Alfredo Talavera
|
|
Nama penuh
|
Alfredo Talavera Diaz
|
---|
Tarikh lahir
|
(
1982-09-18
)
18 September 1982
(umur
41)
|
---|
Tempat lahir
|
La Barca
, Mexico
|
---|
Ketinggian
|
1.88 m (6 ka 2 in)
|
---|
Posisi permainan
|
Penjaga gol
|
---|
|
Kelab terkini
|
Toluca
|
---|
Nombor
|
1
|
---|
|
Tahun
|
Pasukan
|
Kmcln
|
(
Gol
)
|
---|
2003-2010
|
Guadalajara
|
21
|
(0)
|
---|
2008-2009
|
→
UANL
(pinjaman)
|
2
|
(0)
|
---|
2009-
|
Toluca
|
202
|
(1)
|
---|
|
2011-
|
Mexico
|
16
|
(0)
|
---|
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 4 Disember 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 18 November 2014
|
Alfredo Talavera Diaz
(
Sebutan Sepanyol:
[al?f?eðo tala?βe?a]
; lahir 18 September 1982) merupakan pemain bola sepak Mexico yang kini bermain untuk
Toluca
dan
pasukan kebangsaan Mexico
. Beliau bermain sebagai
penjaga gol
.
Selepas penjaga gol
Oswaldo Sanchez
dikeluarkan pada kejohanan Clausura 2005 akibat kecederaan bahu, Talavera sertai pasukan
Chivas
.
Pada 2 April 2006, selepas Sanchez bermain untuk pasukan Mexico yang mengambil bahagian di
Piala Dunia FIFA 2006
di
Jerman
, beliua menjadi penjaga gol pertama. Sejak beliau memulakan enam perlawanan Clausura 2006 untuk Chivas, aksi beliau kurang memuaskan apabila tewas 2-0 kepada Monarcas Morelia dan tewas lagi kepada
Atlas
pada perlawanan berikutnya. Dalam perlawanan terakhir musim, Chivas tewas kepada Toluca, 2?0 selepas beliau membuat kesilapan besar dalam perlawanan pertama suku akhir menentang Jaguares di mana pada masa kecederaan, beliau membuat kesilapan besar untuk memberikan jaringan gol kemenangan kepada Jaguares. Jurulatih
Jose Manuel de la Torre
mengeluarkan beliua dan digantikna oleh
Luis Ernesto Michel
. Pada musim seterusnya, apabila Oswaldo Sanchez kembali, Talavera merasakan beliau menjadi penjaga gol ketiga Guadalajara dan Michel menjadi penjaga gol kedua. Selepas Oswaldo meninggalkan Chivas, Michel menjadi penjaga gol pertama dan Talavera di belaknagnya. Selepas itu, beliau tidak membuat sebarang penampilan bersama Chivas lagi dan beliau ingin meninggalkan kelab jika beliau terus kekal seperti itu.
Talavera dipinjam ke
Tigres
selama satu tahun pinjaman pada 2008. Namun, beliau menimpa nasib malang apabila Talavera mengalami kecederaan ketika menjalani latihan, membuatkan
Enrique Palos
menjadi penjaga gol pertama. Selepas beliau pulih, beliau meninggalkan Tigres.
Talavera berpindah ke
Toluca
selepas
Hernan Cristante
mengalami kecederaan sejak Apertura 2009. Pada 15 Mei 2010, Talavera membuat debut untuk Toluca apabila pasukannya menumpaskan Pachuca 1-0 (3-2 berdasarkan agregat). Pada 23 Mei 2010, Talavera memenangi kejohanan pertamanya bersama Toluca apabila menang dalam penentuan sepakan penalti (4-3) selepas berjaya menampan tendangan
Fernando Arce
. Pada 15 September 2013, Toluca menentang
Puebla
dan tewas 1?0 namun pada minit ke-87 apabila seorang pemain pertahanan lawan terkena tangan dalam kotak penalti. Beliau mengambil sepakan penalti untuk gol Toluca seri 1-1 dan gol itu juga gol pertama beliau di Liga MX.
Pada 27 Januari 2011, Talavera menerima panggilan dari
pasukan kebangsaan Mexico
untuk satu perlawanan persahabatan menentang
Bosnia dan Herzegovina
. Beliau membuat debut antarabangsa ketika menentang
Paraguay
pada 26 Mac 2011 di mana pasukannya menang 3-1. Beliau juga menerima panggilan untuk
Piala Emas CONCACAF 2011
dengan menjadi pilihan ketiga penjaga gol di belakang
Jose de Jesus Corona
dan
Guillermo Ochoa
. Berikutan Corona mempunyai skandal bersama
Cruz Azul
dan isu
clenbuterol
Ochoa, Alfredo Talavera menjadi pilihan pertama penjaga gol pada kejohanan itu.
Pada 2 Jun 2014, Talavera termasuk dalam senarai pemain Mexico yang mengambil bahagian di
Piala Dunia FIFA 2014
di
Brazil
.
[1]
- Club Guadalajara
;
- Club Toluca
;
Persondata
|
Nama
|
Talavera, Alfredo
|
Nama alternatif
|
El Joto
|
Pemerihalan ringkas
|
Mexican footballer
|
Tarikh kelahiran
|
1981-09-18
|
Tempat kelahiran
|
La Barca
,
Jalisco
, Mexico
|
Tarikh kematian
|
|
Tempat kematian
|
|