Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing penuding Saint-Germain
Anjing penuding Saint-Germain
|
|
Tinggi
|
Jantan
|
56?62 cm (22?24 in)
|
---|
|
Betina
|
54?59 cm (21?23 in)
|
---|
Bulu
|
Pendek, tidak terlalu halus
|
---|
Warna
|
Putih pudar dengan tanda-tanda jingga (perang kekuning-kuningan)
|
---|
|
|
Anjing
(
Canis lupus familiaris
)
|
Anjing penuding Saint-Germain
[a]
ialah satu
baka
anjing
bersaiz sederhana yang merupakan pemburu serba guna yang digunakan untuk
perburuan
sebagai
gundog
dan
anjing penuding
serta untuk pemburuan buruan kecil lain. Baka ini dihasilkan pada sekitar tahun 1830 dengan penyilangan baka-baka anjing jenis penuding Inggeris dan Perancis.
Anjing ini ialah anjing penuding tipikal dengan binaan sederhana dan
lapis bulu
perang kekuning-kuningan dan putih menarik, telinga labuh, dan ekor panjang yang terangkat separas semasa anjing bekerja. Anjing penuding Saint-Germain berdiri setinggi 56?62 sentimeter (22?24 in) pada paras
kelasa
dengan betina yang agak lebih kecil.
Setelah dibiakbakakan pertama kali di kenel diraja di
Compiegne
pada sekitar tahun 1830 daripada kacukan anjing penuding Inggeris dan benua, baka ini semakin masyhur di
Saint-Germain-en-Laye
, tempat yang menyumbangkan namanya. Walaupun sebagai anjing pemburu popular, baka ini mencapai kemasyhuran terbesarnya sebagai
anjing pertunjukan
. Bermula daripada pertunjukan anjing pertama di Perancis pada tahun 1863, ia merupakan baka anjing penuding paling banyak ditunjukkan.
[1]
[2]
Kelab baka Perancis diasaskan pada tahun 1913. Baka ini diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh
Persekutuan Kinologi Antarabangsa
dalam Kumpulan 7, Anjing Penuding, Seksyen 1.1 Anjing Penuding Jenis Benua. Ia juga diiktiraf di Amerika Utara oleh
United Kennel Club
setakat tahun 2006.
[3]
Baka ini juga diiktiraf oleh sebilangan pejabat pendaftaran kecil, kelab pemburu, dan perniagaan pejabat pendaftaran anjing berasaskan Internet dan dipromosikan sebagai
baka jarang
untuk mereka yang mencari haiwan peliharaan unik.
Tiada masalah kesihatan luar biasa atau dakwanan kesihatan luar biasa yang telah didokumenkan untuk baka ini. Perangainya diperihalkan dalam piawaian baka sebagai perangan yang mempunyai mulut lembut (untuk mengutip tanpa merosakkan buruan), mengendalikan layanan kasar dengan baik, dan menjadi "pemburu di atas segalanya" yang menghargai kehidupan bersama dengan keluarga manusianya.
[1]
[2]
- ^
Jawi
:
????? ?????? ???-??????
;
Perancis
:
braque saint-germain
;
bahasa Inggeris
:
Saint-Germain pointing dog; Saint-Germain pointer