한국   대만   중국   일본 
Anjing gembala Pyrenees - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Anjing gembala Pyrenees

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing gembala Pyrenees
Anjing gembala bermuka licin Pyrenees
Nama lain Labrit
Labri
Nama ringkas Petit berger (gembala kecil)
Negara asal Perancis
Trait
Berat 8?15 kilogram (18?33 lb)
Tinggi Jantan 40?54 sentimeter (16?21 in)
Betina 38?52 sentimeter (15?20 in)
Bulu Panjang atau separa panjang dan padat
Warna Perang kekuning-kuningan, brindle kelabu, hitam, atau biru, dapat bertindih dengan hitam dan kadang-kadang dengan sedikit putih pada dada dan pada anggota
Anjing ( Canis lupus familiaris )

Anjing gembala Pyrenees [a] ialah suatu baka anjing gembala bersaiz kecil hingga sederhana dari rantau Pergunungan Pyrenees di Perancis . Ia terdapat di serata Pyrenees sambil menggembala kawanan biri-biri bersama dengan anjing gunung Pyrenees yang lebih besar yang dibela sebagai anjing penjaga haiwan ternakan .

Anjing gembala Pyrenees terdapat dalam tiga jenis lapis bulu, yang berbulu panjang dan berbulu kambing (yang bersama-sama dipanggil anjing gembala berbulu panjang Pyrenees [b] ) serta yang bermuka licin (yang dipanggil anjing gembala bermuka licin Pyrenees [c] ); yang bermuka licin diiktiraf sebagai terpisah daripada yang berbulu panjang oleh Societe Centrale Canine .

Sejarah [ sunting | sunting sumber ]

Anjing gembala Pyrenees terdapat di sepanjang keseluruhan Pergunungan Pyrenees Perancis dan malah dikenali di Negara Basque di sebelah barat. [1] Baka ini merupakan salah satu daripada sebilangan baka jenis gembala biri-biri berbulu kasar serupa yang terdapat di serata Eropah termasuk anjing gembala Brie dan anjing gembala Picardie dari Perancis, anjing berjanggut Terceira dan anjing Serra de Aires dari Azores dan Portugal, anjing gembala tanah pamah Poland dari Poland, anjing gembala Catalonia dari Catalonia, anjing gembala Fonni dari Sardinia, collie berjanggut , collie sempadan , collie kasar , dan hillman Wales yang pupus dari Britain, schafpudel dari Jerman, dan schapendoes ; dari Belanda, serta anjing Armant dari Mesir (diturunkan daripada briard Perancis). [2] Sebilangan sarjana percaya bahawa leluhur kepada anjing-anjing jenis gembala ini mungkin diperkenalkan ke Eropah semasa penghijrahan Indo-Eropah lebih daripada 4,000 tahun lalu yang kemudian tersebar ke seluruh benua dan ber-evolusi melalui pembiakbakaan terpilih menjadi baka-baka rantauan dengan ciri-ciri fizikal tertentu yang memenuhi keperluan atau keutamaan rantau masing-masing. [2]

Secara tradisional, anjing gembala Pyrenees ialah salah satu daripada dua baka yang dipelihara oleh gembala di Pyrenees. Anjing gunung Pyrenees yang lebih besar digunakan sebagai penjaga kawanan ternakan , yang melindungi kawanan daripada pemangsaan daripada pemangsa tempatan (khususnya serigala ), serta daripada pencuri; anjing gembala Pyrenees yang lebih kecil digunakan untuk menggembala biri-biri, iaitu satu fungsi penting pada bulan-bulan musim panas apabila biri-biri dibawa untuk meragut di padang ragut pergunungan. [1] [3] [4]

Anjing Gembala Pyrenees pertama kali diiktiraf oleh Societe Centrale Canine pada tahun 1926; kini, mereka mengiktirafnya sebagai dua baka, yang pertama berbulu panjang [b] dan yang kedua bermuka licin [c] . [1] [2] [4]

Anjing Gembala Pyrenees masih digunakan sebagai anjing gembala di rantau Pyrenees. Di Perancis, baka ini kadangkala dipanggil Labrit atau Labri atau Berger des Pyrenees ("[anjing] gembala Pyrenees"). Ia kerap dirujuk sebagai Petit Berger yang memaksudkan "gembala kecil". [1] [2] [3] [4]

Perihal [ sunting | sunting sumber ]

Penampilan [ sunting | sunting sumber ]

Anjing gembala Pyrenees ialah baka kecil hingga sederhana (baka gembala terkecil Perancis) yang menyerupai anjing gembala Picardie yang kecil; ia biasanya berdiri setinggi 38?56 sentimeter (15?22 in); [1] [4] piawaian baka menyatakan bahawa jantan berbulu panjang adalah setinggi 40?50 sentimeter (16?20 in) dan betina pula setinggi 38?48 sentimeter (15?19 in), manakala jantan bermuka licin adalah setinggi 40 hingga 54 sentimeter (16 hingga 21 in) dan betina pula 40?52 sentimeter (16?20 in). [5] [6] [7] [8] Baka ini berukuran seberat 8?15 kilogram (18?33 lb). [4] Baka ini mempunyai tubuh langsing dan atletik yang memberikan kedua-dua kelajuan dan daya ketahanan seperti hal tipikal pada anjing gembala lebih kecil; kedua-dua keragaman secara anatomi hampir serupa, walaupun keragaman bermuka licin diperihalkan sebagai keragaman dengan tubuh lebih pendek sedikit dan kaki lebih padat. [1] Baka ini dianggap sangat tahan lasak dan tubuhnya memberikan stamina mengagumkan, terutamanya memandangkan altitud yang menjadi tempat kerjanya, ia semudahnya mengerjakan lebih daripada 32 kilometer (20 bt) dalam sehari. [1]

Lapis bulu anjing gembala Pyrenees mungkin sederhana (dikenali sebagai berbulu kambing) atau panjang; keragaman berbulu panjang mempunyai bulu lebih panjang pada muka manakala keragaman bermuka licin mempunyai bulu jauh lebih pendek pada mukanya. [1] [2] [4] Lapis bulu baka ini memberikan perlindungan cemerlang daripada cuaca ekstrem, khususnya keragaman berbulu panjang, variasi yang terlihat pada lapis bulu baka ini ialah petunjuk bahawa baka ini dibiakbakakan terutamanya untuk keupayaan kerja dan bukan untuk penampilan. [1] [4] Baka ini mungkin berwarna perang kekuning-kuningan, kelabu, biru, brindle , atau hitam yang mungkin bertindih dengan warna hitam dan juga dapat mempunyai sedikit putih pada bahagian dada dan anggota tubuh. [1] [4]

Secara tradisional, telinga dan ekor anjing gembala Pyrenees dipotong walaupun adat ini tidak lagi umum kerana tatacaranya terbatas/dilarang di banyak negara. [1]

Perangai [ sunting | sunting sumber ]

Anjing gembala Pyrenees ialah baka amat aktif, kadang-kadang digambarkan sebagai 'bola api', ia sangat cerdas dan tajam akal, nakal, mempunyai tindak balas cepat, dan tenaga saraf banyak; seperti banyak baka anjing gembala , baka ini agak curiga terhadap orang asing walaupun keragaman bermuka licin dikatakan kurang sedemikian. [1] [3]

Lihat juga [ sunting | sunting sumber ]

Catatan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Jawi : ????? ?????? ?????? ; Perancis : chien de berger des Pyrenees; berger des Pyrenees ; Sepanyol : perro pastor de los Pirineos; pastor de los Pirineos ; bahasa Inggeris : Pyrenean sheepdog
  2. ^ a b Jawi : ????? ?????? ?????? ???? ?????? ; Perancis : chien de berger des Pyrenees a poil long; berger des Pyrenees a poil long ; Sepanyol : perro pastor de los Pirineos de pelo largo; pastor de los Pirineos de pelo largo ; bahasa Inggeris : long-haired Pyrenean sheepdog
  3. ^ a b Jawi : ????? ?????? ????? ????? ?????? ; Perancis : chien de berger des Pyrenees a face rase; berger des Pyrenees a face rase ; Sepanyol : pastor de los Pirineos de cara rasa ; bahasa Inggeris : smooth-faced Pyrenean sheepdog

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l Morris, Desmond (2001). Dogs: the ultimate dictionary of over 1,000 dog breeds (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 423?424. ISBN   1-57076-219-8 .
  2. ^ a b c d e Hancock, David (2014). Dogs of the shepherds: a review of the pastoral breeds (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Wiltshire: The Crowood Press Ltd. m/s. 86?89 & 94?97. ISBN   978-1-84797-808-0 .
  3. ^ a b c Alderton, David (1987). The dog: the most complete, illustrated, practical guide to dogs and their world (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: New Burlington Books. m/s. 90. ISBN   0-948872-13-6 .
  4. ^ a b c d e f g h Fogle, Bruce (2009). The encyclopedia of the dog (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: DK Publishing. m/s. 258. ISBN   978-0-7566-6004-8 .
  5. ^ "FCI-Standard n° 141 CHIEN DE BERGER DES PYRENEES A POIL LONG" [Piawaian FCI No. 141 Anjing Gembala Berbulu Panjang Pyrenees] (pdf) . Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 25 Mei 2009 . Dicapai pada 15 Januari 2024 .
  6. ^ "FCI-Standard N° 141 CHIEN DE BERGER DES PYRENEES A POIL LONG (Pyrenean Sheepdog Long-Haired)" [Piawaian FCI No. 141 Anjing Gembala Berbulu Panjang Pyrenees] (pdf) . Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Jennifer Mulholland secara usaha sama dengan Raymond Triquet. 25 Mei 2009 . Dicapai pada 15 Januari 2024 . CS1 maint: others ( link )
  7. ^ "Standard FCI N° 138 CHIEN DE BERGER DES PYRENEES A FACE RASE" [Piawaian FCI No. 138 Anjing Gembala Bermuka Licin Pyrenees] (pdf) . Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 2 April 2001 . Dicapai pada 15 Januari 2024 .
  8. ^ "FCI-Standard N° 138 CHIEN DE BERGER DES PYRENEES A FACE RASE (Pyrenean Sheepdog, Smooth-Faced)" [Piawaian FCI No. 138 Anjing Gembala Bermuka Licin Pyrenees] (pdf) . Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Pamela Jeans-Brown. Disemak oleh Alain Pecoult dan Raymond Triquet. 15 April 2005 . Dicapai pada 15 Januari 2024 . CS1 maint: others ( link )

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]