Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Amir Yussof
|
---|
Kelahiran
| 1967 (umur 56–57)
New Delhi
,
India
|
---|
Berasal dari
| Kuala Lumpur
,
Malaysia
|
---|
Genre
| Pop
,
akustik
, folk
|
---|
Pekerjaan
| Penyanyi, penulis lagu
|
---|
Instrumen
| Vokal
,
gitar
|
---|
Tahun aktif
| 1987?kini
|
---|
Syarikat rakaman
| SCAT, Ragtime
|
---|
Pengkarya berkait
| Afdlin Shauki
,
Zainalabidin
,
Zubir Ali
,
Azman Warren
,
Sheila Majid
|
---|
Laman sesawang
| www
.amiryussof
.com
|
---|
Amir Yussof
(lahir 1967) merupakan seorang penyanyi, penulis lagu dan penyampai suara latar
Malaysia
.
[1]
[2]
Dilahirkan di
New Delhi
,
India
dan dibesarkan di
Kuala Lumpur
, Amir memulakan kerjaya muzik solo dengan bergiat aktif menyanyi di beberapa kelab malam selepas berhenti belajar di universiti.
[2]
Bakatnya dicungkil oleh
Roslan Aziz
menerusi pertandingan
Top of the Pubs
di mana Roslan ialah juri ketika itu, Amir dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua.
[2]
Menerusi label
Roslan Aziz Productions
(RAP), Amir muncul bersama album kompilasi
Ikhlas
(1991) yang turut menampilkan
Afdlin Shauki
,
Zainalabidin
dan
Sheila Majid
. Dalam album itu, beliau menyumbangkan lagu bertajuk "Island". Album solo pertamanya,
Some of This is Real
dikeluarkan pada 1995,
[3]
melayakkan Amir memenangi Album Inggeris Tempatan Terbaik di
Anugerah Industri Muzik ke-3
pada 1996. Beliau kemudiannya merakamkan dua lagi album yang turut menerima pencalonan AIM?
Altered Native
(1998) dan
Aquarius
(2002). Selain itu, beliau pernah menyumbangkan suaranya untuk watak Tarzan untuk filem animasi Disney 1999,
Tarzan
versi bahasa Melayu.
[4]
[5]
Amir berketurunan Melayu dan Switzerland. Beliau merupakan bekas pelajar jurusan ekonomi di
Universiti Monash
,
Melbourne
,
Australia
.
[6]
Beliau berkahwin dengan isterinya, Hilda. Pada Disember 2016, beliau berhijrah ke
New Zealand
dan menetap di sana. Beliau sebelum ini juga pernah menetap di
Sabah
selama 9 tahun.
[2]
[7]
Tahun
|
Tajuk
|
Peranan
|
Catatan
|
1999
|
Tarzan
|
Tarzan
|
Alih suara versi BM
|