Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu
Inggeris-Perancis dan Perancis
ialah satu
jenis
anjing
pemburu
am yang termasuk anjing pemburu Perancis purba dan baka dicipta dengan pengacukan anjing Perancis dengan
anjing pemburu rubah
Inggeris. Ada tujuh
baka
anjing
yang digambarkan sebagai anjing pemburu Inggeris-Perancis dan Perancis.
- Anjing triwarna Perancis
, anjing pemburu klasik yang mengikuti pemburu di belakang kuda. Serupa dengan
anjing Poitou
.
[1]
- Anjing putih dan hitam Perancis
, yang asal berubah ansur selama berabad-abad dan dipengaruhi pada abad ke-19 dengan silangan dengan anjing Poitou dan
anjing Gascogne Saintonge
.
[2]
- Anjing putih dan jingga Perancis
- Anjing pemburu Inggeris-Perancis putih dan hitam besar
, pada asalnya daripada jenis anjing kacuk Inggeris Saintonge abad ke-19, satu silangan anjing Saintonge dengan anjing pemburu rubah.
- Anjing pemburu Inggeris-Perancis triwarna besar
, baka anjing pemburu Perancis paling dipengaruhi oleh anjing pemburu rubah.
- Anjing pemburu Inggeris-Perancis putih dan jingga besar
, pada asalnya daripada silangan antara
anjing Billy
dengan anjing pemburu rubah, menunjukkan banyak ciri jenis anjing pemburu rubah Inggeris.
[3]
- Anjing pemburu buruan kecil Inggeris-Perancis
(
Perancis
:
anglo-francais de petite venerie
), dicipta dengan penyilangan
harrier
dengan anjing Poitou,
porcelaine
,
anjing Gascogne Saintonge kecil
dan
anjing Gascogne biru kecil
.
De petite venerie
merujuk anjing digunakan terhadap buruan lebih kecil, seperti arnab, bukan saiz anjing.
Nama-nama ini menggantikan nama-nama lama pada 1957, apabila diputuskan untuk menambahkan "Inggeris-Perancis" kepada nama semua baka
hound
yang telah disilangkan dengan anjing pemburu rubah. "
Grand
" (bahasa Perancis untuk "besar") tidak bererti bahawa anjing ini terutamanya besar, tetapi sebenarnya ia diperburukan dalam kawanan besar. Pemburuang dengan
hound
pada asalnya dilakukan dalam dua gaya,
chasse-a-courre
, yang melibatkan kawanan mengejar dan membunuh haiwan buruan, dan
chasse-a-tir
, yang melibatkan kawanan (atau kadang-kadang anjing individual) mengelilingi haiwan buruan dan mengejarnya kembali ke arah pemburu yang menunggu.
[4]
Hound
memburu secara individu tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan, kerana memerlukan banyak ruang, senaman, dan pengendalian berpengalaman. Kebanyakan baka biasanya dibela dalam kawanan atau 20 sehingga 100 ekor anjing. Anjing pemburu Inggeris-Perancis dan Perancis dibiakbakakan sebagai anjing pemburu, bukan sebagai anjing peliharaan atau untuk pertunjukan, dan didaftarkan melalui Societe Centrale Canine (Persatuan Pusat Kanin) dan Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Sesetengah anjing daripada baka ini telah dieksport ke Amerika Utara dan diiktiraf oleh
United Kennel Club
, yang khas untuk
hound
pemburu selama betahun-tahun. Anjing lain daripada baka ini, terutamanya anjing pemburu buruan kecil Inggeris-Perancis, dibiakbakakan di Amerika Utara untuk pasaran haiwan peliharan
baka jarang
, dan didaftarkan melalui sebilangan pejabat pendaftaran kecil dan perniagaan pendaftaran anjing Internet. Satu nama baka tambahan, kelihatan dicipta di Amerika Utara, anjing pemburu buruan sederhana Inggeris-Perancis, kadang-kadang dilihat diiklankan.
- Philippe Salvadori, La Chasse sous l'Ancien Regime, Fayard, Paris, 1996 (
ISBN 2-213-59728-6
)