Alexander von Humboldt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alexander von Humboldt
Portret oleh Joseph Karl Stieler (1843)
Kelahiran 14 September 1769
Meninggal dunia 6 Mei 1859 (1859-05-06) (umur 89)
Berlin, Prusia, Konfederasi Jerman
Dikebumikan Schloss Tegel
Warganegara Jerman
Pusat pendidikan Sekolah Perlombongan Freiberg ( diploma , 1792)
Universiti Frankfurt (Oder) (tiada ijazah)
Universiti Gottingen (tiada ijazah)
Universiti Berlin [1] (tiada ijazah)
Terkenal kerana Biogeografi , Kosmos (1845?1862), Arus Humboldt , ribut magnet , sains Humboldt , Romantisisme Berlin [2]
Anugerah Pingat Copley (1852)
Kerjaya saintifik
Bidang Geografi
Penasihat akademik Markus Herz , Carl Ludwig Willdenow
Pelajar terkemuka Louis Agassiz [3]
Pengaruh F. W. J. Schelling [1] [4]
Dipengaruhi oleh Darwin , Wallace , Thoreau , Whitman , Emerson , Muir , Irving , Ida Laura Pfeiffer
Tandatangan

Friedrich Wilhelm Heinrich Alexander Freiherr von Humboldt ( 14 September 1769 - 6 Mei 1859 ) ialah seorang naturalis dan penjelajah berkebangsaan Jerman . Beliau ialah adik kepada ahli falsafah dan linguistik, Wilhelm von Humboldt .

Ayahnya seorang tentera yang meninggal dunia ketika Humboldt masih sekitar usia 9 tahun, sehingga waktu itu beliau dan Wilhelm diasuh oleh ibu mereka yang bertempat tinggal jauh dari Humboldt. Sejak diasuh oleh ibunya, Humboldt dan Wilhelm mendapat pendidikan awal daripada ibu mereka sendiri. Pelajaran yang mereka peroleh ialah ilmu bahasa dan matematik .

Ketika mulai beranjak dewasa, Humboldt mula belajar di luar rumah. Beliau bersekolah di Akademi Perlombongan Freiberg dan dididik secara langsung oleh ahli geologi terkenal, A. G. Werner . Humboldt bertemu dengan George Forester , seorang jurugambar dalam pelayaran kedua kapten James Cook . Pada tahun 1792, ketika Humboldt tepat berusia 22 tahun, beliau bekerja dalam pemerintahan Franconia, Prusia sebagai penyelia pertambangan.

Menjelang umur 27 tahun, ibu Humboldt meninggal dunia lalu mewariskan harta yang banyak daripada bisnes hartanah. Pada tahun berikutnya, beliau melepaskan jawatannya di bawah pemerintahan dan merancang suatu perjalanan dengan pakar tumbuhan, Aime Bonpland . Pada tahun 1835, beliau mencipta stesen pengukur cuaca. Humboldt juga mencipta peta isoterma buat pertama kalinya yang berisi garis suhu purata.

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ a b Rupke 2008 , m/s. 116.
  2. ^ Helmut Thielicke, Modern Faith and Thought , William B. Eerdmans Publishing, 1990, p. 174.
  3. ^ Rupke 2008 , m/s. 54.
  4. ^ "Friedrich Wilhelm Joseph Schelling?Biography" at egs.edu , Lara Ostaric, Interpreting Schelling: Critical Essays , Cambridge University Press, 2014, p. 218, dan Rupke 2008 , halaman 116.

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]