Anjing pemburu bejar Alp
Anjing pemburu bejar Alp
|
Nama lain
| Dachsbracke
Alp
|
---|
Negara asal
| Austria
|
---|
|
Berat
|
33?40 paun (15?18 kg)
|
---|
Tinggi
|
13?16 inci (33?41 cm)
|
---|
Bulu
|
Padat, pendek, licin
|
---|
Warna
|
Merah rusa gelap, kadang-kadang bulu hitam
|
---|
Jangka hayat
|
Sekitar 12 tahun
|
---|
|
|
Anjing
(
Canis lupus familiaris
)
|
Anjing pemburu bejar Alp
atau
dachsbracke
Alp
[a]
ialah satu
baka
anjing
kecil daripada
jenis
anjing pemburu bau
yang berasal dari
Austria
. Anjing pemburu bejar Alp dibiakbakakan untuk menjejak
rusa
terluka serta
babi hutan
,
kelinci
, dan
rubah
. Ia sangat cekap dalam mengikuti jejak walaupun sudah malis. Anjing pemburu bejar Alp adalah sangat teguh.
Anjing kecil ini mempunyai kemiripan sedikit dengan
dachshund
, dengan tungkai pendek (namun lebih panjang daripada tungkai
dachshund
) dan tubuh panjang. Lapis bulunya padat, pendek, namun licin kecuali di bahagian ekor dan leher. Mata bulatnya mempunyai wajah bersemangat. Sebagai anjing sangat teguh, anjing pemburu bejar Alp jelas tegap dan mempunyai struktur bertulang besar.
Warna pilihan dalam pertandingan ialah merah rusa gelap dengan bulu hitam sedikit berselang-seli atau tanpa bulu hitam sedemikian. Hitam dengan tanda-tanda merah-perang di kepala, di dada, di tungkai, di kaki, dan di ekor juga diizinkan, serta bintang putih di dada (menurut American Rare Breed Association). Ketinggian unggul untuk anjing jantan ialah 37?38 cm (15?15 in) dan ketinggian unggul untuk anjing betina pula ialah 36?37 cm (14?15 in). Anggota dan kaki kuat, dengan cakar hitam dan jari ketat serta kulit kenyal kuat, merupakan ciri yang dicari oleh para hakim dalam pertandingan. Mereka juga mencari gaya jalan ligas. Lapis bulu atas patut sangat tebal, lapis bulu bawah pula padat, dan kedua-duanya rapat dengan tubuh.
[1]
Anjing pemburu bejar Alp berukuran seberat 15?18 kg (33?40 lb) dan berdiri setinggi 34?42 cm (13?17 in) pada paras
kelasa
. Ia kerap dibandingkan dengan
dachshund
kerana kedua-duanya sangat serupa dari segi penampilan.
Baka ini yang digunakan secara cekap untuk menjejak rusa terluka dapat bekerja malah di rupa bumi mencabar dan di altitud tinggi. Ia dapat menjadi pendamping baik, walaupun ia terutamanya meruakan pemburu dan dibela kebanyakannya oleh para pemburu. Ia mempunyai keperibadian berani, mesra, dan cerdas. Kebanyakan anjing pemburu bejar Alp sangat baik dengan kanak-kanak dan baik juga dengan anjing dan haiwan peliharaan lain, walaupun mungkin menunjukkan kecenderungan pemangsaan kuat yang tipikal bagi banyak anjing pemburu bau.
Dachsbracke
Alp, seperti
bracke
lain, dapat dijejak kembali ke pertengahan abad ke-19.
Dachsbracke
dibiakbakakan untuk mengecil dengan menyilangkan anjing lebih besar dengan
dachshund
. Ia pernah menjadi kegemaran kerabat diraja Jerman. Semasa tahun 1880-an,
dachsbracke
Alp menemani Putera Mahkota Rudolf dari Habsburg dalam perjalanan perburuan ke Mesir dan ke Turki.
Persekutuan Kinologi Antarabangsa
mengiktiraf anjing pemburu bejar Alp dalam Kumpulan 6, Anjing Pemburu Bau, Seksyen 2,
Hound
Bercawak dengan
anjing pemburu bau gunung Bavaria
dan
anjing pemburu bau Hanover
[2]
[3]
Satu-satu kelab kenel besar di dunia berbahasa Inggeris yang mengiktiraf anjing pemburu bejar Alp ialah
United Kennel Club
dalam
Kumpulan Anjing Pemburu Bau
-nya, tetapi pihak mereka menggunakan piawaian baka Persekutuan Kinologi Antarabangsa.
[4]
Baka ini juga diiktiraf oleh sebilangan pejabat pendaftaran kecil, kelab perburuan, dan perniagaan pejabat pendaftaran berdasarkan Internet.