Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aritmetik
(
Tulisan Jawi
: ?????????;
bahasa Greek
: αριθμ??
arithmos
, angka) merupakan cabangan paling lama dan paling asas
matematik
dan digunakan oleh hampir semua orang dalam kehidupan harian. Ia didefinisikan sebagai kajian yang merekod ciri asas pelbagai operasi melibatkan nombor. Aritmetik berhubung rapat dengan
teori nombor
matematik.
Operasi ini mencampurkan dua nombor (atau lebih) kepada satu nombor baru iaitu
jumlah
.
Penolakan merupakan operasi songsang penambahan. Hasil penolakan, iaitu
perbezaan
merupakan hasil tolakan
subtrahend
dari
minuend
. Kalau nilai minuend lebih besar daripada subtrahend, perbezaan akan menjadi nombor positif, dan vice versa. Kalau minuend sama dengan subtrahend, perbezaan akan menjadi
sifar
.
Pendaraban merupakan penambahan berkali-kali. Pendaraban antara dua nombor, dipanggil
faktor
menghasilkan
hasil darab
. Indentiti pendaraban ialah nombor 1, kerana apa-apa nombor yang didarab dengan 1 akan menghasilkan nombor itu yang sama.
Pembahagiab pula merupakan songsang operasi pendaraban. Pembahagian satu nombor oleh satu nombor yang lain menghasiklan
hasil darab
. Pembahagian sesuatu nombor oleh nombor sifar akan menghasilkan nombor tak tertakrif.
Operasi aritmetik lain termasuk
peratus
,
punca kuasa dua
,
pengeksponenan
, dan
fungsi logaritma
.