Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Billy
Anjing pemburu Poitou, tahun 1915
|
Negara asal
| Perancis
|
---|
|
Tinggi
|
Jantan
|
60?70 cm (24?28 in)
|
---|
|
Betina
|
58?62 cm (23?24 in)
|
---|
Bulu
|
Pendek
Kasar kepada sentuhan
|
---|
Warna
|
Putih atau putih pudar; mungkin ada tompok atau mantel jingga atau lemon
|
---|
|
|
Anjing
(
Canis lupus familiaris
)
|
Anjing Billy
atau
billy
(
Sebutan bahasa Melayu:
[biji~bili]
)
[a]
ialah satu baka
anjing pemburu bau
besar yang berasal dari
Perancis
barat tengah.
Anjing Billy boleh berwarna putih tulen, putih pudar, atau kelabu, kadang-kadang dengan tompok jingga atau lemon pada kepala dan tubuh. Bulunya pendek, licin, kasar kepada sentuhan. Beratnya berukuran 72?104 lb (33?47 kg) dan tingginya berukuran 60?70 cm (24?28 in) pada paras bahu untuk jantan dan 58?62 cm (23?24 in) untuk betina.
Piawaian
Persekutuan Kinologi Antarabangsa
menyarankan bahawa anjing ini patut bercongklang dengan mudah dalam pergerakannya. Piawaian untuk baka ini diasaskan pada tahun 1885.
[1]
[2]
Anjing Billy tidak sesuai untuk rumah kecil kerana ia memerlukan banyak senaman dan susah dikekang serta amat pantas.
Anjing Billy dihasilkan oleh Monsieur Gaston Hublot de Rivault Taco pada abad ke-19, dan dinamai sempena rumah beliau
Chateau de Billy
di
Poitou
. Anjing Billy dihasilkan dengan menggabungkan tiga strain asli
anjing pemburu Poitou
, iaitu anjing Montembœuf, anjing Ceris, anjing Larrye. Sementara anjing pemburu Poitou modern lebih hampir menyerupai susur galur triwarna Larrye, Rivault lebih tertarik kepada warna-warna lebih pudar yang dikatikan dengan susur-susur galur Montembœuf dan Ceris, dan pewarnaan merupakan penentu utama dalam pemilihan baka pengasas.
[3]
Kawanannya disuraikan pada tahun 1927 dan baka ini hampir menghadapi kepupusan dengan hanya dua ekor anjing pemburu yang terselamat dalam
Perang Dunia Kedua
;
[4]
walau bagaimanapun, anak kepada de Rivault, iaitu Anthony, berusaha untuk menghidupkan baka ini semula melalui penggunaan cermat anjing pemburu Poitou,
anjing pemburu porselin
, dan
harrier
.
[5]
Anjing Billy merupakan salah satu baka pengasas yang digunakan dalam perkembangan
anjing pemburu putih dan jingga besar Inggeris-Perancis
pada hujung abad ke-19.
Anjing Billy kekal sebagai baka jarang, walaupun terdapat beberapa kawanan di negeri asalnya Perancis yang digunakan untuk memburu
rusa
roe
, dan dua kawanan untuk memburu
babi hutan
.
[6]
- ^
"Standard FCI N° 25 BILLY"
[Piawaian FCI No. 24 Anjing Billy]
(pdf)
.
Persekutuan Kinologi Antarabangsa
(dalam bahasa Perancis). 24 April 1997
. Dicapai pada
19 Disember
2023
.
- ^
"FCI-Standard N° 25 BILLY"
[Piawaian FCI No. 24 Anjing Billy]
(pdf)
.
Persekutuan Kinologi Antarabangsa
(dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Pn. Kincaid, dikemaskinikan oleh Dr. Paschoud. 24 April 1997
. Dicapai pada
19 Disember
2023
.
CS1 maint: others (
link
)
- ^
Alderton,
Hounds of the World
(Inggeris)
, hlm. 94.
- ^
Fogle,
The Encyclopedia of the Dog
(Inggeris)
, hlm. 196.
- ^
Alderton,
Hounds of the World
(Inggeris)
, hlm. 94?95.
- ^
Alderton,
Hounds of the World
(Inggeris)
, hlm. 95.
- Alderton, David,
Hounds of the World
(Inggeris)
, Swan Hill Press, Shrewsbury, United Kingdom, 2000,
ISBN
1-85310-912-6
.
- Cunliffe, Juliette,
The Encyclopedia of Dog Breeds
(Inggeris)
, Parragon, 2001,
ISBN
0-7525-6561-3
.
- Persekutuan Kinologi Antarabangsa,
Billy
, dicapai pada 19 Disember 2023.
- Fogle, Bruce,
The Encyclopedia of the Dog
(Inggeris)
, DK Publishing, New York, Amerika Syarikat, 2009,
ISBN
978-0-7566-6004-8
.
- Hancock, David,
Hounds: Hunting by Scent
(Inggeris)
, The Crowood Press Ltd, Marlborough, United Kingdom, 2014,
ISBN
978-1-84797-601-7
.