Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Akuarium Berlin
di
Berlin
merupakan salah satu akuarium awam terbesar di
Jerman
. Akuarium ini dibina pada tahun 1913 sebagai sebahagian daripada kompleks
Taman Zoologi Berlin
.
[1]
Sejak dibukakan, akuarium ini telah disenaraikan sebagai salah satu akuarium awam dengan biodiversiti terbesar di dunia. Tiket masuk ke Akuarium Berlin boleh dibeli secara berasingan mahupun bersama dengan tiket masuk zoo.
Lebih daripada 9,000 ekor haiwan terdapat dalam tiga bekas
[2]
yang mengandungi pelbagai spesis termasuklah obor-obor, ikan tropika, buaya dan pelbagai serangga. Selain 250 buah tangki untuk ikan,
[1]
akuarium ini turut menempatkan pelbagai spesis amfibia dan reptilia termasuklah
tuatara
.
[2]