한국   대만   중국   일본 
Alexandre Dumas (anak) - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Alexandre Dumas (anak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alexandre Dumas fils
Alexandre Dumas filscode: fr is deprecated pada usia tuanya.
Alexandre Dumas fils pada usia tuanya.
Lahir Alexandre Dumas
( 1824-07-27 ) 27 Julai 1824
Paris , Perancis
Meninggal dunia 27 November 1895 (1895-11-27) (umur 71)
Marly-le-Roi , Yvelines , Perancis
Pekerjaan Penulis novel, penulis teater
Tempoh Romantisisme
Genre Novel sejarah , novel romantik

Alexandre Dumas fils (27 Julai 1824 ? 27 November 1895) merupakan seorang penulis dan pengarah pementasan kelahiran Perancis, Beliau dikenali atas karya utamanya, La Dame aux Camelias , sebuah novel romantik tahun 1848 yang diadaptasikan oleh Giuseppe Verdi dalam bentuk opera menjadi La traviata .

Beliau merupakan anak kepada Alexandre Dumas , seorang penulis tersohor Perancis; maka gelaran fils ("anak lelaki" dalam bahasa Perancis ) sering diapit pada nama beliau untuk membezakan dengan ayahnya (yang kadangkalanya diberi jolokan Alexandre Dumas pere - 'si ayah').

Biografi [ sunting | sunting sumber ]

Awal hidup [ sunting | sunting sumber ]

Beliau anak luar nikah kepada Alexandre Dumas dan seorang tukang jahit bernama Catherine Laure Labay (1793-1868); datuknya Thomas-Alexandre Dumas merupakan seorang berdarah kacukan hamba abdi dari Haiti yang berkhidmat sebagai seorang jeneral dalam Tentera Darat Perancis ketika Revolusi Perancis tercetus. [1] Pada usia 7 tahun, Alexandre pere mengiktiraf kelahirannya secara rasmi di mana keadaan tersebut membolehkannya mendapatkan pendidikan terbaik untuk anaknya - Alexandre fils dihantar ke Institution Goubaux dan College Bourbon .

Beliau sering diejek kerana status kelahirannya sepanjang pendidikannya di sekolah-sekolah asrama itu, keadaan tersebut sungguh mempengaruhi pemikiran dan penulisannya serta tema yang dibawa dalam sasteranya.

Kerjaya penulisan [ sunting | sunting sumber ]

Pada tahun 1844, Dumas berpindah ke Saint-Germain-en-Laye , berdekatan Paris, untuk hidup bersama ayahnya. Di sana, beliau berkenalan dengan seorang gadis sunti bernama Marie Duplessis . Hubungan yang dijalin antara mereka menjadi inspirasi kepada novel La Dame aux camelias . Novel ini kemudiannya diadaptasi menjadi suatu pementasan bertajuk Camille ,and became the basis for Verdi's 1853 opera, La traviata , Duplessis undergoing yet another name change, this time to Violetta Valery.

Beliau dimasukkan sebagai seorang anggota dalam Academie francaise pada tahun 1874.

Senja hidup [ sunting | sunting sumber ]

Beliau meninggal dunia pada 27 hari bulan November 1895 di Marly-le-Roi , Yvelines ' mayatnya disemadikan di Tanah Perkuburan Montmartre di Paris.

Senarai karya [ sunting | sunting sumber ]

Novel [ sunting | sunting sumber ]

  • Aventures de quatre femmes et d’un perroquet (1847)
  • Cesarine (1848)
  • La Dame aux camelias (1848)
  • Le Docteur Servan (1849)
  • Antonine (1849)
  • Le Roman d’une femme (1849)
  • Les Quatre Restaurations . - siri novel cereka sejarah dalam akhbar La Gazette de France dari tahun-tahun 1849 sehingga 1851
    • Tristan le Roux
    • Henri de Navarre
    • Les Deux Frondes
  • Tristan le Roux (1850)
  • Trois Hommes forts (1850)
  • Diane de Lys (1851)
  • Le Regent Mustel (1852)
  • Contes et Nouvelles (1853)
  • La Dame aux perles (1854)
  • L'Affaire Clemenceau, Memoire de l'accuse (1866)

Karangan [ sunting | sunting sumber ]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Reiss, Tom (2012). The Black Count: Glory, Revolution, Betrayal, and the Real Count of Monte Cristo . New York: Crown Publishers. m/s. 190?204. ISBN   978-0307382467 .

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]