NME Awards
|
---|
|
Penghargaan
| Pencapaian memukau dalam Industri Musik
|
---|
Negara
|
United Kingdom
|
---|
Disampaikan oleh
| New Musical Express
|
---|
Anugerah pertama
| 1953-1971 (NME Poll Winners Concerts) 1994-2000 (NME Brat Awards) 2002-
Kini
(NME Awards)
|
---|
Laman web rasmi
| nme
.com
/awards
|
---|
Anugerah NME
(
bahasa Inggeris
:
NME Awards
) adalah sebuah majlis penganugerahan musik tahunan yang popular di
United Kingdom
, dianjurkan majalah musik
NME
(
New Musical Express
). Acara anugerah pertama diadakan pada 1953 sebagai
NME Poll Winners Concerts
sebelum majalah itu mula terbit. Penganugerahan ini diadakan dengan serius namun akan ada juga segmen yang menghiburkan untuk melegakan tekanan dalam kalangan hadirin dan penonton yang menyaksikan; terutamanya dengan wujudnya kategori yang pernah dipertandingkan seperti "Musuh Tahunan" dan "Album Terburuk". Trofi yang diberikan kepada pemenang berbentuk simbol tangan yang menunjukkan isyarat jari hantu (Middle Finger).
Penganugerahan bermula sebagai
NME Poll Winners Concert and awards ceremonies
pada 1952/1953. Acara diteruskan sehingga 1972 bilamana konsert dirakam dan disiarkan menerusi
ITV
.
The Beatles
dan
The Rolling Stones
sering ditampilkan. Majlis pernah diadakan di
Royal Albert Hall
dan di Empire Pool, Wembley.
Penganugerahan diadakan pada 1994 sebagai
NME Brat Awards
sebuah anugerah setaraf
Brit Awards
. Majlis anugerah pada mulanya disokong oleh beberapa kugiran dan penggiat dunia musik
Britpop
dengan Kumpulan Oasis menjadi kumpulan pertama dizaman moden memenangi lebih daripada 3 anugerah. Sekali lagi pada 1996 Oasis memenangi 4 anugerah termasuk - Kugiran Terbaik, Kugiran Siaran Langsung Terbaik, Album Terbaik menerusi (
(What's the Story) Morning Glory?
) dan Single Terbaik menerusi "Wonderwall".
Kemudian pada dekad yang sama diikuti Kumpulan Manic Street Preachers (Menang 4 Anugerah pada 1999) dan Kumpulan Blur (Menang 3 Anugerah pada 2000).
Pada 2002, Anugerah itu menonjolkan sokongan NME kepada "Revolusi Rock Baru" oleh Garage Rock revival, dengan
The Strokes
memenangi tiga anugerah (Penggiat Baru Terbaik, Album Terbaik, dan Kugiran Terbaik Tahun Ini).
Selepas majlis anugerah pada 2002, sebuah artikel di
telegraph.co.uk
melaporkan para pemenang di
NME awards
"adalah hampir sama" dengan para pemenang di
Brit Awards
dan dikritik sebagai tindakan hipokrit terhadap nilai komersil
Brit Awards
.
[1]
Pada 2003, Nick Jago, pemain drum dari Kumpulan
Black Rebel Motorcycle Club
memberikan ucapan "senyap" yang berlangsung selama 7 minit menyebabkan beliau dikecam dan diberi sorakan berbaur kutukan sehingga memaksanya diusir dari pentas.
[
perlu rujukan
]
The Libertines
memenangi "Kugiran British Terbaik" pada 2004 dan 2005, termasuk anugerah "Kugiran Baru Terbaik" pada 2003.
Pada 2006,
Arctic Monkeys
menang anugerah "Kugiran Baru Terbaik" dan "Kugiran British Terbaik" pada tahun yang sama yang menjadikan mereka kugiran ketiga memenangi tiga anugerah dizaman moden. (Kugiran Baru Terbaik, Kugiran British Terbaik, Lagu Terbaik). Dalam ucapannya, penyanyi utama
Alex Turner
menyatakan bagaimana kecenderungan pemenang pada malam itu yang sering dimuatkan dalam keluaran bulanan majalah NME; "Siapa lagi yang akan jadi Kugiran British Terbaik? Kamu takkan tulis mengenai sesebuah Kugiran dengan kerap dan dan tidak memberitahu bahawa kalianlah Kugiran British Terbaik". Sementara itu pada tahun yang sama, Semasa Bob Geldof menerima penghargaan atas kerja kebajikannya, Beliau menggelar hos pada malam itu
Russell Brand
sebagai "puki". Ini mencetuskan sedikit kontroversi.
[2]
Pada tahun yang sama juga, Kumpulan
Kaiser Chiefs
dicalonkan untuk enam anugerah dan memenangi Album Terbaik untuk
Employment
.
Pada 2007,
Razorlight
menerima pencalonan
Album Terburuk
untuk Album "Razorlight", yang mana NME sendiri memberi rating 8/10. Ini menjadikan ia album paling tinggi dari segi rating yang menerima
Album Terburuk
.
Pada 2008, anugerah itu dikritik teruk di
The Guardian
kerana kurang memberi tumpuan kepada penggiat wanita.
[3]
Juga pada 2008, majlis disusuli
NME Big Gig
yang diadakan di O2 Arena, dimana
The Cribs
membuat persembahan bersama
Johnny Marr
, disusuli oleh
Klaxons
,
Bloc Party
,
Kaiser Chiefs
, dan
Manic Street Preachers
.
Pada 2009, Kumpulan Oasis mencipta rekod tercalon dalam 7 anugerah, sementara itu Anugerah
Musuh Tahunan
dirangkul oleh Presiden Amerika Syarikat ketika itu,
George W. Bush
untuk kali keenam berturut-turut.
The Killers
menerima anugerah ketiga mereka untuk "Kugiran Antarabangsa Terbaik".
Nota: Senarai ini hanya menyenaraikan pemenang utama (cth. Best Album, Best British Band, Best Track, dll.)
- National Musical Express
, 4 March 2006