Arianisme
biasanya merujuk pada ajaran-ajaran agama yang diwarwarkan oleh seorang ahli agama,
Arius
(250-336) yang tinggal dan mengajar di
Iskandariah
,
Mesir
pada awal kurun ke-4. Ajaran-ajaran Arius yang paling kontroversi menyentuh hubungan antara
Tuhan Bapa
dan
diri Jesus
dan bertentangan ajaran
Triniti
yang mendominasi Gereja (dan kemudiannya dipertahankan oleh Gereja Rom Katolik, Gereja Ortodoks Timur dan banyak mazhab Protestan).
Istilah
Arianism
juga merujuk pada sistem-sistem keagamaan
bukan triniti
yang lain pada kurun ke-4 yang menganggap Anak Tuhan,
Logos
sebagai makhluk (sebagaimana dalam Arianisme asli dan
Anomoeanism
) atau sebagai makhluk dan tidak pula bukan makhluk dalam ertikata kejadian lain (sebagaimana dalam separa Arianisme).
Arius mengajar yang
Tuhan Bapa
dan
Tuhan Anak
adalah tidak wujud bersama-sama secara abadi. Malahan, Arius mengajar yang Jesus yang sebelum
inkarnasi
adalah zat yang dicipta (dan berkemungkinan lebih rendah tarafnya daripada) Bapa pada sesetengah bahagian, iaitu sebelum dicipta, Anak tidak pernah wujud. Dalam karya-karya berbahasa Inggeris, kadang kala dikatakan bahawa golongan Arius ini mempercayai bahawa Jesus adalah atau pernah menjadi "makhluk"; dalam konteks ini, perkataan tersebut digunakan dalam ertkatanya yang sebenar iaitu "zat yang telah diciptakan".
Dalam banyak-banyak ketidaksefahaman di dalam
Gereja
, kontroversi Arius ini mempunyai kekuatan dan kuasa terbesar di dalam konflik agama dan politik, dengan pengecualian mungkin pada
Reformasi Protestan
. Konflik antara Arianisme dan kepercayaan Triniti adalah konfrontasi utama yang pertama di dalam Gereja selepas pengesahan agama Kristian oleh Maharaja Rom,
Constantine I
.
Kontroversi terhadap Arianisme mula melonjak pada akhir kurun ke-3 dan berlanjutan sehingga sebahagian besar kurun ke-4 dan membabitkan banya anggota-anggota gereja, penganut-penganut biasa, para paderi, para biarawan, para biskop, maharaja dan malahan keluarga diraja Rom. Pun begitu, kontroversi dalam Gereja yang sebegini luas tidak berlanjutan pada kurun ke-3 dan 4, tanpa pengaruh penting sejarah yang telah menyediakan asas-asas kepercayaan golongan Arianisne. Kebanyakan pengkaji sejarah Kristian
ortodoks
atau dari
aliran utama
mentakrifkan konflik golongan Arianisme dan menghadkannya sebagai gerakan eksklusif Arius dan segolongan kecil para biskop yang terlibat dalam gerakan "
ajaran sesat
". Dalam anggaran hingga 300 orang biskop yang menghadiri
Persidangan Pertama Nicea
, hanya tiga orang biskop yang tidak mahu menandatangani
Syahadat Nicea
.
Bagaimana pun, kini terdapat bukti-bukti bahawa terdapat pandangan berbeza yang sangat meluas mengenai sifat semulajadi Jesus yang dipercayai oleh penganut-penganut Kristian di dalam
Gereja Terawal
. Hanya setelah perbalahan mengenai Arius mempolitikkan debat dan mendapat penyelesaian "katolik" bagi perdebatan itu dicari, dengan majoriti besar berpegang pada ajaran triniti, ajaran Arius kemudian dengan secara rasminya diisytihar sebagai ajaran
bidaah
. Namun yang ironinya tentang ini, Gereja Roman Katolik mensucikan paderi
Lucian dari Antioch
sebagai seorang pemimpin Kristian terawal yang bijaksana dan berbakat sebagai
mati syahid
, sekalipun Lucian didakwa mengajar perkara yang hampir serupa dengan apa yang dikenali kemudiannya sebagai Arianisme. Arius adalah salah seorang pelajar dari
akademi persendirian Lucian di Antioch
. Golongan
Ebionit
juga yang berada di kelompok Kristian terawal, juga mungkin pernah mempercayai malahan mempertahankan pegangan yang serupa yang dapat dikaitkan dengan ajaran Arianisme.