Andrew Warhola
(6 Ogos 1928?22 Februari 1987), dikenali sebagai
Andy Warhol
, merupkan seorang pelukis catan Amerika Syarikat, pembuat seni cetak, dan pembuat filem yang menjadi figura utama dalam pergerakan seni visual dikenali sebagai
seni popular
.
Kejayaannya sebagai seorang pengilustrasi komersil menjadikan beliau sangat terkenal sehingga terlibat dalam lingkungan sosial tinggi yang turut termasuk orang jalanan Bohemia, cendekiawan unggul, selebriti Hollywood dan patron kaya.
Warhol lahir pada 6 Ogos 1928 di
Pittsburgh
, Pennsylvania.
[1]
Beliau lahir kepada Ondrej Warhola (nama diInggeriskan kepada Andrew Warhola, Sr., 1889?1942)
[2]
[3]
dan Julia Warhola (
nee
Zavacka, 1892?1972),
[4]
imigran kaum
Lemko
[5]
[6]
dari
Miko
,
Austria-Hungary
(kini dipanggil Mikova di barat laut
Slovakia
). Ayahnya berhijrah ke Amerika Syarikat setelah datuknya, seorang pelombong batu arang, meninggal dunia pada tahun 1914.
Ketika beliau berusia lapan tahun, dia menghidap
khorea minor
- suatu kondisi di mana hujung anggota badan menggeletar secara tidak terkawal - hasil kesan sampingan suatu penyakit kulit dihidapnya iaitu
skarlatina
.
[7]
Keadaan tersebut dikatakan (menurutnya) membentuk jatidiri dan minatnya di mana beliau sering mendengar radio, melukis dan mengumpul poster artis ketika dalam perbaringan.
Setelah beliau menamatkan persekolahannya dari Schenley High School pada tahun 1945, beliau pada asalnya mahu mendalami bidang
pendidikan seni
di
University of Pittsburgh
lalu mahu menjadi seorang guru seni. Walau bagaimanapun, beliau berubah fikiran lalu mendaftar sebaliknya ke Carnegie Institute of Technology (kini
Carnegie Mellon University
di Pittsburgh) untuk mempelajari
seni komersil
.
1950-1960-an: penceburan dalam bidang seni
[
sunting
|
sunting sumber
]
Tugasan pertamanya melukis kasut untuk majalah
Glamour
pada lewat tahun 1940-an.
Pada tahun 1950-an pula, Warhol bekerja sebagai pereka bentuk kasut untuk syarikat Israel Miller.
[9]
Beliau juga antara pelukis dilantik
RCA Records
untuk menghasilkan kulit album dan bahan promosi untuk artis-artis dalam label tersebut.
[10]
Beliau mula mempamerkan karyanya semasa dekad tahun 1950-an; beliau bermula di
Hugo Gallery
[11]
dan
Bodley Gallery
[12]
di Bandar Raya New York sebelum beredar ke
Los Angeles
di mana beliau membuat pertunjukan seni di sebuah galeri seni di kota tersebut, Ferus Gallery pada 9 Julai 1962.
[13]
[14]
. Beliau mula menghasilkan projek menghasilkan seni diinspirasikan karya bahan dan topik seharian dalam budaya Amerika Syarikat dari bungkusan dan kemasan barangan makanan seperti tin sup
Campbell's
dan botol
Coca-Cola
, ke selebriti seperti
Marilyn Monroe
,
Elvis Presley
dan
Marlon Brando
hingga ke peristiwa dan hal semasa penting. Beliau menubuhkan studionya sendiri, "The Factory", pada tahun 1962.
Pada 3 Jun 1968, seorang perempuan yang merupakan penulis dan aktivis
feminisme radikal
,
Valerie Solanas
, mneyerang Warhol dan
Mario Amaya
, seorang pengkritik dan kurator seni di studio Warhol.
[15]
Beliau menghabiskan sebanyak masa pada tempoh ini memenuhi tempahan yang diminta daripada pelbagai orang ternama dari artis sehingga ke negarawan dan raja-raja.
[16]
[17]
Pada tahun 1979, Warhol menubuhkan
New York Academy of Art
bersama
Stuart Pivar
.
[18]
[19]
Warhol meninggal dunia di
New York Hospital
, Manhattan akibat komplikasi jantung berikutan pembedahan ke atas
kanting hempedunya
pada jam 6:32 pagi tanggal 22 Februari 1987 ketika berusia 58 tahun.
[20]
Keluarga dan warisnya menyaman hospital tersebut atas dakwaan kematian tersebut berpunca daripada penjagaan tidak mencukupi serta bekalan air kotor,
[21]
namun keadaan tersebut diselesaikan pihak hospital dengan segera melalui suatu pembayaran pampasan tidak diberitahukan kepada keluarga Warhol.
[22]
Beliau disemadikan di sebelah pusara ibu dan ayahnya di St. John the Baptist Byzantine Catholic Cemetery, Bethel Park di selatan kota
Pittsburgh
.
[23]
Suatu majlis memperingatinya dadakan di 1 April 1987 di Katedral Santo Patrick, New York.
Suatu wasiat ditulis Warhol mengamanahkan hampir semua keseluruhan estetnya akan dijual lalu keuntungan tersebut digunapakai menubuhkan suatu yayasan yang mengkhusus kepada pengalakkan dan perkembangan seni visual, terutamanya "karya yang berkecenderungan mencabar dan eksperimental".
Lelongan
kesemua estet Warhol oleh pihak
Sotheby's
dilakukan setelah sembilan hari kerana bilangan hartanya yang sungguh banyak. Lelongan kesemua karya seni ini mencecah melebihi 20 juta dolar Amerika Syarikat. Yayasan Seni Visual Andy Warhol (Andy Warhol Foundation for the Visual Arts) ditubuhkan pada 1987.
[24]
Andy merupakan antara seniman yang mempopularkan pergerakan
seni popular
yang muncul pada tahun 1960-an sejak dipelopori
Roy Lichtenstein
(1923-1997). Karya-karya seni awal mencerminkan minatnya terhadap gaya seni ini yang diilham animasi dan iklan barangan serta dicat dengan tangan.
Beliau seringkali menjadikan selebriti sebagai topik lukisannya. Dari topik inilah beliau cuba membentuk gaya lukisannya yang tersendiri. Beliau sering menggunakan kaedah
cetak sutera
(
silk-screening
) yang menjadi asas kepada karya lukisannya.
Lukisan pada tempoh lewat hayat beliau banyak dipengaruhi anutan agamanya, mazhab
Gereja Katolik Yunani Ruthenia
, serta persekitaran tempat ibadahnya yang berunsur budaya
Kristian Timur
.
[25]
Beliau telah menghasilkan sebanyak lebih 60 buah filem dari tahun 1963 hingga 1968,
[26]
kesemua filem ini cenderung bersifat
eksperimental
dan adakalanya menyentuh topik provokatif atau lucah. Beliau turut menghasilkan sebanyak 500 rakaman hitam putih ("
screen test
") yang memaparkan kenalan dan tetamu undangan ke studionya
[27]
yang melakukan kegiatan seharian (misalnya tidur rehat atau memakan sesuatu).
Antara filem yang dihasilkan Warhol:
- Blow Job
(1964)
- Empire
(1964)
- Blue Movie
(1969).
- ^
"Andy Warhol: Biography"
. Andy Warhol Foundation for the Visual Arts. 2002.
- ^
"Biography"
. Warhola.com
. Dicapai pada
August 14,
2010
.
- ^
Bockris, V. (2009).
Warhol: The Biography
. Da Capo Press. m/s. 15.
- ^
"Mother"
. Warhola.com
. Dicapai pada
14 Ogos
2010
.
- ^
Paul Robert Magocsi, Ivan Pop,
Encyclopedia of Rusyn History and Culture
, University of Toronto Press, 2002.
- ^
Jane Daggett Dillenberger,
Religious Art of Andy Warhol
, Continuum International Publishing Group, 2002, p. 7.
- ^
"biography"
. warhol.org. Diarkibkan daripada
yang asal
pada January 6, 2013
. Dicapai pada
January 13,
2013
.
- ^
For Israel Miller see
i.a.
Gray, Christopher (10 Februari 2008). [
"A Little Jewel Box of a Shoe Store"
.
- ^
Oldham, Andrew
; Simon Spence; Christine Ohlman (2002).
2Stoned
. London:
Secker and Warburg
. m/s. 137.
ISBN
0-436-28015-9
.
OCLC
50215773
.
- ^
Warhol biography
, Gagosian Gallery. Retrieved March 24, 2011.
- ^
Bodley Gallery Warhol exhibition announcement
. Retrieved March 24, 2011.
- ^
Angell, Callie (2006).
Andy Warhol screen tests: the films of Andy Warhol: catalogue raisonne
. New York City:
Harry N. Abrams, Inc.
m/s. 38.
ISBN
0-8109-5539-3
.
OCLC
61162132
.
- ^
Livingstone, Marco (1992).
Pop art: an international perspective
. New York City: Rizzoli. m/s. 32.
ISBN
0-8478-1475-0
.
OCLC
25649248
.
- ^
Schaffner, Ingrid
(1999).
The Essential Andy Warhol
. New York City:
Harry N. Abrams
. m/s. 79.
ISBN
0-8109-5806-6
.
- ^
"Warhol's Jackson goes on display"
.
BBC News
. 7 Ogos 2009
. Dicapai pada
Mac 30,
2010
.
- ^
"Andy Warhol Expert art authentication, certificates of authenticity and expert appraisers"
.
www.artexpertswebsite.com
. Dicapai pada
February 26,
2018
.
- ^
New York Media, LLC (27 Januari 1992).
New York Magazine Jan 27, 1992
. Dicapai pada
4 Disember
2013
.
- ^
New York Media, LLC (April 8, 1996).
New York Magazine Apr 8, 1996
. Dicapai pada
December 4,
2013
.
- ^
Boorstin, Robert O. (April 13, 1987).
"Hospital Asserts it Gave Warhol Adequate Care"
.
The New York Times
. Dicapai pada
January 2,
2009
.
- ^
Sullivan, Ronald (5 Disember 1991).
"Care faulted in the death of warhol"
.
The New York Times
. Dicapai pada
14 Ogos
2010
.
- ^
"Andy Warhol Heirs Settle Lawsuit With Hospital Over Artist's Death"
.
Orlando Sentinel
. 24 Disember 1991
. Dicapai pada
4 Disember
2013
.
- ^
Scott, Wilson.
Resting Places: The Burial Sites of More Than 14,000 Famous Persons
(ed.
Kindle
, 3D). McFarland & Company, Inc.
- ^
"Introduction"
. The Andy Warhol Foundation for the Visual Arts
. Dicapai pada
January 2,
2009
.
- ^
Romaine, James (12 November 2003).
"Transubstantiating the Culture: Andy Warhol's Secret"
.
Godspy
. Dicapai pada
5 Januari
2009
.
- ^
"Andy Warhol Filmography"
.
The Internet Movie Database
. Dicapai pada
September 29,
2009
.
- ^
Schaffner (1999), p. 73.