Anjing gembala Eropah Timur
|
|
Tinggi
|
Jantan
|
67?72 cm (26?28 in)
[1]
|
---|
|
Betina
|
62?67 cm (24?26 in)
[1]
|
---|
|
Anjing
(
Canis lupus familiaris
)
|
Anjing gembala Eropah Timur
[a]
ialah satu
baka
anjing gembala biri-biri
Ukraine dan Rusia. Ia
dibiakbakakan secara terpilih
di
Kesatuan Soviet
daripada
anjing gembala Jerman
untuk mewujudkan anjing lebih besar dengan daya ketahanan lebih baik terhadap keadaan sejuk dan diniatkan untuk kerja
ketenteraan
dan
pengawalan
.
[2]
[3]
[4]
Anjing gembala Eropah Timur
dibiakbakakan
di
Kesatuan Soviet
pada awal abad kedua puluh. Pada tahun 1920-an, sebilangan
anjing gembala Jerman
diimport dari Jerman ke
Republik Sosialis Soviet Ukraine
. Di sana, program pembiakbakaan diasaskan dengan tujuan adaptasi baka ini kepada keadaan iklim mencabar Kesatuan Soviet. Selama beberapa dekad pembiakbakaan terpilih, suatu bentuk jelas berbeza bagi anjing gembala telah diwujudkan daripada yang dikenali di Barat;
[2]
[3]
mulai tahun 1950, ini dinamai anjing gembala Eropah Timur.
[4]
Walaupun pada mulanya baka ini berpusat di Ukraine, ia kemudian tersebar ke serata Kesatuan Soviet, namun ia mengalami kesukaran semasa
Perang Patriotik Besar
.
[2]
[3]
Pada penghujung peperangan, terdapat banyak import anjing gembala Jerman dari Jerman; pengimportan adalah mustahil sebelum peperangan.
[4]
Anjing gembala Eropah Timur digunakan banyak-banyak oleh pihak tentera dan polis dalam Kesatuan Soviet sebagai anjing pengawal dan anjing penghidu. Ia merupakan kegemaran
KGB
, yang hanya pernah membela contoh-contoh hitam padu; jika seekor anak anjing bukan hitam tunggal lahir dalam perinduk yang dibiakbakakan oleh KGB, seluruh perinduk dimusnahkan dan pembiakbakaan itu tidak diulangi.
[2]
[3]
Piawaian baka
diluluskan pada tahun 1955 oleh Jawatankuasa Pusat USSR
DOSAAF
dan, pada tahun 1964, oleh Presidium Persekutuan Pembiakbakaan Anjing Khidmat.
[4]
Anjing gembala Eropah Timur kini ialah antara baka anjing paling banyak di Rusia dan di beberapa buah negara bekas anggota Soviet.
[3]
Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017, anjing gembala Eropah Timur diiktiraf oleh
Nordic Kennel Union
[
da
]
dan, dengan itu, diiktiraf oleh
Dansk Kennel Klub
[
da
]
,
Suomen Kennelliitto
,
Hundaræktarfelag Islands
,
Norsk Kennel Klub
[
no
]
, dan
Svenska Kennelklubben
.
[5]
[6]
Anjing gembala Eropah Timur adalah lebih besar dengan ketara daripada anjing gembala Jerman dan menunjukkan banyak
dimorfisme seks
: jantan biasanya berdiri setinggi 67?72 cm (26?28 in) pada paras
kelasa
namun sesetengah dapat menjadi setinggi 74 cm (29 in); betina pula biasanya setinggi 62?67 cm (24?26 in).
[1]
[2]
Lapis bulunya padat dan sederhana panjang dengan lapis bulu bawah cukup terbentuk dan kerap dengan helaian bulu lembut lebih panjang pada telinga, leher, anggota, dan ekor. Ia mungkin hitam dan sawo matang,
sabel
, atau hitam padu; anjing
brindle
atau anjing putih adalah jarang.
[2]
[3]
Matanya mungkin perang, ambar, atau biru; mata berwarna ganjil diketahui. Telinganya panjang dan tegak dan kakinya besar dengan jari kaki panjang yang memberikan penampilan mirip kasut salji.
[3]
Baka ini dianggap amat cerdas, berani, tekun, dan tabah dan para pemilik kerap memerihalkan perangainya serupa dengan perangai
anjing Dobermann
.
[2]
[3]
- ^
Jawi
:
????? ?????? ?????? ?????
;
Rusia
:
восто?чноевропейская овча?рка; восто?чно-европейская овча?рка
,
rumi:
vosto?nojevropejskaja ov?arka; vosto?no-jevropejskaja ov?arka
;
Bahasa Ukraine
:
сх??дно?вропе?йська в?вча?рка
;
bahasa Inggeris
:
East European shepherd dog; East European shepherd
- ^
a
b
c
Стандарт породы
(Rusia)
. Kelab Kebangsaan Baka Anjing Gembala Eropah Timur. Dicapai pada 21 Mac 2024.
- ^
a
b
c
d
e
f
g
Morris, Desmond
(2001).
Dogs: the ultimate dictionary of over 1,000 dog breeds
(dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 446?447.
ISBN
1-57076-219-8
.
- ^
a
b
c
d
e
f
g
h
Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1995).
Atlas of dog breeds of the world
(dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 351.
- ^
a
b
c
d
Немного истории породы ВЕО
(Rusia)
. Kelab Kebangsaan Baka Anjing Gembala Eropah Timur. Dicapai pada 21 Mac 2024.
- ^
[s.n.] (24 Oktober 2016).
NKU valkomnar tre nya hundraser
(Suec)
. Svenska Kennelklubben. Diarkibkan pada 25 Ogos 2018.
- ^
Welcome to the Nordic Kennel Union!
(Inggeris)
. Svenska Kennelklubben. Diarkibkan pada 3 Mac 2020.
Anjing berasal dari
Rusia
|
---|
Ekstan
| | |
---|
Pupus
| |
---|