914?1918 (Volume 2)
. Oxford: Osprey Books.
ISBN
978-1-84603-468-8
.
- Sweetman, Jack (1997).
The Great Admirals: Command at Sea, 1587?1945
. Annapolis: Naval Institute Press.
ISBN
978-0-87021-229-1
.
- Tarrant, V. E. (1995).
Jutland: The German Perspective
. London: Cassell Military Paperbacks.
ISBN
0-304-35848-7
.
- van der Vat, Dan (1986).
The Grand Scuttle
. Worcester: Billing & Sons Ltd.
ISBN
0-86228-099-0
.
- Woodward, David (1973).
The Collapse of Power: Mutiny in the High Seas Fleet
. London: Arthur Barker Ltd.
ISBN
0-213-16431-0
.
Templat:Armada Laut Lepas