| Rencana ini perlu
dikemas kini
.
Sila bantu mengemaskinikan rencana ini bagi mencerminkan peristiwa yang terkini atau maklumat yang baru.
(
Ogos 2022
)
|
Andry Nirina Rajoelina
(lahir 30 Mei 1974) adalah seorang ahli politik dan peniaga
Madagaskar
yang berkhidmat sebagai
Presiden negara tersebut
pada 21 Mac 2009 dengan bantuan tentera. Sebelum itu, Andry merupakan datuk bandar Antananarivo, ibu negara Madagaskar dari bulan Disember
2007
hingga awal
Mac 2009
. Ketika berkhidmat sebagai datuk bandar, dia menentang kuat Presiden
Marc Ravalomanana
, dengan bertindak sebagai pemimpin protes bersama-sama tentera yang membawa kepada kejatuhan Ravalomanana.
Andry lahir dalam sebuah keluarga kaya. Ayahnya, Kolonel Roger Yves Rajoelina,
[3]
pernah memihak kepada Perancis dalam
Perang Kemerdekaan Algeria
.
[4]
[5]
Pada usia 19 tahun, beliau bekerja sebagai pengacara lagu di bermacam-macam kelab dan bar di Antananarivo. Beliau turut memulakan syarikat pengurusan acara sendiri iaitu Show Business tahun 1993.
[6]
Beliau melancarkan syarikat pencetakan digital pertama di Madagaskar tahun 1999 iaitu Injet, ia banyak melakukan perusahaan pegiklanan serata
Antananarivo
.
[6]
Beliau turut membeli suatu perusahaan penyiaran yang membawa kepada stesen radio sendiri, Viva Radio dan stesen televisyen Viva TV.
Beliau memulakan suatu pergerakan politik sendiri iaitu
Tanora malaGasy Vonona
(Belia Malagasy Cekal), untuk bertanding sebagai datuk bandar
Antananarivo
, ibu negara Madagaskar. Dia bertembung dengan
Hery Rafalimanana
, calon presiden dan mantan datuk bandar Antananarivo. Dia melakukannya di bawah status Delegasi Khas Presiden yang dilantik secara langsung oleh Presiden Marc Ravalomanana. Andry dipilih sebagai datuk bandar pada 12 Disember 2007 dengan undi 63.3%. Dia mewarisi bandar yang berhutang dengan banyak. Pada 4 Januari 2008, tidak lama selepas pilihan raya, bekalan air dan elektrik bandar dipotong kerana hutang yang banyak.
Pertelingkahan dengan Presiden Ravalomanana
[
sunting
|
sunting sumber
]
Pada 13 Disember 2008, the Government decided to close Rajoelina's
Viva TV
, stating that a Viva interview with former head of state
Didier Ratsiraka
was "likely to disturb peace and security." The programme was also broadcast by other television channels.
Reporters Without Borders
(RSF) condemned the 17 December 2008 closure of Viva and of other television and radio stations.
[7]
Pada 31 Januari 2009, Andry mengumumkan dia berkuasa ke atas seluruh
Republik Madagaskar
dengan mengisytiharkannya dalam satu perhimpunan: "Kerana presiden dan kerajaan tidak menjalankan tanggungjawab mereka, saya dengan ini mengisytiharkan saya akan mengambil alih semua hal ehwal negara pada hari ini." Dia juga mengatakan akan meminta Presiden Ravalomanana secara rasmi meletak jawatan melalui Parlimen Madagaskar.
[8]
Pada 3 Februari, Andry dipecat sebagai Datuk Bandar dan satu delegasi khas, yang diketuai oleh
Guy Randrianarisoa
, dilantik. Andry mengutuk keputusan tersebut dengan berkata tiada alasan kukuh dia dipecat dan dia bersedia untuk ditahan. Andry juga memberi amaran penduduk bandar tidak akan menerima keputusan tersebut.
[9]
Andry menganjurkan satu lagi perhimpunan pada 4 Februari yang dihadiri oleh 1,500 orang. Pada waktu itu dia berkata perlantikan
Randrianarisoa sebagai satu penghinaan kepada penduduk Madagascar. He sebaliknya melantik
Michele Ratsivalaka
sebagai pengganti datuk bandar dan memberikannya skarf datuk bandarnya.
[10]
Pada awal bulan Februari, protes politik bertukar menjadi agresif dan kedua-dua pihak dalam pertelingkahan politik itu menyalahkan sesama sendiri ke atas keganasan yang menyebabkan 130 orang mati.
[11]
[12]
Pada 7 Februari, satu pasukan bersenjata berat menembak penentang kerajaan dalam satu demonstrasi menuju ke istana presiden.
[13]
Rajoelina secara berkesan menjadi presiden pada 18 Mac 2009, apabila tentera menyerahkan kuasa eksekutif kepada beliau. Rajoelina, sebagai ketua
High Transitional Authority
(HAT) yang ditubuhkannya beberapa minggu sebelum perletakan jawatan Ravalomanana, dijangka akan kekal menjadi ketua negara sehingga 2011 apabila pilihan raya dijadualkan diadakan. Pada umur 35 tahun, beliau merupakan
presiden termuda dalam sejarah
Madagaskar.
Perlembagaan kini
mewajibkan calon presiden berumur 40 tahun minimum.
[14]
Komuniti Pembangunan Selatan Afrika
, suatu blok 15 negara termasuk Madagaskar, mengumumkan pada 19 Mac yang ia tidak akan mengiktiraf kepresidenan Rajoelina.
[15]
Perlantikannya juga dikecam
Kesatuan Eropah
dan
Amerika Syarikat
,
[16]
manakala
Kesatuan Afrika
menggantung keahlian Madagaskar.
[17]
Pada 17 November 2010, satu pungutan suara perlembagaan diadakan yang meluluskan
perlembagaan
baru.
[18]
Antara lain, perlembagaan baru ini menurunkan had umur minimum calon presiden kepada 35 tahun, membolehkan Rajoelina bertanding pada 2011 jika mahu.
[19]
Ia dianggap mengukuhkan kuasa beliau, kerana perlembagaan ini membenarkan ketua HAT (Rajoelina) kekal sebagai presiden sehingga pilihan raya diadakan. Ia juga mewajibkan calon presiden tinggal di Madagaskar selama 6 bulan sebelum pilihan raya, secara berkesan menghalang Ravalomanana dan pemimpin pembangkang lain yang hidup dalam buangan.
[19]
Pada Jun 2023, pendedahan kewarganegaraan Perancis membawa kepada pembukaan siasatan parlimen, diikuti dengan soal siasat Mahkamah Perlembagaan Tinggi oleh sekumpulan warga diaspora Malagasi di Perancis.
[1]
.
- ^
http://rulers.org/rulm1.html#madagascar
- ^
http://rulers.org/rulm1.html#madagascar
- ^
Francis Kpatinde.
"Andry Rajoelina a-t-il dit son dernier mot? - RFI"
.
RFI Afrique
(dalam bahasa Perancis)
. Dicapai pada
2018-07-07
.
- ^
"Rajoelina pere, conseiller de Sunpec"
.
Madagascar Tribune
. 19 November 2009
. Dicapai pada
16 July
2012
.
- ^
Cole, Jennifer (2010).
Sex and Salvation: Imagining the Future in Madagascar
. Chicago, IL: University of Chicago Press. m/s. 180?182.
ISBN
9780226113319
.
- ^
a
b
Galibert, Didier (March 2009).
"Mobilisation populaire et repression a Madagascar: les transgressions de la cite cultuelle"
(PDF)
.
Politique africaine
(dalam bahasa French).
113
: 139?151.
Diarkibkan
(PDF)
daripada yang asal pada 21 July 2012
. Dicapai pada
21 July
2012
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
DJ-turned mayor a thorn for government
IOL
- ^
"Mayor 'takes control' in Madagascar"
, Al Jazeera
- ^
"Madagascar sacks capital city mayor"
, AFP, 3 Februari 2009.
- ^
"Hundreds protest Madagascar mayor's sacking"
, AFP, 4 Februari 2009.
- ^
MADAGASCAR: Protesters on the streets in fourth day of violence
. Irin News (2009-03-23). Dicapai pada 2009-03-23.
- ^
"Political violence toll now 130"
.
Reuters
.
Integrated Regional Information Networks
. 2009-02-09
. Dicapai pada
2009-03-24
.
- ^
"Political violence toll now 130"
.
IRIN
.
- ^
"Madagascar president forced out"
. BBC. 2009-03-17
. Dicapai pada
2009-03-18
.
- ^
"Southern African Nations Refuse to Recognize Madagascar Leader"
.
VOA News
. 2009-03-19.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 2009-03-21
. Dicapai pada
2009-03-20
.
- ^
Paul Tighe (2009-03-20).
"Madagascar Army-Backed Leadership Change Denounced by EU, U.S."
Bloomberg.com
. Dicapai pada
2009-03-20
.
- ^
"A coup that is not yet irreversible". The Economist. 28 Mac - 3 April. m/s. 56.
- ^
"
"
YES" leading in Madagascar's referendum on new constitution"
. People's Daily Online. 2010-11-18
. Dicapai pada
2010-11-21
.
- ^
a
b
Gregoire Pourtier (21 November 2010).
"Madagascar referendum could deepen political crisis"
.
The Guardian
. Dicapai pada
2010-11-21
.
|
---|
Republik Pertama
| | |
---|
Republik Kedua
| |
---|
Republik Ketiga
| |
---|
Republik Keempat
| |
---|