Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
Gambar kulit set kompilasi DVD
Angel Beats!
yang dikeluarkan
Section23 Films
, menampilkan watak utama (dari kiri ke kanan) Yuzuru Otonashi, Yuri Nakamura, dan Angel (Kanade Tachibana).
|
Genre
| Fantasi
[1]
|
---|
Diciptakan oleh
| Jun Maeda
|
|
Pengarah
| Seiji Kishi
|
---|
Penerbit
| |
---|
Skrip/Penulis
| Jun Maeda
|
---|
Lagu/Muzik
| - Jun Maeda
- Anant-Garde Eyes
|
---|
Studio
| P.A.Works
|
---|
Dilesenkan oleh
| |
---|
Penyiaran Asal
| CBC
,
BS11
,
MBS
,
RKB
,
TBS
,
TUT
|
---|
Tarikh tayangan
| 3 April 2010
?
26 Jun 2010
|
---|
Episod
| 13
(
Senarai episod
)
|
|
- Novel ringan
- Manga
|
|
|
Pengarah
| Seiji Kishi
|
---|
Studio
| P.A.Works
|
---|
Dilesenkan oleh
| |
---|
Dikeluarkan pada
| 22 Disember 2010
|
---|
Jangka masa tayangan
| 24 minit
|
|
|
Pengarah
| Seiji Kishi
|
---|
Studio
| P.A.Works
|
---|
Dikeluarkan pada
| 24 Jun 2015
|
---|
Jangka masa tayangan
| 29 minit
|
|
|
Portal Anime dan Manga
|
Angel Beats!
(
エンジェルビ?ツ!
,
Enjeru B?tsu!
)
merupakan
siri televisyen
anime
yang diterbitkan oleh
P.A.Works
dan
Aniplex
dan diarah oleh
Seiji Kishi
. Jalan ceritanya dibentuk secara asal oleh
Jun Maeda
, yang juga menulis lakon layar dan mengubah muzik bersama Anant-Garde Eyes, dengan rekaan watak asli oleh
Na-Ga
. Kedua-dua Maeda dan Na-Ga berasal dari jenama
novel visual
Key
, yang menerbitkan pelbagai judul novel visual seperti
Kanon
,
Air
, dan
Clannad
. Anime ini diudarakan di Jepun antara 3 April dan 26 Jun 2010. Sebuah episod
Animasi video original
(OVA) telah dikeluarkan pada Disember 2010, dan OVA kedua pula telah dikeluarkan pada Jun 2015. Kisah tersebut berlaku di dunia akhirat dan berkisar pada Yuzuru Otonashi, seorang lelaki yang hilang ingatan hidup sebelumnya sejak mati. Dia didaftarkan ke sekolah dunia akhirat dan menemui seorang gadis bernama Yuri Nakamura yang menjemputnya untuk menyertai Barisan Pertempuran Dunia Akhirat, sebuah pertubuhan yang dipimpinnya untuk menentang yang dipertua majlis pelajar Kanade Tachibana, seorang gadis yang juga dikenali sebagai Angel dengan kuasa ghaib.
Key bekerjasama dengan
ASCII Media Works
'
Dengeki G's Magazine
untuk menerbitkan projek ini ke dalam sebuah
francais media
. Empat siri
manga
telah disirikan dalam
Dengeki G's Magazine
dan
Dengeki G's Comic
: dua daripadanya diillustrasikan oleh Haruka Komowata dan dua yang lain dilukiskan oleh Yuriko Asami. Sebuah siri cerita pendek yang ditulis Maeda dan diilustrasikan oleh
GotoP
juga disirikan dalam
Dengeki G's Magazine
antara keluaran November 2009 dan Mei 2010. Dua rancangan
radio Internet
telah diterbitkan untuk mempromosikan
Angel Beats!
. Jilid pertama adaptasi enam bahagian
novel visual
berepisod
diterbitkan oleh Key telah dikeluarkan oleh
Windows
pada 26 Jun 2015.
Angel Beats!
secara umumnya menerima pandangan positif daripada pengkritik. Satu ulasan pengkritik memuji persepaduan pelbagai elemen individu, seperti persembahan musik, lawak dan aksi, tetapi ulasan pengkritik lain pula mengkritik jalan ceritanya yang telah disaratkan dengan pelbagai elemen. P.A.Works telah dipuji untuk turutan aksi animasi dan perhatian terhadap perincian senjata yang digunakan. Tetapi cacat besar yang dikesan pengkritik, ialah panjang anime tersebut, dengan tayangannya yang singkat meninggalkan
latar tempat
kebanyakan watak tidak dijelajahi. Anime ini telah dipilih sebagai karya yang disyorkan oleh juri anugerah
Festival Seni Media Jepun
ke-14 pada tahun 2010.
- Yuzuru Otonashi
(
音無 結弦
,
Otonashi Yuzuru
)
- Disuarakan oleh:
Hiroshi Kamiya
[2]
(Bahasa Jepun),
Blake Shepard
(Bahasa Inggeris)
- Yuri Nakamura
(
仲村 ゆり
,
Nakamura Yuri
)
- Disuarakan oleh:
Harumi Sakurai
[2]
(Bahasa Jepun),
Brittney Karbowski
(Bahasa Inggeris)
- Angel
(
天使
,
Tenshi
)
/
Kanade Tachibana
(
立華 かなで
,
Tachibana Kanade
)
- Disuarakan oleh:
Kana Hanazawa
[2]
(Bahasa Jepun),
Emily Neves
(Bahasa Inggeris)
- Hideki Hinata
(
日向 秀樹
,
Hinata Hideki
)
- Disuarakan oleh:
Ry?hei Kimura
[2]
(Bahasa Jepun),
David Matranga
(Bahasa Inggeris)