한국   대만   중국   일본 
Anjing penuding Ariege - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Anjing penuding Ariege

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing penuding Ariege
Anjing penuding Ariege, kira-kira tahun 1915
Negara asal Perancis
Trait
Tinggi Jantan 60?67 cm (24?26 in)
Betina 56?65 cm (22?26 in)
Anjing ( Canis lupus familiaris )

Anjing penuding Ariege [a] ialah satu baka anjing pemburu Perancis daripada jenis penuding . Ia berasal dari departement Ariege di Occitanie , di Perancis barat daya.

Sejarah dan kegunaan [ sunting | sunting sumber ]

Jenis anjing yang digunakan oleh para pemburu di departement Ariege di Occitanie dikatakan diturunkan daripada anjing yang merupakan silangan antara anjing penuding Burgos dengan anjing penuding Itali . [1]

Populasi berkurangan semasa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua [2] [3] dan, pada tahun 1990, sepasukan pembiak baka berkeputusan untuk membaktikan diri mereka kepada kemandirian anjing penuding Ariege, khususnya Alain Deteix. Beliau mengetuai pasukan pembiak baka itu dan membaktikan diri untuk menghidupkan baka ini semula. [4]

Ia sangat sesuai untuk memburu kelinci liar dan partridge . [4]

Penampilan [ sunting | sunting sumber ]

Anjing penuding Ariege

Anjing penuding Ariege ialah anjing berperkadaran normal dengan telinga labuh. Ekornya secara tradisional terpotong . Lapis bulunya pendek dan kebanyakannya putih, berbintik-bintik dengan tompok besar dengan warna yang diperihalkan sebagai jingga, hati, atau perang berangan pada kepala dan telinga. Saiznya ialah kira-kira 60?67 sentimeter (24?26 in) untuk ketinggian pada paras kelasa . Anjing baka ini patut kelihatan berkuasa namun tanpa rasa berat berlebihan, tegap, dan kuat. [2] [3] Ia cepat, bertenaga, dan sangat berdikari, dan, oleh itu, memerlukan latihan dan aktiviti kerap.

Lihat juga [ sunting | sunting sumber ]

Catatan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Jawi : ????? ?????? ????? ; Perancis : braque de l'Ariege ; bahasa Inggeris : Ariege pointing dog; Ariege pointer

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Clark, Anne Rogers ; Andrew H. Brace (1995). The International Encyclopedia of Dogs (dalam bahasa Inggeris). Howell Book House. m/s. 144. ISBN   0-87605-624-9 .
  2. ^ a b "Standard FCI N° 177 BRAQUE DE L'ARIEGE" [Piawaian FCI No. 177 Anjing Penuding Ariege] (pdf) . Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 15 September 2023 . Dicapai pada 4 Mac 2024 .
  3. ^ a b "FCI-Standard N° 177 BRAQUE DE L'ARIEGE (Ariege Pointing Dog)" [Piawaian FCI No. 177 Anjing Penuding Ariege] (pdf) . Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Peggy Davis. Paling terkini dipinda oleh Fleur-Marie Missant. 15 September 2023 . Dicapai pada 4 Mac 2024 . CS1 maint: others ( link )
  4. ^ a b Arthus-Bertrand, Yann (1993). Dogs (dalam bahasa Inggeris). Cassel & Co. m/s. 270. ISBN   0-304-35630-1 .

Pautan lain [ sunting | sunting sumber ]