Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alam semesta
(
Tulisan Jawi
: ???? ?????) merujuk kepada kesemua benda yang wujud, sama ada dapat dilihat (
pepejal
), atau tidak dapat dilihat (
udara
). Benda-benda di dalam alam semesta dapat di bahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu
benda hidup
dan
benda bukan hidup
.
Sebahagian pakar sains percaya bahawa Alam Semesta bermula dengan satu
letupan besar
yang membentuk ruang, masa, tenaga, dan jirim. Dalam Alam Semesta terdapat kelompok-kelompok
galaksi
yang teramat besar yang dikenali sebagai
Kelompok agung
, yang terdiri daripada kelompok-kelompok galaksi yang lebih kecil.
Dalam kelompok
galaksi
yang lebih kecil daripada
Kelompok agung
, di mana kita berada dikenali sebagai
Kelompok tempatan
. Terdapat 30
galaksi
termasuk
-bima sakti adalah suatu galaksi berpilih
yang telah dikenal pasti, beredar mengelilingi pusat
Kelompok tempatan
. Dalam setiap
galaksi
dianggarkan terdapat pula 100,000
[1]
juta
bintang
dan pada kebiasaannya setiap galaksi berbentuk leper dan tebal sedikit dibahagian tengah seperti piring dengan saiz diameter 100,000
tahun cahaya
.Bagaimanapun terdapat
galaksi
berbentuk lingkaran, lingkaran berpalang, elips, bentuk tak seragam.
Setiap
galaksi
berputar mengelilingi pusat
galaksi
, dan ini termasuk
sistem suria
yang terletak di dua per tiga ke tepi
galaksi
Bima Sakti
, kira-kira 30 ribu tahun cahaya dari pusat.
Sistem suria
mengambil masa 220 juta tahun untuk melengkapi satu edaran mengelilingi pusat
galaksi
Bima Sakti
. Dalam
Sistem suria
pula kesemua sembilan
planet
beredar mengelilingi
matahari
. Sesetengah
planet
di
sistem suria
memiliki
bulan
yang beredar mengelilingi mereka.
- ^
BUKU SKRAP
IBTANG DAN GDLAKSI DALAM ALAM SEAESTERH
|
---|
|
Setiap arah panah dibaca sebagai "bahagian daripada".
|
|
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Lain-lain
| |
---|